Out of stock

Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989

KERIS MAS (1922—1992) adalah penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama iaitu pada tahun 1981. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik. Beliau pernah terbabit dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Exco penerangannya.

DBP (Cetakan Kedua, 2010)
930 halaman

RM50.00

Out of stock

ISBN: 9789836219558 Product ID: 649 Subjects: , Sub-subject:

Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989 bukan sahaja dapat memperlihatkan daya seni dan kreatif Keris Mas, bahkan juga secara tidak langsung memperlihatkan watak peribadinya sebagai seorang nasionalis, pejuang keadilan sosial dan penentang feudalisme. Kumpulan ini memuatkan sebanyak 76 buah cerpen Keris Mas yang dapat ditemui setakat ini. Ia merupakan rakaman yang agak lengkap dan bukan pilihan cerpen yang bermutu sahaja. Sebagai seorang penulis yang berpegang pada ideologi ‘seni untuk masyarakat’, maka tema-tema inilah yang ditonjolkan oleh Keris Mas menerusi cerpen-cerpennya.

Penerbitan kumpulan cerpen Keris Mas ini bertujuan mendokumentasikan kesemua cerpen yang pernah dihasilkan hingga 1989, dan sekaligus memudahkan para penyelidik mengkaji perkembangan dan pencapaiannya dari dahulu hingga sekarang. Keris Mas sendiri mengakui bahawa banyak daripada cerpen yang pernah ditulisnya bukanlah cerpen yang kuat dan baik. Jadi daripada kumpulan ini, pembaca khususnya pengkaji sastera, akan dapat melihat segala kelemahan dan kekuatan Keris Mas sebagai penulis cerpen dan seterusnya membuat penilaian yang wajar dan objektif tentang kedudukan serta sumbangan beliau kepada sastera Melayu moden secara keseluruhan.

Prakata
Pengantar
Sedutan Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1981

1. Wasiat Orang Bangsawan
2. Air Mata Buruh
3. Darah dan Air Mata
4. Dalam Pelukan Wanita Sedar
5. Penjual Ubat Merdeka
6. Menjawab Pesan
7. Tertawan di Medan Kongres
8. Menjual Tanah Air
9. Bunga Kembang Tak Jadi
10. Keinsafan di Malam Sunyi
11. Pesan dari Patani
12. Sampaikan Salamku Kepadanya
13. Berjumpa di Penjara
14. Air Mata Mengalahkan Aku …
15. Saya Masih Menunggu …
16. Pisau Kerambit dari Patani (I)
17. Pisau Kerambit dari Patani (II)
18. Dia Jatuh Cinta …
19. Normah yang Pemalu
20. Korban Gundik yang Rupawan
21. Berhari Raya ke Kubur Nenek
22. Fajar Air Mata
23. Merebutkan Seorang Gadis (I)
24. Merebutkan Seorang Gadis (II)
25. Bayangan Hitam
26. Kami Telah Berjanji
27. Kalung Mutiara
28. Korban Masyarakat
29. Bukan Kerana Dia
30. Sumpah Seorang Peon
31. Pisau Berdarah dalam Tangannya
32. Tetap Merdeka
33. Aku Karam Sendiri
34. Detektif Mata Keranjang Tertawan
35. Dia Senasib dengan Kerbaunya
36. Surat dari Kakanda
37. Surat dari Tempat Tahanan
38. Nana yang Cemburu
39. Miskin
40. Api di Tengah Lautan
41. Perjuangan Perut dan Cinta
42. Minta Sebuah Lagi Gambar Adinda
43. Nasib Kami
44. Cerita Sepanjang Jalan (1)
45. Cerita Sepanjang Jalan (II)
46. Mangsa Masyarakat
47. Cerita Sepanjang Jalan (III)
48. Ditimbuni Surat-surat Cinta
49. Cerita Sepanjang Jalan (IV)
50. Kejadian di Dalam Estet
51. Cerita Sepanjang Jalan (V)
52. Cerita Sepanjang Jalan (VI)
53. Cerita Sepanjang Jalan (VII)
54. Lapar
55. Habib yang Cerdik
56. Cerita Sepanjang Jalan (VIII)
57. Cerita Sepanjang Jalan (IX)
58. Cerita Sepanjang Jalan (X)
59. Cerita Sepanjang Jalan (XI)
60. Cerita Sepanjang Jalan (XII)
61. Keras Hati
62. Banyak Anak
63. Bilik Belakang
64. Selamat Anak Pawang Budin
65. Gila Anak Jantan
66. Kedai Sederet di Kampung Kami
67. Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan
68. Menjelang Merdeka
69. Mereka Tidak Mengerti
70. Runtuh
71. Salah Pemimpin
72. Hallucination
73. Nenek
74. Ekor Kepala
75. Cerita Sebuah Mimpi
76. Masanya Sudah Terkunci

Weight0.79 kg
Dimensions18.5 × 11.5 × 5.2 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

  1. Kawah Buku

    “Keris Mas islah seorang sasterawan dan pemikir penting pada tahap kedua perkembangan awal kesusasteraan Malaysia moden. Sumbangannya konkrit dan kesannya luas dalam memoden dan menghalus genre cerpen. Beliau telah meletakkan dasar-dasar kukuh suatu tradisi baru, dan sastera Malaysia harus melihat kembali kepada pencapaiannya sebagai tiang seri untuk sarana kesusasteraan kita…”—Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1981

  2. Hassan Abdul Majid (verified owner)

    Pembelian yang bermakna. Naskhah dalam keadaan yang baik. Keris Mas antara sasterawan yang tidak pernah gagal mengujakan pembacanya.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.