Akhbar Saudara: Pencetus Kesedaran Masyarakat Melayu ,

Oleh: Siti Rodziyah Nyan

DBP (Cetakan Pertama 2009)
258 halaman

RM25.00

Buku Akhbar Saudara: Pencetus Kesedaran Masyarakat Melayu bertujuan untuk melihat persepsi pemikiran orang Melayu melalui tulisan tokoh-tokoh peneraju dan para pengarang Saudara seperti yang dilaporkan dalam akhbar Saudara.

Akhbar dan majalah dengan sifat utamanya sebagai perakam peristiwa, sangat penting dalam kehidupan kita, terutama bagi ahli-ahli sejarah untuk menulis sejarah peristiwa, sejarah pemikiran dan sesuatu peradaban. Buku ini akan membincangkan sejarah perkembangan Saudara dan tokoh-tokoh penting yang terlibat dengan penerbitan dan kepengarangannya dan menganalisis isu-isu ekonomi dan sosial seperti yang dilaporkan akhbar tersebut. Isu-isu yang dipilih merupakan isu yang melibatkan aspek kemajuan, kelemahan, jati diri dan sosio budaya bangsa Melayu.

Saudara diterbitkan sekitar tahun 1928-1941. Akhbar ini menyorot aspek budaya yang melibatkan persoalan agama, ekonomi dan sosial orang-orang Melayu. Persoalan agama melibatkan polemik yang panjang dan berterusan antara Kaum Muda dengan Kaum Tua sepanjang usia penerbitan berkala ini. Namun persoalan agama ini hanya diperkatakan sepintas lalu kerana tumpuan penulisan ini adalah kepada isu-isu ekonomi dan sosial yang merupakan masalah paling meruncing yang dihadapi orang Melayu pada zaman penjajahan. Kejayaan Saudara menjadi wadah bagi menyedarkan orang Melayu yang masih mundur dan lemah pada masa itu, banyak bergantung pada para pengarangnya yang sentiasa berpandangan jauh.

Akhbar ini bersifat sederhana dalam pendiriannya terhadap kerajaan, namun tidak pula melepaskan tanggungjawab menyeru dan membangkitkan semangat kesedaran orang Melayu. Peranan ini dimainkan dengan sungguh berhati-hati. Dari satu segi, Saudara terus menyusun pena tajam mengkritik dan pada masa yang sama membela nasib orang Melayu. Keterpinggiran orang Melayu dari sudut pemikiran, pendidikan, pekerjaan, tersisih dari bandar dan sebagainya menjadi polemik utama akhbar ini terutamanya pada zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1929-1930-an. Selain itu, Saudara terus memupuk semangat persaudaraan dan penyatuan dalam kalangan pemuda Melayu menerusi ruangan yang berbau lembut dan sederhana, umpamanya mangan “Sahabat Pena” yang diwujudkan pada tahun 1934.

Buku ini diharap akan dapat menambah khazanah sejarah negara tentang persuratkabaran Melayu, khususnya bagi Saudara yang diterbitkan di Tanah Melayu pada tahun 1928.

Weight 0.230 kg
Dimensions 14.0 × 1.6 × 21.6 cm
Edition

Format

ISBN

9789834601720

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Akhbar Saudara: Pencetus Kesedaran Masyarakat Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.