Asas Ilmu Perkamusan Melayu

Sebuah tulisan IBRAHIM AHMAD

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
309 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 points worth of RM0.60!
ISBN: 9789834616731 Product ID: 27477 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Asas Ilmu Perkamusan Melayu merupakan nukilan asas tentang cakerawala perkamusan Melayu. Buku ini merupakan wacana lengkap yang menyentuh dunia perkamusan Melayu selepas Perkamusan Melayu: Suatu Pengenalan (1994), Perkamusan Melayu: Teori dan Amali (2005) dan Kesenjangan Leksikal Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia (2011) dihasilkan. Samuel Johnson mengatakan pengamal kamus disifatkan sebagai membosankan, Eric Partridge pula menyatakan pengamal kamus sebagai menyeronokkan, James Hulbert menyatakan pengamal kamus adalah menggembirakan dan Allen Gleason menganggapnya sebagai meletihkan.

Bagi peneliti kamus, banyak perkara yang dibongkar terutama dari aspek bahasa dan luar bahasa yang mencakupi aspek leksikal, semantik, tatabahasa, stilistik dan sebagainya. Buku ini memberikan sedikit jawapan terhadap kekurangan penulisan perkamusan dalam bahasa Melayu dan sekali gus mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Buku ini mengetengahkan domain perkamusan Melayu bermula dengan konsep perkamusan, perkembangan perkamusan Melayu, tipologi kamus, kandungan kamus, proses penyusunan kamus, maklumat semantik, maklumat bahasa, cabaran perkamusan Melayu dan pemetaan penyelidikan kamus.

Penghasilan buku ini lahir daripada pengalaman penulis sebagai pengamal, penulis dan tenaga pengajar dalam bidang perkamusan. Pada peringkat pengamal kamus, penulis merupakan salah seorang penyusun kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan (Edisi Kedua, Edisi Ketiga, Edisi Keempat) dan Kamus Besar Bahasa Melayu Nusantara; kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan, dan kamus khusus seperti Kamus Iban-Bahasa Malaysia.

Senarai Jadual
Prakata
Singkatan

BAB 1 Konsep Perkamusan

BAB 2 Perkembangan Perkamusan Melayu

BAB 3 Tipologi Kamus

BAB 4 Kandungan Kamus

BAB 5 Proses Penyusunan Kamus

BAB 6 Maklumat Semantik

BAB 7 Maklumat Bahasa

BAB 8 Cabaran Perkamusan Melayu

BAB 9 Pemetaan Penyelidikan Kamus

Bibliografi
Indeks

Weight 0.376 kg
Dimensions 21.6 × 14.1 × 1.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Asas Ilmu Perkamusan Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *