Sale!

Anak Raja Dengan Anak Papa

Samuel Langhorne Clemens (November 30, 1835 – April 21, 1910), better known by his pen name Mark Twain, was an American writer, humorist, entrepreneur, publisher, and lecturer. Among his novels are The Adventures of Tom Sawyer (1875) and its sequel, the Adventures of Huckleberry Finn (1885), the latter often called “The Great American Novel“.

Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Za’ba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

DBP (Edisi Kedua Cetakan Kedua 2004)
422 Muka Surat

RM40.00 RM35.00

Anak Raja dengan Anak Papa, karya terjemahan Pendeta Za’ba ini, ialah buku pertama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu pada tahun 1958, kira-kira dua tahun setelah badan bahasa dan sastera ini ditubuhkan. Apabila DBP ditubuhkan dalam bulan Jun 1956, tugas jabatan Pengarang Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI dan sekarang Universiti Perguruan Sultan Idris—UPSI) Tanjung Malim (yang lebih terkenal namanya dalam bahasa Inggeris, ‘Sultan Idris Training College’—SITC) sebagai penyedia bahan bacaan untuk sekolah rendah Melayu diambil alih oleh badan baharu itu. Maka selepas tahun 1957, semua buku bacaan sekolah yang pernah diterbitkan dengan usaha MPSI telah diserahkan kepada DBP untuk diedarkan sebagai bahan bacaan sekolah rendah kebangsaan selepas kemerdekaan.

Barangkali, melalui proses pemindahan tugas dari MPSI ke DBP itulah manuskrip terjemahan Za’ba itu diketahui lalu diambil oleh DBP untuk diusahakan sebagai penerbitannya yang pertama. Lagipun, Za’ba pernah menjadi penterjemah atau ketua penterjemah di SITC semasa beliau melakukan penterjemahan itu secara sambilan (yakni, di luar pejabat).

Menurut catatan penterjemahnya, kerja ‘memelayukan’ karya asalnya, The Prince and The Pauper karangan Mark Twain atau nama sebenarnya Samuel Langhorne Clemens, tamat dalam tahun 1937. Dua puluh tahun kemudiannya barulah hasil terjemahan itu diterbitkan. Hal ini menyebabkan Za’ba berkata bahawa ‘jikalau terjemahan ini telah saya perbuat pada masa sekarang, bukannya dua puluh tahun dahulu, haruslah akan didapati bahasanya dan gaya terjemahnya berlainan daripada yang ada ini oleh sebab pengalaman yang telah bertambah selama itu.’

Edward Tudor (anak raja) dan Tom Canty (anak papa) saling bertukar identiti kerana ingin merasai corak kehidupan lain yang disangkakan lebih seronok. Anggapan mereka ternyata meleset kerana kehidupan sebenar tidak seperti yang diimpikan. Meskipun timbul kekesalan di dalam hati masing-masing setelah melalui pelbagai cabaran dalam identiti baru, mereka terpaksa menunggu agak lama sebelum dapat bertukar identiti semula.

Weight 0.749 kg
Dimensions 14.0 × 3.9 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836271860

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Anak Raja Dengan Anak Papa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.