Adat Orang Asli Suku Temuan

Penulisan bersama JO KOMAR dan W.A. AMIR ZAL

DBP (Cetakan Pertama, 2014)
95 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

Only 1 left in stock

Adat Orang Asli Suku Temuan membincangkan tentang tradisi dan adat yang diamalkan oleh Orang Asli suku Temuan, meliputi sejarah, organisasi masyarakat, adat perkahwinan, kematian dan tanah adat. Orang Asli di Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada tiga suku utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Pengkategorian itu dibuat semasa pemerintahan British untuk memudahkan pentadbiran pada masa tersebut. Setiap pengkategorian kumpulan itu berasaskan latar aktiviti hidup mereka. Misalnya, Negrito dikaitkan dengan masyarakat nomad, memburu dan memungut hasil hutan di sebelah Utara. Manakala kumpulan Senoi dikaitkan dengan aktiviti pertanian huma. Melayu Proto pula dikaitkan dengan golongan yang tinggal di sebelah selatan, terlibat dalam aktiviti nelayan dan petani yang mana aktiviti ekonominya menyamai aktiviti masyarakat Melayu. Sebelum pembahagian itu dibuat, Orang Asli dibahagikan kepada tiga kategori berasaskan karakter rambut mereka. Karakter itu ialah; berambut kerinting dikenal sebagai Semang, rambut ikal dikenali sebagai Sakai dan rambut lurus dikenali sebagai Jakun.

Orang Asli Temuan merupakan suku kaum Melayu Proto atau Melayu Asli dan rumpun bangsa keempat yang terbesar dalam kalangan Orang Asli. Orang Asli Temuan turut dikenali sebagai Belandas dan Orang Dusun Tua. Penempatan mereka hampir keseluruhannya terletak di negeri Selangor (kecuali daerah Kuala Langat), Melaka, Negeri Sembilan, Temerloh Pahang dan Muar Johor. Rumpun Orang Asli Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan adat perpatih yang mana Batinnya merupakan salah seorang daripada ahli dalam pelantikan Undang. Suku Temuan biasanya tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar. Oleh itu, Orang Asli Temuan terdedah dengan pelbagai bentuk pembangunan dan menyebabkan adat mereka mengalami perubahan.

Pelbagai bentuk adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka yang terdiri daripada jampi serapah, alat pertahanan diri dan senjata, ilmu perubatan dan peraturan dalam berinteraksi dengan ahli masyarakat. Adat tersebut menggalakkan Orang Asli agar sentiasa berbuat baik sesama manusia terutamanya kepada saudara-mara, haiwan, alam sekitar termasuklah tumbuh-tumbuhan, sungai, udara dan sebagainya, Ini menunjukkan bahawa Orang Asli mempunyai hubungan langsung dengar persekitaran mereka sama ada sesama manusia dan alam sekitar. Adat juga menggalakkan masyarakat Orang Asli agar sentiasa saling tolong-menolong sesama mereka dan mengamalkan amalan bergotong-royong bagi menjaga persaudaraan serta mewujudkan persefahaman antara satu sama lain.

Kedudukan adat-adat tersebut dianggap tinggi dan mulia dan tiada siapa boleh mempertikaikan adat tersebut. Oleh hal yang demikian, setiap Orang Asli tidak kira umur, jantina dan tempat di mana mereka berada, mereka wajib mentaati adat tersebut. Orang Asli diajar untuk patuh dengan Tuk Batin dan ajaran Lembaga Adat kerana pelanggaran adat akan menerima balasan atau “tulah” yang dikenakan oleh Tuhan nenek moyang dan malaikat yang sentiasa memerhatikan kelakuan mereka di dunia ini. Nilai tersebut telah diserapkan sejak sekian lama bagi membentuk satu mekanisme atau cara untuk menghalang Orang Asli daripada melakukan perkara buruk sesama manusia dan menjadi pedoman hidup masyarakat Orang Asli yang menentukan sesuatu perkara boleh atau tidak boleh dilakukan.

Senarai Foto
Senarai Jadual
Prakata
Penghargaan

Bab 1 – ORANG ASLI TEMUAN
Orang Asli Malaysia
Orang Asli Temuan
Kampung Orang Asli Temuan Sungai Melut
Agama dan Adat Orang Asli Temuan
Inti Pati Adat Orang Asli Temuan

Bab 2 – LEMBAGA ADAT DAN PERALATAN ADAT ORANG ASLI TEMUAN
Lembaga Adat Orang Asli Temuan
Pelantikan Lembaga Adat
Peralatan Adat dan Keturunan Lembaga Adat
Bujam Orang Asli Temuan
Jenis dan Fungsi Bujam Adat
Peralatan Adat dan Fungsi Bujam Adat
Pelbagai Fungsi Bujam Adat
Adat Berkaitan dengan Bujam Adat

Bab 3 – ADAT PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN
Adat Tanyai (Merisik)
Adat Bertunang
Wali dalam Orang Asli Temuan
Adat sebelum Majlis Perkahwinan
Adat Rombongan Perkahwinan
Adat Bersanding
Adat Menepung Tawar
Tujuh Pesilat
Adat Pukul Bedal
Adat Ikrar Ingkar Janji
Adat Pertukaran Cincin
Adat Mandi Bedak
Jenis Perkahwinan dan Adat Perkahwinan
Adat Tangkap Basah
Adat Perkahwinan bagi Perampas Isteri atau Suami Orang
Adat Patah Harang (Perceraian)

Bab 4 – ADAT MENGANDUNG DAN BERSALIN
Tempah Bidan
Pantang Larang atau Tabu
Adat Sebelum Bersalin
Adat Bersalin
Jenis-jenis Tangkal
Pengurusan Uri dan Tabu
Pantang Larang Selepas Bersalin
Adat Mandi Serum (Mandi Akar Kayu)
Mengurut
Gangguan Makhluk Halus
Adat Medak Tangan (Cuci Tangan)

Bab 5 – ADAT KEMATIAN DAN PENGEBUMIAN
Mandi Mayat
Tanah Perkuburan
Adat
Tiang Nakak (Nisan)
Adat Naning
Kenduri Mendiang
Wanita Meninggal Dunia
Lelaki atau Perempuan Bujang Meninggal Dunia

Bab 6 – ADAT TANAH
Adat Tanah
Tanah Adat
Adat Menentau Tanah (Mencari Tanah yang Baik)
Adat Sangga
Sempadan Tanah
Pencerobohan Tanah
Penyerahan Tanah kepada Keluarga
Adat Tukar Tanah
Jual Beli Tanah
Rampas Tanah dan Hutang

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.154 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.