Bagai Sarang Burung di Ranting: Kumpulan Cerpen

ARENA WATI (1925-2009) adalah penerima Anugerah Sastera Negara 1988.

DBP (Cetakan Pertama, 2018)
100 halaman termasuk Glosari

RM15.00

In stock

Menerusi Bagai Sarang Burung di Ranting, Arena Wati menyampaikan persoalan sosiopolitik pada tahun 1950-an yang kurang diketahui oleh pembaca masa kini. Isu sosiopolitik itu pula bersandar pada zaman penulisnya masih relatif muda dan bergelojak dengan idealisme sebagai karyawan media yang penuh dengan sifat ingin tahu. Cerpen-cerpen dalam Bagai Sarang Burung di Ranting dihasilkan dua tahun sebelum Arena Wati meninggal dunia dan belum pernah diterbitkan, yang ditemui selepas kematiannya oleh isterinya, Ibu Halimah Sulung.

Meneliti catatan di hujung empat buah cerpennya, kita mendapati bahawa cerpen “Ranting Menyorong Ruas Baru” disiapkan pada 8 Februari 2007; “Daun Tua Sarang Bellah” dilengkapkan pada 1 Mac 2007; “Musim Daun Gugur di Ranting” diselesaikan pada 12 Mac 2007; dan “Bagai Sarang Burung di Ranting” dituntaskan pada 19 Mac 2007. Keempat-empat cerpen yang tercatat tarikh siap itu dihasilkan kurang dua tahun sebelum Arena Wati meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru pada pukul 1:40 pagi, 25 laman 2009, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini semuanya mengambil latar masa ketika penceritanya mengalami zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa pada tahun 1950-an dan awal 1960-an. Kata dapat mengesan bahawa pencerita itu membawa suara dan cebisan-cebisan pengalaman Arena Wati sendiri. Satu soalan yang menarik untuk dicari jawapannya ialah mengapa dalam bulan-bulan terakhir hayatnya. Arena Wati menulis cerpen dengan latar belakang masa yang sudah lebih empat dekad ditinggalkannya?

Mungkin jawapannya dapat dicari dari aspek psikologi dan memori seorang octogenarion, lelaki yang hidup lebih 80 tahun seperti Arena Wati. Dari aspek-aspek tersebut, kajian psikologi mendapati bahawa semakin tua seseorang, ingatannya terhadap masa lampau lebih cerah, berbanding perkara-perkara yang terkini, malah mungkin lupa akan sesuatu perkara yang baru sahaja dilakukan. Keupayaan mengingat masa lampau ini berlaku kerana kenang-kenangan telah berjaya mengekod pelbagai peristiwa silam ke dalam otak: Recall or retrieval of memory refers to the subsequent reaccessing of events or information from the past, which have been previously encoded and stored in the brain.

Barangkali atas sebab-sebab psikologi dan memori itulah Arena Wati—melalui empat cerpen dalam kumpulan ini—kembali bercerita tentang zaman kanak-kanaknya di Makassar, serta warisan budaya penduduknya. Arena Wati turut bercerita tentang getir zaman penjajahan Belanda sewaktu di Indonesia, serta zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu.

Kata Pengantar

1. Ranting Menyorong Ruas Baru
2. Daun Tua Sarang Benah
3. Musim Daun Gugur di Ranting
4. Bagai Sarang Burung di Ranting

Glosari

Weight0.103 kg
Dimensions18.5 × 11.5 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Adnan A. (Verified Reader)

    (0) (0)
  2. Ahmad Sukri (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.