Ada Apa dengan Drama dan Teater?

ZAKARIA ARIFFIN adalah penerima S.E.A. Write Award 2001.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
261 halaman termasuk Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 7 reward points!
ISBN: 9789834934101 Product ID: 31905 Category: Sub-subjects: , , ,

Ada Apa dengan Drama dan Teater? merupakan himpunan esei pilihan Zakaria Ariffin yang mencakupi aspek sejarah perkembangan, pemikiran, kegiatan, dan kajian berkaitan drama dan teater. Sejak usianya dua puluhan Zakaria Ariffin telah mengikuti pengajian dalam bidang drama serta memberi keutamaan menceburi bidang ini sebagai seorang karyawan. Dalam tempoh yang relatif panjang itu, beliau bukan sahaja membentuk dirinya sebagai seorang penulis skrip drama bermutu, malah sebagai pelakon, pengarah dan seorang peneliti serta pengkaji drama. Buku ini mengapungkan sebahagian pandangannya sekitar pemikiran drama tanah air dan dunia. Dikatakan sebahagian kerana sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 100 rencana tentang seni, budaya dan warisan.

Apabila beliau membicarakan beberapa buah drama dalam buku ini, pembicaraannya berwibawa kerana beliau sendiri telah menghasilkan 30 skrip drama pentas. Kita ingat akan drama-drama hebatnya seperti “Pentas Opera”, “Raja Lawak”, “Perempuan Seorang Leftenan Inggeris”, “Jangan Bunuh Sam” dan “Budak Raja”—atau yang antara lain diterbitkan dalam Trilogi Raja Lawak (2013) dan Trilogi Pentas Opera (2015). Beliau juga telah menterjemahkan lapan drama dunia dari timur dan barat, justeru memahami sejarah, pemikiran serta kepentingannya.

Terjemahannya terhadap drama-drama hebat dari Eropah, China dan Jepun membuktikan komitmen besar Zakaria Ariffin terhadap drama. Penterjemahan tersebut bukan sahaja memperkaya pemahamannya terhadap aspek mutu dan persoalan drama—yang boleh menambah nilai karya-karya drama ciptaannya; malah memberi peluang kepada aktivis teater Malaysia untuk meneroka pementasan drama bertaraf dunia. Zakaria Ariffin, melalui drama-drama terjemahannya, bukan sahaja menambah pengetahuan pendramaan untuk dirinya, malah berkongsi teks tersebut khususnya dengan para aktivis teater tanah air.

Dalam buku ini juga, penulis menyentuh aspek budaya dan warisan, iaitu bidang yang benar-benar difahami. Dalam konteks ini, antara lain beliau sebenarnya pernah menghasilkan skrip video dokumentari warisan sastera klasik, warisan kesenian Johor, serta sebuah buku biografi tokoh bangsawan kita, Biografi Seniman Negara Rahman B. Sejumlah 22 esei dalam buku ini mempunyai cakupan wacana yang luas. Esei ini meliputi pembicaraan drama zaman Yunani (Oedipus), teater tradisional Melayu (penglipur lara dan wayang kulit), drama dan teater moden Malaysia (Johan Jaaffar serta karya Sasterawan-sasterawan Negara A. Samad Said, Usman Awang dan Noordin Hassan), drama dari Singapura dan Indonesia (karya Mohd. Raman Daud, Rendra dan Ariffin C. Noer), drama eksistensialisme/ absurd yang pernah menggegar teater dunia (Waiting for Godot), serta penelitiannya terhadap fenomena mutakhir teater Malaysia yang digerakkan serta dihidupkan oleh karyawan-karyawan muda (seperti Nam Ron dan sebagainya).

Sebagai seorang pengkaji drama yang berpengetahuan, dalam kumpulan esei ini juga, Zakaria Ariffin turut memuatkan esei-esei yang bersandarkan teori sastera dan psikologi (mimesis, ikonoklastik, estetika dan eksistensialisme). Tidak kurang penting ialah beberapa eseinya yang mengangkat kembali pengalamannya sebagai pensyarah drama dan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia.

Kata Pengantar
Prakata

1. Wayang Kulit Kelantan: Antara Cabaran dan Harapan
2. Tradisi Persuratan: Puncak-puncak Persuratan Melayu Mutakhir di Malaysia — Drama
3. Melihat Pemikiran Eksistensialisme dan Kelangsungan Hayat dalam Tiga Drama A. Samad Said
4. Penulisan Drama sebagai Interpretasi Budaya Bangsa
5. “Matinya Seorang Pahlawan” sebagai Gagasan Keperwiraan Usman Awang
6. Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Skrip Drama Pentas: Satu Pengalaman di ASWARA
7. Drama dan Pengurusan Seni: Pengalaman ASWARA
8. Protes Sosial dalam Drama Malaysia, Singapura dan Indonesia: Satu Penelitian Singkat ke Atas Karya-karya Johan Jaaffar, Mohd Raman Daud dan Arifin C. Noer
9. Membaca Drama Usman Awang: Mencari Makna “Kebenaran, Kewiraan dan Kemanusiaan”
10. “Kotak Renung dan Tenung”: Satu Penelitian Terhadap Tuntutan Ruang dan Nafsu berdasarkan Teori Psikoanalisis Freud
11. Pembangunan Teater Malaysia
12. Gaya Bercerita Penglipur Lara Melayu sebagai Satu Bentuk Seni Persembahan Tradisional
13. Pemikiran Politik Rendra melalui Panembahan Reso: Satu “Suksesi Kekuasaan” Terlampau?
14. Penghayatan Muzik dan Estetika dalam Seni Lakon dengan Rujukan Khusus kepada Muzikal
15. Permasalahan Watak Majmuk dan Bahasa dalam Drama Melayu
16. Transformasi Naskhah Teater Melayu: Ada Apa dengan Masa Depan?
17. Badut: Fitrah Watak Ironi-tragik dalam “Jangan Bunuh Rama-rama”
18. Pemikiran Ikonoklastik dalam Drama Bukan Lalang Ditiup Angin
19. Teater Mutakhir Di Malaysia: Gaya dan Bentuk Teater Karyawan Muda dengan Rujukan Khusus kepada Nam Ron
20. Mimesis: Imej Boneka Wayang Kulit Berasaskan Karya Sastera di Malaysia
21. Falsafah Eksistensialisme Melalui Imej Manusia dalam Waiting for Godot
22. Konsep Imitasi Aristotle: Takdir Oedipus dari Sudut Falsafah

Biodata Penulis
Indeks

Weight 0.32 kg
Dimensions 21.6 × 14 × 1.4 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.