Agama, Bangsa dan Tanah Air: Sejarah dan Peranan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah (1924-1970-an)

Tulisan NASIRRAHMAN SAAD KHIRUDDIN

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2022)
297 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM55.00

Only 1 left in stock

Agama, Bangsa dan Tanah Air: Sejarah dan Peranan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah (1924-1970-an) mempersembahkan dapatan mendalam terhadap penubuhan, peranan dan sejarah Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah sejak ditubuhkan oleh Shaykh ‘Abdu’Llāh Fāhīm sehingga pengambilalihan oleh kerajaan sekitar 1970-an. Penulis dalam kajiannya pada 1982 berjaya menemubual anak-anak murid Shaykh ‘Abdu’Llāh Fāhīm dan kakitangan madrasah yang masih hidup ketika itu bagi berkongsi pengalaman, kejayaan, kegemilangan dan jatuh bangun Madrasah DMW yang menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa bersejarah siyasah dan agama sehingga menjadi tempat perhimpunan dan pertemuan tokoh-tokoh ‘ilmuwan, politik dan masharakat.

Daripada galuran sejarah, Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah ialah pelopor kepada pemodenan pendidikan Islam tanah air yang sebelum itu terbatas kepada pengajian di rumah tuan guru, surau, masjid dan pondok. Benih-benih penubuhan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah bermula apabila Shaykh ‘Abdu’Llāh Fāhīm mengambil keputusan untuk pulang ke Kepala Batas dari kota Makkah pada tahun 1915M dan memulakan pengajian agama secara ‘umūmī di masjid dan di rumahnya sendiri sehinggalah mendapat sambutan daripada masharakat setempat. Kemunculan Shaykh ‘Abdu’Llāh Fāhīm yang membawa pembaharuan dalam sistem pendidikan Islam di Seberang Perai, boleh dianggap sebagai sesuai dan tepat pada masanya. Pada waqtu kemunculannya, masharakat Seberang Perai amat mengambil berat terhadap hal-hal agama, termasuk bidang pendidikan agama. Tokoh-tokoh ‘ulama dan institusi-institusi pendidikan (pondok) pada masa itu telah diletakkan pada tempat yang tinggi dan amat dihormati oleh anggota masharakat. Selain daripada kesungguhan terhadap penghayatan budaya ‘ilmu, masharakat pada masa itu juga amat bersedia untuk memberikan bantuan dan sokongan terhadap penubuhan dan perkembangan mana-mana institusi pendidikan Islam.

Maka apabila munculnya Shaykh ‘Abdu’Llāh Fāhīm dalam arena pendidikan Islam di Seberang Perai, beliau telah mendapat sambutan dan penghormatan yang sewajarnya. Ketinggian ‘ilmu dan kezahidannya amat dikagumi serta disanjung oleh masharakat. Bahkan, ketokohannya telah diletakkan sebagai tokoh ‘ulama yang paling mulia sekali dalam senarai ‘alim ‘ulama pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Justeru dengan pengaruh dan kehormatan inilah tugas-tugas beliau menggagas perubahan dan pemodenan sistem pendidikan Islam Seberang Perai menjadi mudah. Ditambah pula dengan faktor luaran, pertamanya pengaruh pemodenan pendidikan Islam di Timur Tengah dan seterusnya kerancakan kegiatan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris oleh British dan mubaligh Kristian di Tanah Melayu, telah menjadi satu asas yang kukuh ke arah kemunculan dan seterusnya perkembangan institusi-institusi pendidikan Islam di Seberang Perai Utara, serta melahirkan ramai tokoh-tokoh agama yang terkemuka dan banyak berjasa kepada bangsa dan tanah air. Antaranya termasuklah Shaykh ‘Abdu’Llāh Fāhīm yang menjadi pengasas kepada Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah.

Penghejaan dan Perumian

Senarai Lampiran
Kata Pengantar I
Kata Pengantar II
Penghargaan Pengarang
Penghargaan Penyunting

Pengenalan
Pendahuluan

BAB I
Institusi Pondok dalam Pendidikan Islam di Tanah Melayu
Kemunculan Institusi Pendidikan Madrasah di Tanah Melayu

BAB II
Tinjauan Ringkas Terhadap Sejarah Seberang Perai
Penghijrahan Orang Melayu Patani ke Seberang Perai
Perkembangan Pendidikan Islam di Seberang Perai
Sebab-sebab Terjadinya Penumpuan Kegiatan Agama di Seberang Perai Utara
Zaman Gemilang Kegiatan Pendidikan Islam di Seberang Perai Utara
Kemunculan Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim dalam Arena Pendidikan Seberang Perai
Riwayat Hidup Ringkas Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim

BAB III
Penubuhan dan Perkembangan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah 1924-1927M
Perombakan dan Penyusunan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah 1927M

BAB IV
Perkembangan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah 1928M sehingga Perang Dunia Kedua
Perkembangan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah ketika Perang Dunia Kedua (1941-1945M)
Perkembangan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah 1946-1951M
Perkembangan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah 1952-1968M
Perkembangan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah 1969-1973M
Perkembangan Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah 1974-1982M
Sumber Kewangan

BAB V
Pemikiran Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim yang Membentuk Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah

Kesimpulan
Lampiran

Glosari
Daftar Ruju’kan
Indeks
Tentang Pengarang
Akademi Jawi Malaysia

Weight0.507 kg
Dimensions21.6 × 13.9 × 2.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.