Out of stock

Angkatan Pemuda Insaf (API), 1946-1947

HASFALILA HASSAN adalah guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

ISHAK SAAT adalah Profesor di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2019)
186 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM36.00

Out of stock

Angkatan Pemuda Insaf (API), 1946-1947 menjurus kepada kajian tentang usaha dan peranan yang dimainkan oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) sebagai barisan pemuda yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada terus menjadi jajahan British. API bertanggungjawab menyebarkan propaganda tentang kezaliman yang dilakukan penjajah. Persediaan daripada aspek latihan ketenteraan dan pengisian jiwa juga dilakukan bagi memantapkan semangat dan kekuatan pejuang API bagi berhadapan dengan penjajah British. Tempoh masa kajian ini dipilih dari tahun 1946 hingga 1947 kerana tahun tersebut merupakan tempoh paling penting dalam sejarah perjuangan API.

Bagi mengumpulkan maklumat daripada sumber pertama, penulis berjaya menemuramah beberapa bekas ahli API. Beliau adalah Tun Abdullah Ayub yang pernah menjadi pemimpin API cabang Manjung, Perak dan Encik Hashim bin Idris iaitu bekas ahli API Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang, Individu lain yang terlibat adalah Encik Bahari bin Mit Ahmad iaitu bekas “Tentera Semut” di Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak. Penulis juga berkesempatan menemui waris API di Pahang iaitu Tuan Haji Suhaimi bin Said yang merupakan anak kepada pejuang API Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Penulis turut mengadakan lawatan ke tapak peninggalan yang pernah menjadi pusat kegiatan API di Temerloh, Pahang dan di Padang Rengas, Perak. Selain itu, penulis juga berjaya menemui beberapa dokumen rasmi hasil catatan British tentang API yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia.

Penulis juga melakukan kajian terhadap sumber sekunder bagi memaksimumkan sejarah API secara keseluruhannya. Sumber sekunder penting bagi memastikan keseragaman maklumat yang diperoleh daripada sumber pertama dan kedua ini. Sumber sekunder yang dimaksudkan terdiri daripada buku, jurnal dan kajian. Justeru, penulis melakukan kajian di Perpustakaan Jabatan Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pada tahap kritikan sumber pula, penulis melakukan kritikan dan penilaian dengan membanding perbezaan kepada semua dapatan yang diperoleh. Terdapat beberapa penulisan berkaitan sejarah API ini bertentangan dengan maklumat yang dicatat pada dokumen rasmi yang diperoleh di Jabatar Arkib Negara, Kuala Lumpur, Percanggahan fakta juga dikenal pasti antar2 rujukan yang diperoleh daripada sumber sekunder. Jelas, kritikan dar penilaian ke atas sumber yang diperoleh penting bagi memastikan penulisar sejarah yang dihasilkan tidak bersifat bias.

Weight0.318 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.