Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim

MUHAMMAD TAKIYUDDIN ISMAIL adalah Profesor Madya dan pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang, beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Sains Politik. Bidang kajian beliau, antaranya sejarah pemikiran (konservatisme), politik reformasi, pendemokrasian dan hegemoni USA.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2019)
491 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM88.00

Only 1 left in stock

Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim hadir untuk menelusuri isu bantuan demokrasi dan pendanaan asing di Malaysia dari sudut akademik. Polemik mengenai bantuan demokrasi ataupun dikenali umum di Malaysia sebagai pendanaan asing merupakan isu yang meluas dibahaskan semenjak 2011 sehinggalah pasca Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun bukan merupakan sebuah isu yang baru, pendendangan isu ini telah menimbulkan kepanikan moral apabila beberapa organisasi masyarakat sivil dan juga parti politik didakwa terlibat dalam aktiviti subversif bagi menjatuhkan pemerintah ketika itu, Barisan Nasional dengan kaedah yang tidak demokratik. Kempen penutupan ruang yang turut berlaku di peringkat antarabangsa ini menjadikan bantuan demokrasi telah disinonimkan sebagai satu instrumen pertukaran rejim.

Sub-tajuk “Melewati Pertukaran Rejim” yang merupakan tema utama buku ini membawa maksud aktiviti bantuan demokrasi dan pendanaan asing di Malaysia bukan bermatlamat untuk menghasilkan pertukaran rejim. Kepada sarjana, pakar dan pemerhati yang sudah lama bergelumang dengan kajian mengenai bantuan demokrasi, hujah ini bukanlah merupakan sesuatu yang baru khususnya apabila diletakkan dalam sebuah negara semi-autoritarian seperti Malaysia. Namun pandangan popular di Malaysia kelihatan begitu berbeza dengan pandangan saintifik apabila aktiviti bantuan demokrasi dan pendanaan asing dikaitkan sebagai mempunyai korelasi yang kuat dengan pertukaran rejim.

Apabila berlakunya pertukaran rejim dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018, ia bukan sahaja merupakan peristiwa bersejarah dalam konteks demokrasi di Malaysia, tetapi juga sekali gus mengesahkan hujah yang bantuan demokrasi atau peranan pihak luar hanya memainkan peranan marginal dalam proses pertukaran rejim. Hal ini dibuktikan apabila pertukaran rejim yang berlaku didorong sepenuhnya oleh unsur domestik dan tidak melibatkan sebarang peranan pihak luar.

Buku yang disiapkan menerusi kajian selama lima tahun ini hadir bagi mendalami polemik mengenai bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia. Selain daripada karya pertama yang membincangkan secara komprehensif aktiviti, aktor, pendekatan dan bentuk bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia, ia juga menjawab beberapa persoalan penting yang sentiasa dibangkitkan oleh pengkritik seperti peranan Amerika Syarikat, bentuk bantuan yang diterima oleh parti-parti politik, kebebasan masyarakat sivil, peranan Anwar Ibrahim serta impak sebenar yang dihasilkan oleh program bantuan demokrasi di Malaysia.

Memandangkan isu bantuan demokrasi seringkali dibingkaikan secara simplistik dan konspiratorial, wujudnya kesenjangan yang jelas antara kefahaman masyarakat dan pengkritik dengan realiti yang mengambil tempat di peringkat pelaksanaannya. Pertukaran rejim yang berlaku dalam PRU-14 yang lalu juga telah meletakkan konteks tersendiri mengenai batasan yang wujud dalam memperkatakan peranan aktor luar dalam mempengaruhi trajektori pendemokrasian di sebuah negara semi-autoritarian seperti Malaysia.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Prakata
Penghargaan
Senarai Singkatan

1. Pendahuluan: Bantuan Demokrasi dan Pendemokrasian
Latar Isu
Demokrasi, Pendemokrasian dan Promosi Demokrasi
Bantuan Asing, Bantuan Bersyarat dan Bantuan Demokrasi
Cakupan Bantuan Demokrasi
Pendekatan dan Sifat Bantuan Demokrasi
Jumlah Penyaluran Bantuan Demokrasi ke Malaysia
Aktor dan Model Penyaluran Bantuan Demokrasi
Malaysia sebagai sebuah Rejim Semi-Autoritarian
Mengenai Buku Ini
Pembahagian Bab

2. Bantuan Demokrasi kepada Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) dan Parti Politik
Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
Hak Pendanaan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO)
CSO Malaysia dan Dana Luar
Kawal Selia CSO di Malaysia
Kebebasan: Bersyarat atau Tidak?
Memihak atau Tidak?
Cabaran Bantuan Demokrasi kepada CSO
Bantuan Demokrasi kepada Parti Politik
Impak Bantuan Demokrasi dan Pertukaran Rejim

