Out of stock

Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20

Disunting oleh ABDUL RAHMAN HAJI ISMAIL dan MAHANI MUSA

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2011)
299 halaman termasuk Indeks

RM61.00

Out of stock

ISBN: 9789838614481 Product ID: 23059 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20 meneliti sejarah akhbar dan persuratkhabaran Malaysia pada kurun ke-20 dari sudut sumbangan dan peranan pelbagai golongan manusia sama ada sebagai pembiaya dan pengurus, pengarang dan penulis rencana, mahupun penggerak masyarakat dan pejuang yang menggunakan akhbar sebagai medium untuk menyemarakkan idea dan merealisasikan wawasan perjuangan. Sebahagian daripada mereka muncul sebagai tokoh penting negara pada zaman sebelum dan selepas kemerdekaan.

Penulisan-penulisan sejarah berkenaan penerbitan akhbar di Malaysia pernah dilakukan. Akhbar juga sering dijadikan sebagai sumber utama dalam kajian-kajian masa kini. Namun begitu, masih banyak perkara tentang sejarah akhbar di Malaysia yang belum diteliti dengan mendalam. Penerbitan akhbar bukanlah mudah kerana ia melibatkan pelbagai ragam manusia dengan pelbagai bidang kebolehan dan peranan.

Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20 telah dihasilkan oleh 16 orang sarjana dalam bidang sejarah, kewartawanan, penerbitan, politik dan kesusasteraan daripada beberapa buah universiti di Malaysia. Kandungannya rencam dan pelbagai serta cakupannya luas dan menyeluruh. Buku ini meleraikan kebuntuan tentang banyak perkara, terutama yang berkaitan dengan sejarah akhbar dan majalah di Malaysia dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil pada kurun ke-20. Asal usul penerbitan akhbar di Malaysia sejak awal kurun ke-19 turut disertakan. Selain kupasan sejarah persuratkhabaran secara umum, buku ini menghuraikan latar belakang, perjuangan dan peranan sebilangan individu atau kumpulan yang bergiat dalam penerbitan akhbar dan majalah di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah, sama ada sebagai penerbit, pengarang, wartawan atau penulis bebas. Individu dan kumpulan inilah yang bertanggungjawab menjadikan akhbar sebagai wahana perjuangan sosial dan politik dalam kerangka pergerakan yang luas dan menyeluruh sebelum, menjelang dan selepas kemerdekaan.

Antara tokoh yang dibicarakan termasuklah peneraju awal akhbar Melayu seperti Munsyi Abdullah, Muhammad Said bin Dada Muhyiddin, para penggiat sosial dan politik pada kurun ke-20 seperti Sayyid Syaikh Al-Hadi, Haji Abbas Mohd Taha, Muhammad Yunus Abdullah, Ibrahim Haji Yaakob, Burhanuddin Al-Helmi, Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Mohammad, Zakaria Gunn, K. Bali, Jamdin Buyong, A. Samad Ismail, Donald Stephens, Zainun Sulaiman, Zaharah Nawawi, Khadijah Hashim dan ramai lagi. Turut dicerakin ialah kegiatan dan sumbangan beberapa tokoh yang menjayakan penerbitan akhbar Cina dan Tamil seperti Hu Yuzhi, Miao Xiu, Q.A.R. Arunasalam Chettier dan G. Sarangapani.

Penghargaan
Prakata
Pendahuluan
Singkatan

1. Pelopor Persuratkhabaran Melayu di Malaysia: Perjuangan dan Wawasan
Abdul Rahman Haji Ismail

2. Tokoh-Tokoh Agama dalam Persuratkhabaran Melayu Kurun ke-20
Mohd. Sarim Haji Mustajab

3. Sumbangan Wanita Melayu dalam Kegiatan Persuratkhabaran dan Majalah di Malaysia, Tahun 1920-an – 1960-an
Mahani Musa

4. Penulis Cina dan Halaman Sastera Akhbar Cina di Tanah Melayu: Orientasi dan Aspirasi (1900-1957)
Leong Yee Fong

5. Pelopor Persuratkhabaran India di Malaysia: Pemikiran dan Wawasan
K. Anbalakan

6. Pelopor Persuratkhabaran Sarawak dan Tokoh-Tokoh Sosiobudaya — Persuratan Sabah
Sabihah Osman dan Nordi Achie

7. Fuad Stephens Sebagai Tokoh Wartawan Tahun 1960-An: Peranan dan Sumbangan dalam Pembinaan Masyarakat dan Negara Malaysia
Mat Zin Mat Kib

8. G. Sarangapani (1903-1974): Pejuang Nasib Masyarakat India dan Pelopor Kesedaran Kebangsaan Tanah Melayu Melalui Indian Daily Mail dan Tamil Murasu
Thilagavathi Vasudevan

9. Berguru Daripada Memoir: Pendidikan Kewartawanan dalam Memoir A. Samad Ismail, Said Zahari Dan Arena Wati
Roosfa Hashim

10. Keris Mas; Tokoh Pengarang, Pejuang dan Sasterawan dalam Dunia Persuratkhabaran Malaysia
Rahimah Haji A. Hamid

11. Karyawan Wanita Sebagai Tokoh Persuratkhabaran: Memperkasakan Kesedaran Khalayak Melalui Pembauran Dua Jurusan Ilmu
Siti Hajar Che Man

12. Abdul Razak Abidin (Raz): Lakaran Kritikan Sosial dan Politik dalam Akhbar Watan
Nazarudin Zainun

13. Mohammad @ Mokhtar Bin Talib (Matlob): Pejuang Tulisan Jawi Tanah Air
Ratna Roshida Abd Razak

14. Akhbar dan Undang-Undang Di Malaysia
Mohd Safar Hasim

15. Katakanlah Yang Benar!: Peranan dan Tanggungjawab Akhbar
Kassim Ahmad

Penutup
Penyumbang
Indeks

Weight0.551 kg
Dimensions24.2 × 16.5 × 1.9 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.