Astronomi dan Astrofotografi menerangkan tentang asas astronomi dengan cara yang mudah untuk difahami. Konsep-konsep asas astronomi dijelaskan terlebih dahulu, supaya pembaca dapat memahami alam semesta, bimasakti, sistem suria, bumi, bulan dan planet, nebula dan gejala-gejala alam semesta. Kandungan buku ini amat berguna kepada peminat astronomi dan juga pelajar astronomi. Mahamarowi Omar, menggunakan teknik “penceritaan” penjelajahan angkasa secara imaginasi. Teknik ini amat berkesan sekali dan memudahkan kefahaman tentang apa itu alam semesta jika dilihat dari angkasa. Pengalaman luas dalam bidang ini dan kemahiran penulis dalam bidang astrofotografi, dapat dilihat daripada ilustrasi-ilustrasi yang jelas dan mengkagumkan. Buku ini sangat padat dengan petua dan teknik khusus untuk para peminat astronomi dalam menguasai asas astrofotografi.
Astronomi dan Astrofotografi
MAHAMAROWI OMAR merupakan Profesor di Department of Anaesthesiology and Intensive Care, School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Falak Amatur Kelantan.
DBP (Cetakan Pertama, 2014)
529 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks
Original price was: RM70.00.RM60.00Current price is: RM60.00.
In stock
Prakata
Penghargaan
1. Pengenalan Astronomi
2. Alam Semesta dan Bimasakti
3. Sistem Suria serta Kandungannya
4. Mencerap Matahari dengan Selamat
5. Bulan
6. Planet
7. Carta Bintang
8. Komet, Meteor dan Satelit
9. Kejadian Gerhana Matahari dan Bulan
10. Pencerapan Objek Samawi
11. Cara Melihat Objek Samawi
12. Memahami Astrofotografi
13. Pencemaran Cahaya
14. Kepentingan Astronomi dan Astrofotografi
Glosari
Bibliografi
Indeks
Weight | 1.053 kg |
---|---|
Dimensions | 22.8 × 15.2 × 2.8 cm |
Author(s) | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Fahdzlina Ayob (Verified Reader) –