Aceh: Suara dari Hujung Tambak

Siti Zainon Ismail (b. 1949 — ) merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair dan pelukis Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2009)
327 halaman

RM120.00

In stock

Aceh: Suara dari Hujung Tambak merupakan karya Siti Zainon Ismail @ Cut Nyak Fakinah yang mencatatkan perjalanan lewat bumi Aceh, budaya dan keragaman seni yang masih berentetan di sana. Hingga tahun 500 SM, nama Aceh belum muncul. Catatan Dinasti Lian pernah menyebut “Poli” di utara Sumatera yang mempunyai 136 kampung. Diceritakan juga bahawa penduduknya menanam padi dua kali setahun, menghasilkan dan memakai kain kapas, sesekali berkain sutera. Rajanya menggunakan gajah sebagai kenderaan. Ketika itu penduduknya beragama Buddha (Leob, 1972:218)

Pada zaman Srivijaya di Sumatera, sumber Arab dan China ada menyebut Lau-Wa-Li atau Lamuri (Ismail, 1980:28) Menurut Osman Raliby, dalam bahasa Aceh sekarang nama tersebut mungkin yang dimaksudkan ialah Lambarih, iaitu sebuah desa kecil yang tidak jauh dari Aceh, kemudian muncul nama Pase atau Samudera Pasai, ketika ajaran Islam tiba pada sekitar tahun 845-950.

Menurut catatan Marco Polo, daerah kecil ini berkembang pesat sebagai pusat Islam yang terkemuka pada sekitar tahun 1292, dimulai di sepanjang muara Sungai Pase.

Aceh sejak dulu, sebagaimana negeri-negeri Melayu Nusantara, kaya dengan rempah-ratus seperti cengkih, pala, kayu manis, dan sebagainya. Kekayaan ini diketaahui oleh manusia Barat, khususnya Belanda, Portugis, Spanyol, dan Inggeris. Kedudukan Aceh yang terbuka sebagai pintu masuk kapal dari Barat ke Timur, memungkinkan tanah ini terus diintai.

Dari prakata: Himpunan tulisan ini tidak sepenuhnya bersifat akademik. Beberapa daripadanya dirakamkan di celah-celah perjalanan dan kunjungan bertemu keluarga. Sejak tahun 1986-1989, saya selusuri desa-desa dengan bantuan Bupati Pidie dan Profesor Ali Hasjmy. Bersambung kerja dengan Drs. Emi hingga jauh ke balik pergunungan di hujung Bukit Barisan menembusi padang ke Lautan Hindi untuk menuju Meulaboh pada sepanjang tahun 1993-1995. Saya juga mengatur kunjungan muhibah rombongan pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia hingga terjalin kerjasama dengan Universitas Jabal Ghafur pada tahun 1997. lni diikuti pula dengan kedatangan lebih 30 orang mahasiswa kami dan mereka sempat bersama-sama bermain rapa’i dan seudati. Alangkah matanya persahabatan antara mahasiswa, dan kami sempat berinteraksi dengan anak-anak kampung nelayan di Gampong Baro, tidak jauh di Ujung Batee.

Melalui himpunan tulisan ini, saya catatkan kenangan bersama itu, dengan impian semoga rakyat Aceh terus berkembang bagai jurai bungoeng jeumpa mewangi di taman Darul Isyki. Dan buku ini kutujukan kepada seluruh sahabat, keluarga dan masyarakat Aceh, dengan doa semuanya berada dalam penuh aman sentosa, insya-Allah. Amin ya Rabbulalamin.

Weight1.120 kg
Dimensions26.8 × 19.2 × 2.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.