Out of stock

Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia

AHMAT ADAM adalah Profesor Emiretus. Beliau juga adalah mantan Profesor Sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat sebagai felo pelawat, sarjana tamu dan felo penyelidik di beberapa buah universiti di seberang laut dan di Malaysia, termasuk Amerika Syarikat, Denmark, Jepun, Netherlands, Singapura dan United Kingdom.

SIRD (2016)

216 halaman

ISBN 9789670960142

RM35.00

Out of stock

Product ID: 4086 SKU: 9789670960142 Categories: , Tags: , , , , , ,

Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia

Sulalat u’s-Salatin atau Sejarah Melayu, bersama-sama dengan Hikayat Hang Tuah adalah dua buah karya klasik agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah kebudayaan bangsa itu. Dihasilkan pada abad ke-16 dan ke-17, karya yang asalnya ditulis berperingkat-peringkat dengan berdasarkan tradisi lisan, masing-masing telah menjadi rujukan utama dalam pengajian sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu. Kendatipun banyak orang menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah karya sejarah yang bona fide, dan ramai pula yang menganggap Hikayat Hang Tuah adalah epik sejarah yang benar-benar meriwayatkan petualangan Laksamana Melaka yang hidup antara abad ke-15 dan ke-16, namun usaha membicarakan dua teks Melayu klasik ini tidak pernah dibuat secara kritis untuk menentukan dengan pasti sejauh mana Sejarah Melayu dapat dianggap sebagai sumber sejarah yang boleh dipercayai, dan sejauh mana pula manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah. Mungkinkah kewujudan Hang Tuah itu hanya berasaskan kepercayaan banyak orang, setelah terpengaruh oleh Hikayat Hang Tuah yang pernah tersebar secara meluas di serata pelosok dunia Melayu semenjak tidak kurang daripada empat abad yang lalu?

Menyedari betapa pentingnya sejarah ditakrifkan menurut pentakrifannya yang betul, dengan mempersoalkan sesuatu yang diterima oleh banyak orang sebagai kebenaran tanpa bukti yang sahih dan meyakinkan, maka buku ini berusaha sedapat mungkin untuk mengetengahkan persoalan kebenaran sejarah dalam naskhah agung Sulalat us-Salatin khususnya, dan cuba membicarakannya dalam konteks perbandingan antara historiografi dengan mitologi, dua tema yang menyentuh hal yang melibatkan historografi Malaysia tradisional. Bab-bab yang disusun dalam buku ini pada asalnya dibentangkan dalam bentuk makalah dalam seminar sepanjang tahun 2014 dan 2015.

Buku Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia yang bernada kritis ini ditulis oleh seorang sejarawan yang cuba merungkai persoalan kebolehpercayaan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang utuh, dan juga menganalisis secara kritis kewujudan Hang Tuah dalam sejarah silam Melaka bagi menentukan sama ada figur ini adalah benar-benar tokoh sejarah ataupun semata-mata tokoh yang dimitoskan sahaja.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.360 kg
Dimensions 15.2 × 1.2 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789670960142

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…