Out of stock

Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda

RUSTAM A. SANI adalah seorang intelektual awam dan sarjana, yang pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, dan ISIS Malaysia.

Diterjemah daripada Social Roots of the Malay Left: An Analysis of the Kesatuan Melayu Muda oleh AMIN AHMAD

SIRD (2011)
80 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM18.00

Out of stock

Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda meletakkan konteks asal usul Golongan Kiri Melayu dalam kerangka struktur sosial yang berubah semasa persekitaran kolonial pada dekad 1930-an, khususnya kemunculan elit baru yang secara sosialnya berbeza daripada aristokrat tradisional. Dihujahkan bagaimana elit baru ini semakin tidak berpuas hati dan hilang sabar terhadap kepimpinan tradisi dalam perjuangan menentang pentadbiran kolonial dan mengusahakan pembentukan masyarakat majmuk.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1938 dan dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. KMM sering dianggap sebagai pelopor jalur politik moden Melayu yang dirujuk sebagai ‘Golongan Kiri Melayu’. Secara umumnya, ahli sejarawan bersetuju bahawa politik moden Melayu terbahagi kepada dua jalur yang ketara–kiri dan kanan–sejak 1930-an. Dua jalur ini dibezakan oleh penolakan dan juga kedekatan mereka dengan kecenderungan dan ideologi kiri; latar belakang pendidikan pimpinan mereka dan keluasan pengaruh Indonesia.

Pendahuluan
Singkatan

1. Sifat Golongan Kiri Melayu
2. Malaya dalam Tahun 1930-an: Asal Usul Perkembangan Politik Melayu
3. Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai Perintis Golongan Kiri Melayu
4. Kemunculan Golongan Elit Bukan Tradisional
5. Melayu Raya: Negara Hasrat
6. Kesimpulan

Rujukan
Indeks
Tentang Penulis

Weight0.183 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.7 cm
Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. MOHD SHAHRULNIZAM (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Nor Afzainizam Salleh (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.