Agama dan Sains Moden

Disusun oleh BAHARUDIN AHMAD

DBP (Cetakan Pertama, 2008)
215 halaman termasuk Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM30.00

In stock

ISBN: 9789834601362 Product ID: 550 Subjects: , Sub-subjects: ,

Agama dan Sains Moden menghimpunkan tulisan penulis besar yang memberi tumpuan kepada falsafah sains sama ada dari sudut pandangan Islam, agama atau tradisi. Hanya dengan gambaran yang ringkas dan padat begini para pembaca akan terus bertanya, berbincang dan meminati alternatif yang ingin dikemukakan. Kumpulan penulis ini adalah usaha awal yang memerlukan susulan dan perincian dari semasa ke semasa. Segala prinsip asas yang dikemukakan oleh setiap penulis perlu ditafsirkan dengan lebih luas dan usaha ini tidak dapat dilakukan di dalam satu penerbitan sahaja. Dengan harapan alternatif falsafah sains yang ‘baru’ tetapi sediakala ini akan memberi jalan ke arah kecerahan psikologi, sekurang-kurangnya, apabila menilai sains moden dan dengan itu membuka jalan ke arah pemikiran yang lebih kreatif terhadap sains moden itu sendiri.

Di dalam penyusunan buku ini, pembaca akan didedahkan kepada beberapa penulisan yang berkait rapat dengan perspektif Islam terhadap sains. Kritik terhadap sains moden dan hubungan di antara sains moden di dalam bidang fizik teoritikal dan kenyataan agama. Tulisan Huston Smith dan Maurice Bucaille menunjukkan bahawa fakta sains moden telah pun dikemukakan oleh falsafah serta ajaran agama sejak zaman dahulu. Huston Smith memilih fizik teoritikal, satu teori moden dan masih dalam perbincangan. Tulisan Maurice Bucaille mengaitkan teori evolusi dan kosmologi, iaitu teori-teori yang tidak diterima sepenuhnya dalam bidang sains kini sebagai benar-benar saintifik. Bagaimanapun ia banyak dibicarakan oleh para pemikir falsafah sains Islam kini. Tulisan Frithjof Schuon menyatakan had batasan sains moden dan kekeliruannya. Ia merupakan satu pandangan yang sangat mencabar sains moden. Pandangan Osman Bakar mengemukakan kaedah ideal dalam falsafah sains Islam iaitu satu kaedah yang membawa tujuan serta matlamat pengkajian sains dalam pengertian yang sebenarnya.

Tulisan Lord Northbourne dan tulisan penyusun sendiri mengkritik had perspektif sains moden dan mengemukakan pandangan tentang sifat komprehensif sains tradisional. Frithjof Schuon melihat sains moden daripada perspektif tradisional dan secara prinsip meletakkan sains moden pada tempatnya. Beliau mengkritik sains tersebut kerana mendakwa bahawa hakikat ilmu adalah sains moden itu sendiri. Tulisan Seyyed Hossein Nasr mendefinisikan sains sebagai ilmu di dalam sains Islam serta menjawab permasalahan sains moden kini.

Umumnya penyusun menganggap bahawa, kebanyakan rencana yang disiarkan di sini dapat difahami oleh pembaca. Oleh yang demikian penyusun tidak akan memperincikan setiap satunya. Apa yang lebih penting bagi penyusun ialah pemilihan rencana yang saling berkaitan atau tergolong di dalam satu kumpulan yang benar-benar menolak hakikat sains moden dan sebaliknya menyatakan bahawa sains tersebut adalah tidak lebih daripada salah satu “sains” seperti bidang ilmu yang lain juga. Selain daripada Huston Smith dan Maurice Bucaille penulis lain boleh dikatakan berada di dalam golongan yang telah kami nyatakan itu. Huston Smith menyatakan sains fizik moden, iaitu aspek teoritikal sains tersebut dan ciri atau sifat sains metafizikal mempunyai banyak persamaan.

Dengan itu beliau ingin menyatakan bahawa, realiti yang telah dijumpai dahulu, kini ditemui semula dalam fizik teoritikal. Daripada satu segi ini menunjukkan bahawa, alat bagi mencapai ilmu itu bukannya satu atau seragam di antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Beliau menyatakan bahawa, manusia tradisional mengetahui hakikat ini dan mengalami daerah ilmu yang berkaitan dengan fakta yang mereka temui itu. Sains moden menemui hal yang sama tetapi dalam teorinya. Mereka mengetahui realiti alam itu tetapi tidak mengalaminya sendiri.

Kata Pengantar

Al-Quran dan Sains Moden
— Maurice Bucaille

Islam dan Sains Moden
— Seyyed Hossein Nasr

Kedudukan Sains
— Huston Smith

Persoalan mengenai Kaedah dalam Sains Islam
— Osman Bakar

Kritikan terhadap Sains Moden
— Frithjof Schuon

Masalah Ekologi menurut Tasawuf
— Seyyed Hossein Nasr

Mewujudkan Tamadun Ilmu Berlandaskan Tauhid
— Osman Bakar

Batasan Sains Moden
— Lord Northbourne

Ilmu Tradisional: Pencarian Moden
— Baharudin Ahmad

Agama mengenai Kaedah dalam Sains
— Baharudin Ahmad

Sains Tradisional dan Sains Moden
— Rene Guenon

Sains dalam Islam dan Barat
— Cemil Akdogan

Keperluan kepada Sains Islam
— Alparslan Acikgenc

Indeks

Weight0.386 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.6 cm
Author(s)

, , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. MUHAMMAD AMIN NASRIN A. (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.