Anwar Ibrahim: Dari Cherok To’ Kun ke Kuala Kangsar

AMIN AHMAD adalah Ahli Parlimen Kangar dan pengasas Institute for Leadership and Development Studies (LEAD).

ILHAM Books (Cetakan Kedua, 2021)
154 halaman termasuk Rujukan dan Lampiran

RM40.00

In stock

Product ID: 26694 Subject: Sub-subjects: ,

Anwar Ibrahim: Dari Cherok To' Kun ke Kuala Kangsar membawakan sebahagian daripada kisah hidup Anwar Ibrahim yang jarang diperkatakan seawal usia remajanya sebelum melangkah kaki ke universiti. Penulis menggarap kisah Anwar Ibrahim sejak beliau dilahirkan sehingga beliau menamatkan persekolahannya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1966.

Penulis mempertimbangkan latar belakang sejarah kawasan dan zaman untuk memberikan satu gambaran yang lebih baik tentang faktor persekitaran dan peristiwa semasa yang pastinya memberikan pengaruh besar kepada proses kematangan masyarakat dan individu dalam mencorak perkembangan kemajuan sesebuah negara. Ini terutamanya kerana penglibatan ibu dan bapa Anwar Ibrahim dalam gerakan nasionalisme kepartian UMNO yang tentunya lahir daripada sentimen nasionalisme yang muncul lebih awal di Pulau Pinang dan Seberang Perai khususnya.

Dalam hal-hal tertentu penulis sengaja memasukkan dengan lebih terperinci beberapa isu dan peristiwa sejarah memandangkan ia bukan sahaja penting tetapi mempunyai banyak kaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku kemudian dan dalam perancangn, akan disentuh menerusi siri-siri sejarah hidup dan perjuangan Anwar Ibrahim nanti.

Semangat untuk menyiapkan buku ini dengan lebih teliti terdorong apabila draf awal buku penuh sejarah hidup dan perjuangan Anwar Ibrahim sebelum Reformasi 1998, yang telah penulis siapkan pada tahun 2017, mendapat sokongan menggalakkan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri serta ahli keluarganya.

Penulis meluahkan rasa beruntung kerana majalah tahunan MCKK dari tahun ke tahun yang disimpan dengan baik di arkib Persatuan Murid-Murid Tua Malay College (MCOBA) memuatkan pelbagai peristiwa dan aktiviti sekolah dan pelajar dengan agak terperinci. Ini ditambah pula dengan ciri penting alumni MCKK yang banyak mencipta nama dalam pelbagai lapangan kerjaya di negara ini. Justeru itu, penulis berpeluang menjejaki sebahagian mereka bagi mencerap maklumat yang lebih mendalam.

Sikap merekodkan secara terperinci pelbagai maklumat sebagaimana terdapat di dalam majalah tahunan MCKK ini merupakan satu ciri penting pentadbiran Inggeris di mana-mana. Ia adalah satu sikap yang sangat baik dan mesti dibudayakan. Dengan budaya merekod secara benar dan menyimpan khazanah arkib, kita akan lebih berpeluang memahami apa yang berlaku pada masa lalu dengan lebih baik dan tepat.

Penulis berharap kandungan buku ini akan menjadi sebahagian daripada mata rantai yang menjadi pendedahan bermakna mengenai Anwar Ibrahim kepada semua pembaca. Siri berikutnya akan diterbitkan sebaik sahaja proses semakan dan suntingannya selesai. Menurut penulis, beliau juga akan cuba menulis juga tentang kisah hidup Anwar di era reformasi sehingga kemunculan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 dan seterusnya yang telah dimulakan.

KATA PENGANTAR
PENDAHULUAN

Bab 1 Keluarga Dan Persekolahan Awal

Cherok To’ Kun
Pendidikan di Pulau Pinang
Persekolahan
Nasionalisme Menuju Merdeka
Seruan Merdeka, Pendudukan Jepun dan Malayan Union
Keluarga Politik Nasionalis
UMNO Berpecah
Ibu Bapa Pemimpin
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan
Pemerintahan Sendiri
Pilihan Raya Umum Pertama 1959
Keserantauan

Bab 2 Maktab Melayu Kuala Kangsar (1960-1966)

Perubahan Dasar Pelajaran
Mendaftar Sebagai Pelajar
Rutin dan Disiplin
Pelajar Aktif
Briged St John
Pengawas Perpustakaan
Badan Revolusi Ugama
Persatuan Sivik
Kesatuan Pelajar
Ahli Lembaga Pengawas
MARAMUNJANGAN
Belia Tata Rakyat (BETARA)

RUJUKAN
LAMPIRAN

Weight0.229 kg
Dimensions21.4 × 13.9 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 3 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Ishak Salim (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Mohd Hafizuddin Ab Rahani (Verified Reader)

    (0) (0)
  3. Ahmad Ridhwan Abd Rani (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.