Out of stock

Adat Melayu Serumpun: Adat Bersendi Syarat dan Syarak Bersendi Kitabullah

Diselenggara oleh ABDUL LATIFF ABU BAKAR

Kerajaan Negeri Melaka & Perbadanan Muzium Melaka (2001)
486 halaman

RM38.00

Out of stock

ISBN: 9789839947328 Product ID: 3213 Subjects: , Sub-subjects: , , , , ,

Adat Melayu Serumpun ini amat bermakna kerana selama ini buku yang merangkumi perihal Adat Rumpun Malayu belum pernah diterbitkan untuk tatapan dan bacaan umum. Begitu juga pertemuan pemimpin dan sarjana dalam bidang Adat Melayu tidak dilaksanakan dengan sempurna. Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Seminar Adat Melayu Serantau pada tahun 1996 sempena menyambut 600 Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah dan ulang tahun ke 10 Muzium Budaya.

Hasil daripada seminar tersebut, dua puluh kertas kerja telah dibentangkan oleh tokoh dan sarjana berwibawa di Dunia Melayu serta empat lagi tulisan penyelidikan tentang adat perkahwinan yang kemudiannya dimuatkan dalam buku ini. Sebagai memudahkan pembacaan dan pemahaman, buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu; (I) Konsep dan Tafsiran adat; (II) Amalan Adat Rumpun Melayu; dan (III) Adat Perkahwinan. Diharapkan agar buku Adat Melayu Serumpun ini menjadi rujukan dan panduan di kalangan ketua kampung atau datuk sidang penghulu menjalankan tugas sebagai ketua adat, para sarjana, pemimpin, guru serta generasi muda yang bakal mewarisi khazanah seni budaya yang sangat tinggi nilainya di sepanjang zaman. Gunakanlah warisan Adat Melayu ini sebagai pewaris jati diri bangsa Melayu yang bertamadun.

Sekapur Sirih Seulas Pinang
Pengenalan

KONSEP DAN TAFSIRAN ADAT

1. Adat dan Patriotisme: Ke Arah Penubuhan Lembaga Adat Melayu Melaka dan Majlis Adat Melayu Serumpun
Abdul Latiff Abu Bakar

2. Adat dan Patriotisme di Melaka: Satu Kajian Terhadap Perjuangan Orang Melayu Menentang British, 1825-1832
Abdullah Zakaria Ghazali

3. Adat dan Undang-Undang
Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid

4. Adat Melayu Mengikut Perspektif Perundangan Orang Islam di Malaysia
Abdullah Alwi Haji Hassan

5. Dinamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu
Khazin Mohd Tamrin

6. Adat Melayu: Kesinambungan dan Perubahan
Norazit Selat

7. Adat Jawa dan Penerimaan di Malaysia
Noriah Mohamed

8. Pelaksanaan Adat Melayu dalam Pancasila: Kini dan Masa Datang
Amir Luthfi

AMALAN ADAT RUMPUN MELAYU

9. Adat Melayu Melaka
Zainal Abidin Datuk Borhan

10. Adat Melayu Sarawak
Awang Hasmadi Awang Mois

11. Adat Melayu Singapura
Arif Ahmad

12. Adat Melayu Riau: Penggunaan Pantun dalam Adat Istiadat Melayu Riau
Tenas Affendi

13. Adat dan Budaya Melayu di Pesisir Timur Sumatera
Y.M. Tengku Lukman Sinar

14. Adat Alam Minangkabau
H. Idroes Hakimi

15. Adat Istiadat Budaya Melayu Sambas
H. Mawardi Rivai

16. Nilai Budaya, Tradisi dan Adat Istiadat Kelompok Etnik, Bugis di Kalimantan Barat
Syarif Ibrahim Alqadrie

17. Adat Melayu Acheh
Muhammad Hakim Nyak Pha

18. Adat Melayu Acheh
Tgk Hj. Ali Hasjmy

19. Adat Melayu Mindanao
Hafiz Faisal Abdul Karim Bacara Al-Haj

20. Adat Orang Merina Madagaskar
Ranivoson Mohd. Taib

ADAT PERKAHWINAN

21. Adat Istiadat dan Upacara Perkahwinan Suku Banjar
Drs. Syarifuddin

22. Proses Kegiatan Acara Pernikahan Adat Jambi
Lembaga Adat Propinsi Jambi

23. Adat Perkahwinan di Sulawesi Selatan
A. Nurgaya Nohong

24. Adat Perkahwinan Palembang
Djohan Hanafiah

Weight0.630 kg
Dimensions22 × 16 × 2 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

,

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.