Akal Budi Melayu dalam Bahasa dan Sastera Moden

Disunting oleh RAHIMAH A. HAMID dan A.S. HARDY SHAFII

Penerbit USM (Cetakan Semula, 2018)
150 halaman termasuk Indeks

RM26.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!
ISBN: 9789674611774 Product ID: 27087 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Akal Budi Melayu dalam Bahasa dan Sastera Moden menghimpunkan makalah meliputi pelbagai disiplin ilmu dalam wacana kearifan tempatan khususnya kepada penggemar ilmu pelayaran; pejuang bahasa dan negara bangsa; juga pencinta seni budaya. Makalah yang dihasilkan adalah berdasarkan kajian teks dan kajian lapangan yang meliputi ruang kehidupan masyarakat Melayu yang luas. Buku ini sesuai dimiliki dalam memahami dan menjiwai akal budi bangsa Melayu pada masa lalu dan masa kini, demi menghadapi tentangan hidup yang lebih bermakna pada masa-masa yang mendatang.

Judulnya, Akal Budi Melayu dalam Bahasa dan Sastera Moden sinonim dengan garapan ilmiah para penyumbang esei yang mencakupi spektrum bahasa dan karya kesusasteraan Melayu moden, termasuk juga bidang kartun, drama dan filem. Perbincangan tidak hanya bertitik tolak kepada cungkilan dan maksud tersirat yang sarat dengan konsep, petua dan ilmu yang terkandung dalam kearifan tempatan sahaja, tetapi turut meresap ke dalam alam bahasa, falsafah dan juga makna yang dikandung olehnya. Penulisan kali ini jelas mempamerkan ketelusan, ketelitian, kepekaan dan kehebatan para penyumbang makalah tentang alam Nusantara yang dikupas dan dikemukakan kepada khalayak pembaca agar dapat dimanfaatkan dalam penelitian, rujukan dan diskusi selanjutnya. Malah diharapkan juga penulisan ini boleh menjadi petunjuk dan pencetus idea yang menyemarakkan lagi dunia kearifan tempatan di alam Nusantara ini.

Meskipun buku ini menumpukan perbincangan terhadap bidang bahasa dan sastera sahaja, namun hujahannya sarat dengan ilmu pengetahuan, panduan hidup dan falsafah ilmu milik warga peribumi Nusantara yang boleh dikembangluaskan lagi dan diaplikasikan demi melestarikan ilmu pengetahuan lama yang bernilai tinggi supaya tidak ditelan masa, seperti kata pepatah Melayu, “tidak lekang dek panas, dan tidak lapuk dek hujan.”

Kesembilan makalah yang terangkum di dalam buku ini adalah hasil daripada analisis dan dapatan kajian dalam bidang kesusasteraan Melayu moden, bahasa, komik, lakon layar filem dan teks drama yang menonjolkan kehebatan dan kearifan ilmu yang dimiliki oleh masyarakat peribumi atau tempatan. Kepandaian tersebut telah disisipkan ke dalam bentuk karya sastera dan visual agar menjadi panduan dan ilmu untuk generasi yang akan datang. Adalah menjadi harapan agar tulisan-tulisan yang sarat dengan ilmu kearifan tempatan ini menjadi bahan bacaan, renungan dan perbincangan agar sentiasa mekar di persada ilmu pengetahuan pada peringkat kebangsaan, serantau mahupun antarabangsa.

Prakata

Pengenalan
Rahimah A. Hamid dan A.S. Hardy Shafii

Kearifan Tempatan dalam Dunia Pelayaran Nusantara: Mendalami Fiksyen Arena Wati
Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Rahimah A. Hamid dan Md. Salleh Yaapar

Dunia Maritim Melayu di Malaysia dan Indonesia dalam Novel-Novel Terpilih Sasterawan Negara Arena Wati
Norhayati Ab. Rahman

Antara Dendam dengan Perjuangan: Sebuah Perspektif Kearifan Tempatan
Mohd Syukor Abdullah dan Sakinah Abu Bakar

Filem dan Novel: Ruang ‘Langit’ Masa ‘Petang’
Mohd Hafiz Che Othman dan Rohani Hashim

Komik Melayu di Malaysia: Satu Bacaan Hermeneutik
Julina Ismail @ Kamal, Md. Salleh Yaapar dan Rahimah A. Hamid

Perlembagaan Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk: Analisis Ringkas tentang Makna
Noor Azam Abdul Rahman dan Noraziah Mohd Amin

Bahasa Orang Asli Melayu-Proto: Bahasa atau Dialek Melayu?
Rohani Mohd Yusof dan Noor Hasnoor Mohamad Nor

Ekologi Bahasa Salako Melalui Teks Terjemahan Temu Bual
Anne Anak Intoh

Patung-Patung: Kearifan Tempatan dalam Menterjemah Dilema Melayu melalui Pementasan Drama Eksperimental Malaysia Dekad 1970-an
A.S. Hardy Shafii

Penyumbang
Indeks

Weight 0.296 kg
Dimensions 24.1 × 16.4 × 0.9 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Akal Budi Melayu dalam Bahasa dan Sastera Moden”

Your email address will not be published. Required fields are marked *