Ancaman Keselamatan di Sarawak 1920-1990: Komunis, Masyarakat dan Kerajaan

HO HUI LING adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2023)
348 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM72.00

In stock

Product ID: 34525 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Ancaman Keselamatan di Sarawak 1920-1990: Komunis, Masyarakat dan Kerajaan menelusuri sejarah perkembangan gerakan komunis di Sarawak sejak tahun 1920-an sehingga komunis menyerah diri kepada kerajaan pada tahun 1990. Sehubungan itu, perbincangan dalam buku ini turut memberi perhatian kepada strategi komunis dan Clandestine Communist Organisation (CCO) dalam menyebarkan fahaman komunis melalui pelbagai kegiatannya kepada masyarakat di Sarawak. Di sini juga diteliti sejauh manakah penduduk Sarawak memberi sokongan kepada perjuangan komunis. Selain itu, buku ini juga membincangkan langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mencegah penyebaran kegiatan komunis dalam kalangan penduduk dan kemudian membanteras gerakan komunis di Sarawak. Dengan itu dapat dinilai sejauh mana pencapaian langkah pentadbiran British dan kerajaan Sarawak dalam mengekang gerakan komunis di negeri itu.

Secara umumnya, perbincangan ini melibatkan empat zaman pentadbiran di Sarawak, iaitu ketika Sarawak di bawah pentadbiran Raja Brooke sehingga 1941, zaman pendudukan Jepun (1941-1945), zaman pentadbiran British (1946-1963) dan apabila Sarawak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia (1963-1990). Skop perbincangan bermula pada tahun 1920-an iaitu apabila pengikut Parti Komunis China melarikan diri ke Sarawak ketika berlaku Perang Saudara antara PKC dengan Kuomintang di China. Perbincangan dalam buku ini berakhir dengan komunis bersetuju menghentikan perjuangan dan menandatangani Perjanjian Damai dengan pihak kerajaan Sarawak pada Oktober 1990. Setakat ini amat kurang kajian yang dijalankan berkaitan gerakan komunis di Sarawak secara menyeluruh. Justeru, perkembangan gerakan komunis di Sarawak amat penting untuk dikaji secara mendalam memandangkan kajian sebelum ini lebih banyak tertumpu kepada perkembangan gerakan komunis di Tanah Melayu berbanding dengan Sarawak.

Sejarah gerakan komunis di Sarawak sejak tahun 1920an sehingga 1990, strategi komunis dalam mempengaruhi penduduk, penglibatan penduduk dalam kegiatan komunis dan usaha kerajaan dalam membanteras gerakan komunis di Sarawak secara mendalam masih kurang mendapat perhatian yang sewajarnya daripada para pengkaji. Lagipun, perbincangan dalam buku ini adalah berdasarkan pelbagai sumber dari luar negara dan dalam negara yang belum diberi perhatian secara wajar oleh pengkaji. Dengan itu, penghasilan buku ini diharapkan dapat memantapkan lagi pengetahuan dan memperkayakan sumber rujukan tentang sejarah perkembangan komunis di Sarawak secara khususnya serta sejarah Sarawak dan sejarah Malaysia umumnya.

Senarai Rajah
Senarai Gambar
Senarai Jadual
Prakata
Senarai Singkatan

1. Latar Belakang Sarawak
Kedudukan Geografi dan Sejarah Awal
Penduduk dan Petempatan
Sarawak sebagai Wilayah Penguasaan Kesultanan Brunei
Sarawak di bawah Penguasaan Raja Brooke
Sarawak pada Zaman Pendudukan Jepun
Sarawak di bawah Penjajahan British
Sarawak Menuju Kemerdekaan

2. Gerakan Awal Komunis Sebelum Tahun 1963
Pertubuhan Berunsur Komunis dan Penubuhan Clandestine Communist Organisation (CCO)
Strategi Komunis Menyebarkan Pengaruh

3. Perkembangan Gerakan Komunis, 1963-1990
Gerakan Komunis, 1963-1974
Gerakan Komunis Selepas “Operasi Sri Aman” Sehingga Tahun 1990

4. Orang Cina dalam Gerakan Komunis
Orang Cina di Sarawak
Sejarah Penglibatan Orang Cina dalam Kegiatan Komunis
Strategi Komunis dalam Mempengaruhi Orang Cina
Orang Cina dalam Gerakan Komunis Selepas Kemerdekaan Sarawak

5. Orang Dayak dan Gerakan Komunis
Orang Dayak di Sarawak
Kepentingan Penduduk Dayak kepada Gerakan Komunis
Strategi Komunis dalam Mempengaruhi Masyarakat Dayak
Pembabitan Orang Dayak dalam Gerakan Komunis
Kekejaman Komunis Terhadap Orang Dayak

6. Langkah Kawalan Kerajaan dan Langkah Melindungi Penduduk
Kawalan Terhadap Sekolah Cina
Kawalan ke atas Penerbitan Akhbar
Kawalan ke atas Pertubuhan Pekerja dan Petani
Kawalan Terhadap Sarawak United People Party (SUPP)
Kawalan ke atas Pemilikan Senjata Api Orang Awam
Penyebaran Risalah dan Penerbitan Kertas Putih Kerajaan
Perhimpunan Sivik
Rancangan Pengumpulan dan Penempatan Semula Penduduk
Pelaksanaan Perintah Berkurung
Pendaftaran Penduduk
Kawalan Barang Keperluan dan Bahan Makanan
Pembangunan Luar Bandar

7. Pelaksanaan Langkah Ketenteraan dan Pencapaian
Cawangan Khas dan Unit Keselamatan Lain
Pasukan Border Scouts (Pengakap Sempadan)
Ikatan Relawan Rakyat (RELA)
Operasi Ketenteraan
Penubuhan Rajang Area Security Command (RASCOM)
Memorandum Persefahaman dan “Operasi Sri Aman”

8. Penamatan Perjuangan Komunis di Sarawak
Kerjasama Malaysia dan Indonesia di Kawasan Sempadan Sarawak-Kalimantan
Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Langkah Kerajaan dalam Menghapuskan Gerakan Komunis Selepas “Operasi Sri Aman”
Perjanjian Damai dan Penamatan Perjuangan Komunis

9. Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Weight0.572 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

4.0
Based on 1 review
5 star
0%
4 star
100
100%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Lee Yoke Meng (Verified Reader)

    The book arrived on a rainny day n tge courrier left it at the gate post. But the book was well wraped n totally protected. Keep up the good wrapping

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.