3. Bantuan Demokrasi di Indonesia Sebagai Kes Perbandingan
Amerika Syarikat dan Berdirinya Orde Baru
Suharto, Amerika Syarikat dan Bantuan Demokrasi
Bantuan Demokrasi Menjelang dan Selepas Reformasi 1998
Indonesia Sebagai Promoter Demokrasi

4. Penetapan Konteks: Demokrasi dan Masyarakat Sivil dari Era Mahathir Mohamad hingga Najib Razak
Ancaman Asing sebagai Instrumen Politik Ketakutan
Demokrasi dan Masyarakat Sivil Sebelum Era Reformasi 1998
Demokrasi dan Masyarakat Sivil Pasca Krisis Politik 1998
Demokrasi dan Masyarakat Sivil Era Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
Demokrasi dan Masyarakat Sivil Era Najib Razak (2009-2018)

5. Bantuan Demokrasi Amerika Syarikat ke Malaysia: Program Serasi-Rejim
Amerika Syarikat dan Agenda Pendemokrasian
Amerika Syarikat sebagai Promoter Utama Bantuan Demokrasi
Bantuan Demokrasi Amerika Syarikat ke Malaysia
Prospek Program Serasi-Rejim Amerika Syarikat

6. Bantuan Demokrasi Amerika Syarikat ke Malaysia: Program Tidak Serasi-Rejim
Latar
Jabatan Negara dan Kedutaan Amerika Syarikat
National Endowment for Democracy (NED)
The Asia Foundation (TAF)
Prospek dan Rumusan

7. Bantuan Demokrasi Yayasan Persendirian Amerika Syarikat ke Malaysia: Open Society Foundations (OSF) dan Yayasan Persendirian Lain
Jutawan, Misi Kemanusiaan dan Pendemokrasian
Latar Belakang Open Society Foundations (OSF)
Bantuan Demokrasi OSF ke Malaysia
Yayasan-yayasan Persendirian Amerika Syarikat

8. Bantuan Demokrasi Yayasan Politik Jerman (Stiftungen) ke Malaysia
Latar Jerman Sebagai Promoter Demokrasi
Latar Belakang Stiftungen
Struktur dan Operasi Stiftungen
Stiftungen di Malaysia
Analisis Mengenai Modus Operandi Stiftungen

9. Promoter Demokrasi Berprofil Rendah di Malaysia
Latar
Promoter Demokrasi Eropah
Promoter Kumpulan Sealiran
Pertubuhan Multilateral
Rumusan

10. Profil Lingkaran Bantuan Demokrasi di Malaysia
Profil CSO Utama yang Menerima Bantuan Demokrasi
Profil Lingkaran NGO Wanita

11. Profil Khas Penerima Bantuan Demokrasi: IDEAS, NIEI dan CIJ
Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
National Institute for Electoral Integrity (NIEI)
Centre for Independent Journalism (CIJ)

12. Profil Khas Penerima Bantuan Demokrasi dan Dana Asing di Sabah dan Sarawak
Latar
HUMANA Child Aid Society
Pacos Trust Sabah
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

13. Polemik Berkaitan Bantuan Demokrasi di Malaysia
Jaringan dan Kolaborasi
Teori Konspirasi Yahudi
Peranan Anwar Ibrahim
Melewati Pertukaran Rejim

14. Sisi Kritikal Lingkaran Bantuan Demokrasi di Malaysia
Pendedahan Umum dan Tadbir Urus
Penggantungan Berlebihan Terhadap Dana Luar
Instrumen kepada Promoter Demokrasi
Pengabaian Konteks Tempatan dan Pendekatan Pertautan
Aktiviti yang Tidak Inklusif dan Pengabaian Aktivisme Intelektual
Elitisme dan Jentera Sempit Parti Politik

15. Apa yang Dipelajari?
Keluk Pembelajaran: Pemerintah
Keluk Pembelajaran: Parti Politik
Keluk Pembelajaran: CSO
Keluk Pembelajaran: Pendana dan Promoter Demokrasi
Agenda Penyelidikan Masa Hadapan

Lampiran

  1. Informan yang ditemu bual
  2. Penyaluran Bantuan Demokrasi ke Malaysia untuk Program Serasi-Rejim dan Tidak Serasi-Rejim berdasarkan data QECD untuk tempoh 1999-2015
  3. Jumlah penyaluran The Asia Foundation untuk Program Malaysia bagi 2005-2012 dan kekerapan penerimaan geran oleh CSO Malaysia daripada The Asia Foundation
  4. Aktiviti Spesifik CSO Malaysia yang menerima geran daripada The Asia Foundation 2005-2012
  5. Pengisian salah satu bengkel yang dijalankan oleh IRI di Malaysia pada 2017

Bibliografi
Indeks

Weight0.780 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 2.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.