Antologi Enam Hikayat

MOHD. YUSOF MD. NOR adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Ulang Cetak, 2016)
152 halaman termasuk Glosari

RM16.00

In stock

Antologi Enam Hikayat menghimpunkan enam hikayat Melayu yang dikarang berdasarkan karya-karya Islam Arab-Parsi atau berdasarkan tokoh-tokoh terkenal dalam dunia Islam. Menerusi karya hikayat ini, penulis telah menerapkan pengajaran agama Islam dan idea keislaman dalam hasil karya mereka untuk dijadikan alat untuk berdakwah. Hasil hikayat ini diedarkan dalam kalangan masyarakat untuk tujuan mengembangkan syiar Islam.

Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham ditulis berdasarkan kisah seorang ahli Sufi yang terkenal dalam mengembangkan agama Islam. Watak Ibrahim ibn Adham yang sebenar ialah seorang rakyat biasa, tetapi dalam Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham, beliau sebagai raja negeri Iraq. Hikayat ini bertemakan pengajaran ilmu tasawuf yang menekankan tentang kepentingan kerohanian dan ketakwaan manusia kepada Allah. Hikayat ini mengisahkan bahawa kepentingan keduniaan dan segala kemewahan akan melalaikan manusia daripada beribadat kepada Allah. Sebagai contoh, watak Sultan Ibrahim dan anaknya Ahmad Tahir sanggup meninggalkan takhta kerajaan demi untuk pengabdian diri kepada Allah.

Khalifah Umar memang terkenal dengan sikap tegas dan keadilannya. Kisah ketokohan Khalifah Umar ini telah berkembang dalam masyarakat Islam, hingga cerita tentang beliau telah menjadi legenda. Hikayat Abu Syamah disadur daripada cerita dalam bahasa Arab yang mengisahkan tokoh Khalifah Umar. Cerita ini merupakan sebuah rekaan—untuk mengagungkan Khalifah Umar sebagai seorang pemerintah Islam yang adil. Kisah ini bertujuan menanam semangat keislaman kepada pembaca. Kisah ini mengenai keburukan yang akan menimpa orang yang meminum arak, serta gambaran tentang hukum Islam terhadap kesalahan berzina.

Cerita tentang mukjizat nabi banyak dikisahkan untuk menarik minat masyarakat menghayati ajaran agama Islam. Satu daripada contoh cerita tentang mukjizat Nabi terdapat dalam Hikayat Jumjumah. Hikayat ini mengisahkan mukjizat Nabi Allah Isa yang dengan pertolongan Allah dapat menghidupkan semula tengkorak kering. Cerita ini merupakan sebagai suatu alat berdakwah tentang ajaran agama Islam, iaitu mengisahkan seksaan di dalam neraka. Hikayat ini mengisahkan tentang corak seksaan Allah di dalam neraka terhadap orang yang mengingkari perintah-Nya. Kisahnya ditulis dengan berlebih-lebihan. Tujuan gambaran yang sungguh mengerikan itu ialah untuk menakutkan pembaca tentang seksaan pada hari akhirat agar pembaca sedar tentang keingkarannya terhadap Allah serta segera memperbaiki kesalahan itu.

Hikayat Darmata’siah pula ialah sebuah cerita yang bercorak keagamaan yang menekankan sifat ketakwaan dan kesolehan. Kisah ini mengajar pembaca supaya mencontohi watak Darmata’siah agar menjadi seorang yang taat kepada suami dan soleh dalam kehidupan di dunia. Nescaya Allah akan sentiasa melindunginya.

Pengajaran agama Islam bukan saja disampaikan melalui cerita-cerita tentang ketokohan seseorang watak yang pernah wujud dalam sejarah Islam, tetapi pengajaran disampaikan juga melalui cerita rekaan yang sungguh menarik. Latar cerita ialah di negeri-negeri Islam pada zaman lampau. Walaupun cerita yang dipaparkan secara sederhana, tetapi mengandung pengajaran. Umpamanya dalam Hikayat Maharaja Ali dan Hikayat Nakhoda Muda. Hikayat Maharaja Ali mengisahkan orang yang tabah hati dan tentang seorang isteri yang takwa dan setia terhadap suaminya walaupun mereka dalam keadaan sengsara menghadapi hidup. Hikayat Nakhoda Muda atau dikenali juga sebagai Hikayat Siti Sara pula mengisahkan seorang wanita yang bijaksana, cekal dan tidak mudah menyerah kepada takdir, yang dapat dijadikan teladan.

Pendahuluan

1. Hikayat Sultan Ibrahim Ibn Adham

2. Hikayat Abu Syamah

3. Hikayat Jumjumah

4. Hikayat Darmata’siah

5. Hikayat Maharaja Ali

6. Hikayat Nakhoda Muda

Glosari

Weight0.194 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.