Anak Seorang Drebar adalah terjemahan memoir Shamsuddin Abdul Kadir yang berjudul A Driver’s Son, yang menceritakan kisah beliau mengharungi kemiskinan dan keperitan hidup pada zaman perang, pengalaman kerja dalam perkhidmatan awam dan bagaimana beliau menangani cabaran sehingga akhirnya berjaya menggapai puncak kejayaan dalam dunia perniagaan.
Ketika Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir memulakan Sapura Holdings pada 1975, dia berharap melalui kerja keras sudah mencukupi untuk membina perniagaan yang dapat menyara kehidupan keluarganya. Syarikat tersebut kemudiannya berkembang maju sehingga menjadi sesuatu yang di luar dugaannya: sebuah gergasi korporat bertaraf antarabangsa yang menjadikan beliau antara usahawan Melayu yang paling berjaya.
Reviews
There are no reviews yet