Out of stock

Voltaire: Satu Karangan Tentang Toleransi

VOLTAIRE (1694–1778) atau nama sebenarnya François-Marie Arouet adalah ahli falsafah dan penulis dari Perancis, yang terkenal dengan karyanya seputar wacana Pencerahan.

Terjemahan daripada judul asal oleh AMIN ZANUDDIN dan AMMAR GAZALI

Awal Nahdah Resources (Cetakan Pertama, 2016)
154 halaman

RM25.00

Out of stock

ISBN: 9789671441824 Product ID: 921 Subject: Sub-subjects: , , ,

Voltaire: Satu Karangan Tentang Toleransi adalah terjemahan daripada Traité sur la tolérance, sebuah karya Voltaire yang ditulis pada tahun 1763. Buku Voltaire: Satu Karangan Tentang Toleransi memuatkan perbincangan tentang toleransi, akibat daripada peristiwa hukuman mati yang dikenakan ke atas Jean Calas. 254 tahun dahulu, Voltaire tersentak dengan hukuman mati yang dikenakan ke atas Jean Calas yang dituduh membunuh anaknya sendiri kerana anaknya telah murtad menjadi Katolik. Pembelaan Voltaire terhadap Jean Calas ini menjadi pelantar kepadanya untuk membincangkan tentang toleransi sebagai konsep penting ketika Zaman Pencerahan sedang mula muncul.

Karya ini dinamakan The Treatise on Tolerance on the Occasion of the Death of Jean Calas from the Judgment Rendered in Toulouse (Pieces Originales Concernant la Mort des Sieurs Calas det le Jugement rendu a Toulouse) bersempena peristiwa tersebut. Pembunuhan Jean Calas yang disebabkan oleh sistem kehakiman di bandar Toulouse pada 9 Mac 1762, adalah satu peristiwa yang sewajarnya mendapat perhatian zaman ini dan juga generasi akan datang.

Banyak kematian dalam pelbagai peperangan dengan mudahnya dilupakan orang kerana hal itu bukan sahaja akibat yang tidak dapat dielakkan tetapi juga kerana mereka yang mati itu mempunyai peluang membunuh musuh dan mereka tidak mati tanpa berlawan. Apabila bahaya dan peluang sama banyak maka apa yang memberikan kejutan dan belas kasihan akan berkurang.

Tetapi bayangkan seorang bapa yang tidak bersalah ditahan oleh tangan-tangan yang prejudis atau jahil atau juga fanatik; jika dia yang dituduh itu tidak ada cara lain untuk mempertahankan dirinya melainkan kebaikan dirinya sahaja; jika para hakim yang menjatuhkan hukuman mati tidak mengambil apa-apa risiko melainkan kekhilafan membunuhnya; dan jika mereka dapat membunuhnya dengan keputusan yang mudah tanpa rasa takut, maka kita akan mendengar kemarahan rakyat dan ketakutan yang timbul disebabkan hal tersebut.

Apabila berlaku hal itu adalah jelas bahawa tidak ada nyawa yang selamat di hadapan mahkamah yang ditubuhkan sepatutnya untuk menjaga nyawa rakyat, dan semuanya akan bangun bersuara menuntut pembelaan.

Peristiwa yang sangat dahsyat dan pelik ini melibatkan isu agama, bunuh diri dan kes seorang bapa yang membunuh anaknya; apa yang menjadi persoalan adalah adakah seorang bapa dan seorang ibu telah mencekik anak mereka sendiri sehingga mati untuk menyenangkan Tuhan; adakah juga seorang abang terlibat dalam mencekik adiknya sendiri; adakah seorang sahabat mencekik sahabatnya sendiri; dan adakah para hakim sekarang ini mempunyai sebab untuk menyalahkan din” mereka sendiri kerana menjatuhkan hukuman mati di roda perancah terhadap seorang bapa yang tidak bersalah itu dan juga kerana mereka telah melepaskan seorang ibu, seorang abang, dan seorang sahabat yang bersalah menurut mereka.

Perbincangan mengenai toleransi sentiasa panas. Sekali lagi Voltaire: Satu Karangan Tentang Toleransi menjadi buku laris apabila rakyat Perancis membaca semula karyanya selepas beberapa siri serangan pengganas di Perancis terutama sekali dalam kes pembunuhan pada tahun 2015 di pejabat majalah satira Charlie Hebdo.

Weight0.147 kg
Dimensions12 × 0.9 × 17 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

  1. Akhrun Musa (verified owner)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.