Out of stock

Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan

ISMAIL HUSSEIN (b. 1932 – d. 2014) ialah seorang ahli akademik dan aktivis sastera Malaysia. Beliau ialah bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dari 1971 hingga 2013. Abangnya Abdullah Hussain seorang pengarang yang diangkat sebagai Sasterawan Negara, manakala adiknya Ibrahim Hussein masyhur sebagai seorang pelukis antarabangsa.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 1993)
70 halaman termasuk Lampiran dan Bibliografi

RM20.00

Out of stock

Antara Dunia Melayu dengan Dunia Kebangsaan merupakan Syarahan Perdana jawatan Profesor oleh Ismail Hussein yang dipersembahkan pada 30 Januari 1990 di Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia 20 tahun dahulu merupakan usaha gigih untuk menukarkan kebudayaan kolonial
kepada kebudayaan nasional. UKM muncul serentak dengan gerak pengukuhan cita-cita Kebudayaan Kebangsaan Malaysia yang berteraskan kebudayaan rakyat asal serantau.

Dengan yang demikian Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu mempunyai peranan yang kritis. Kesedaran Melayu-Polinesia dalamertinya yang luas, mula timbul pada akhir abad ke-19, apabila bahasa, etnologi dan arkeologi pulau-pulau Lautan Pasifik dan Kepulauan Asia Tenggara telah luas diterokai, dan hubungan kekeluargaan antara ratusan suku bangsa dari Pulau Paskah hingga ke Madagaskar menjadi ketara.

Elit pribumi Hawaii telah mimpikan penyatuan wilayah Melayu-Polinesia dari sejak tahun 1870-an, dan Jose Rizal serta Apolinario Mabini, penggerak revolusi Filipina dalam tahun 1890-an, telah mengungkapkan pembebasan dan penyatuan negara-negara Melayu. Di Filipina kesedaran Melayu itu membara sepanjang pertengahan pertama abad ke-20, dengan Wenceslao Vinzons yang bergiat dalam tahun 30-an, menjadi jurubicaranya yang utama. Serentak pada dekad 30-an itu Muhammad Yamin membina konsep Indonesia Raya di Indonesia, manakala Ibrahim Yaakob memperjuangkan gagasan Melayu Raya di Semenanjung Tanah Melayu.

Usaha untuk menggabungkan Malaya dalam perlembagaan Indonesia pada tahun 1945 tidak berjaya, dan kemuncak pada kesedaran Melayu ini terungkap dengan penubuhan Maphilindo dalam tahun 1963. Tetapi ini dengan cepat menemui jalan buntu lantaran realitet politik nasional, serantau dan antarabangsa. Walaupun penyatuan politik wilayah Melayu itu akhirnya tidak mungkin, tetapi kesedaran akan kekeluargaan kebudayaan masih merupakan sesuatu yang positif terutama bagi zaman baru Asia-Pasifik yang menjelang. Dan realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama itu ialah wujud nya kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu” yang harus diperteguhkan.

Lagipun keragaman dalam kesatuan sejarah serta budaya wilayah Melayu-Polinesia itu tetap merupakan lapangan ilmu yang mengghairahkan. Tanpa menimbulkan ancaman kepada perpaduan masyarakat berbilang kaumnya, Malaysia mempunyai kedudukan dan kemampuan untuk menjadi pusat kajian dan tempat perlindungan yang utama bagi tradisi Melayu. Ini memang harapan yang telah diberikan kepada UKM oleh para pengasasnya dua dekad dahulu.

Weight0.148 kg
Dimensions22.8 × 15 × 0.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.