Anna Karenina, Jilid 1

LEO TOLSTOY (1828–1910) adalah seorang penulis dan novelis terkemuka kelahiran Russia, yang dianggap sebagai salah seorang penulis paling agung dalam sejarah peradaban manusia.

Terjemahan daripada judul asal oleh ANUAR AYOB

DBP (Cetakan Kedua, 2002)
756 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM45.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789836267528 Product ID: 958 Subject: Sub-subjects: ,

Anna Karenina, Jilid 1 merupakan terjemahan yang sah daripada buku Anna Karenina karya Leo Tolstoy yang diterbitkan pada tahun 1878. Anna Karenina merupakan sebuah novel yang melukiskan kehidupan moden di Rusia dalam tahun 1870-an. Kelebihan novel ini terletak bukan sahaja pada masa unsur estetika dalam babak-babak tertentu, tetapi juga pada keindahan yang menyeluruh.

Tiap-tiap idea yang dicetuskan itu dapat dihayati dan difahami dalam erti kata yang sebenar-benarnya dalam konteks keseluruhan cerita itu. “Sanjungan terhadap kehidupan” dan “kehidupan berkeluarga” merupakan tunjang yang penting bagi Tolstoy sebagai pengarangnya. Matlamat beliau bukan untuk mengutarakan penyelesaian yang muktamad, tetapi untuk memberi kekuatan kepada insan agar mencintai kehidupan dalam segala bentuk dan manifestasi yang luhur.

Tolstoy pernah berkata, “Kalau orang memberitahu saya bahawa apa-apa yang saya tulis itu akan dibaca oleh anak-anak 20 tahun dari sekarang dan mereka akan menangis atau ketawa apabila membacanya dan mencintai kehidupan, saya pasti akan mengorbankan segala jiwa raga dan tenaga saya untuknya.” Kata-kata ini telah ditulisnya 100 tahun yang lampau. Karyanya kini telah menempuh ujian masa. Setiap karyanya merupakan ajaran dan Natijah bagi para pembacaannya.

Weight0.62 kg
Dimensions18.4 × 11.5 × 3.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author