Out of stock

Anugerah Sastera Negara dalam Kesusasteraan Melayu Moden

MOHD AFFANDI HASSAN adalah pelopor Gagasan Persuratan Baru.

Wadi al-Irfan (Cetakan Pertama, 2019)
169 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Anugerah Sastera Negara dalam Kesusasteraan Melayu Moden menjelaskan kekeliruan yang difahami dan dipegang oleh para sasterawan negara dalam sastera Melayu yang disokong pula oleh para sarjana dan pengkritik sastera. Buku ini menghimpunkan karangan terpilih yang khusus membincangkan secara kritis berkenaan laporan yang disediakan oleh Panel Anugerah Sastera Negara dalam memilih sasterawan negara.

Semenjak tahun 1981 lagi, penulis telah menolak “projek sasterawan negara” sebagai tidak perlu dan bertentangan dengan perkembangan penulisan kreatif yang bertunjangkan ilmu yang benar. Pertama sekali, belum ada lagi seorang tokoh kreatif dalam bidang penulisan yang layak digelar pujangga, yang akan melayakkannya disanjung sebagai “sasterawan negara”. Kedua, karya para sasterawan negara tidak memenuhi konsep karya kreatif bermutu hatta dinilai dari perspektif Barat sekalipun. Ketiga, ukuran yang digunakan untuk membuat pilihan tidak jelas dan tidak tepat, serta cara penerapannya adalah salah. Seseorang sasterawan negara dipilih terlebih dahulu, kemudian dicari alasan untuk melayakkannya dijadikan sasterawan negara.

Tidak ada ukuran baku yang jelas yang boleh diuji ketepatannya sebagai kriteria atau ukuran yang bertunjangkan konsep ilmu. Semua ukuran itu diasaskan kepada kefahaman yang cetek terhadap ukuran yang dipakai di Barat. Kelemahan ukuran yang digunakan dalam pemilihan dapat dibaca dalam Laporan Panel Anugerah Sastera Negara. Setiap Laporan mempunyai ukuran yang berbeza, dikhaskan kepada sasterawan tertentu, oleh itu tidak diberikan beberapa ukuran asas yang boleh diuji ketepatannya apabila dikenakan kepada seseorang sasterawan negara.

Sebagai contoh, tidak seorang pun di antara mana-mana sasterawan negara yang menonjol apabila dinilai dari perspektif ilmu, malah mereka tidak pun memahami maksud ilmu dan pemikiran dalam karya kreatif. Mengikut Panel, pemikiran dan ilmu tidak diperlukan dalam karya kreatif; yang diperlukan hanya cerita. Dengan itu, Panel tidak dapat menilai kelemahan perwatakan dalam novel-novel para sasterawan negara ini. Adakah kelemahan perwatakan ini menjadi syarat untuk dijadikan asas penilaian sesebuah novel?

Tidak terdapat watak yang kuat dan cerdik dalam mana mana karya para sasterawan negara ini. Adakah ini kekuatan mereka? Kita perlu membahaskan kesimpulan ini supaya kita dapat melihat kekuatan sebenar karya para sasterawan negara ini. Pada waktu ini, perbahasan kritis itu dielakkan, kerana para sarjana sastera, pengkritik dan sasterawan sendiri tahu mereka tidak mempunyai teras penilaian yang kukuh. Dalam konteks inilah penulis menolak kehadiran para sasterawan negara ini.

Dengan pemahaman sedemikianlah lahirnya Anugerah Sastera Negara dalam Kesusasteraan Melayu Moden yang merupakan kumpulan tulisan terpilih penulis khusus membincangkan secara kritis tentang Anugerah Sastera Negara. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahasian 1 membincangkan khusus tentang Panel Anugerah Sastera Negara. Persoalan yang mendasari bahagian ini adalah sejauh mana peranan Panel Anugerah Sastera Negara dalam menentukan pemilihan seorang sasterawan negara, termasuk kayu ukur yang digunakan Panel Anugerah Sastera Negara. Bahagian 2 tentang implikasi kewujudan Anugerah Sastera Negara iaitu kemunculan barisan sasterawan negara yang dipilih oleh Panel Anugerah Sastera Negara. Bahagian 3 tentang cadangan-cadangan penulis untuk memperbaiki kritikan kesusasteraan Melayu.

Weight0.288 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.