Out of stock

Bahasa Cina-Bahasa Melayu: Kebolehterjemahan Budaya

GOH SANG SEONG adalah pensyarah kanan di Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dan Interpretasi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan Kedua, 2016)
226 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

Out of stock

Bahasa Cina-Bahasa Melayu: Kebolehterjemahan Budaya membincangkan kebolehterjemahan dalam penterjemahan aspek-aspek budaya daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu. Seratus butiran (kata, frasa, klausa dan ayat) pelbagai budaya daripada Shui Hu Zhuan atau terjemahannya Hikayat Pinggir Air (2001) dijadikan data perbincangan. Tujuannya adalah untuk meneliti kebolehterjemahan budaya, dan mengenal pasti strategi-strategi penterjemahan budaya.

Perbincangan ini memanfaatkan satu himpunan teori secara komposit. Teori-teori berkenaan dikenal pasti secara eklektik daripada teori penterjemahan, teori semantik dan teori sosiolinguistik. Perbincangan dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah perbandingan, menganalisis butiran budaya berdasarkan teori-teori penterjemahan, teori semantik dan teori sosiolinguistik. Perbandingan juga dilakukan untuk meneliti strategi-strategi penterjemahan budaya. Tidak ada mana-mana subkategori budaya dalam bahasa Cina yang menonjol dan lebih bersifat boleh terjemah dalam bahasa Melayu.

Aspek-aspek budaya dalam terjemahan bahasa Cina-bahasa Melayu adalah lebih cenderung bersifat tidak boleh terjemah disebabkan ketidakwujudan bentuk atau fungsi budaya dalam bahasa Cina dalam latar sosiolinguistik bahasa Melayu. Keadaan ini telah menghasilkan pelbagai peringkat terjemahan seperti terjemahan lebih, terjemahan kurang, terjemahan salah dan terjemahan kosong. Aspek-aspek budaya dalam bahasa Cina yang wujud dalam latar sosiolinguistik BM atau yang mempunyai kepadanan sinonim dalam bahasa Melayu pula cenderung bersifat boleh terjemah. Pada masa yang sama, tidak ada mana-mana satu strategi penterjemahan yang boleh dikatakan lebih sesuai untuk menangani masalah-masalah kebolehterjemahan.

Strategi penterjemahan budaya dalam bahasa Cina-bahasa Melayu adalah pelbagai. Penggunaannya bergantung pada kewujudan bentuk dan fungsi sejadinya dalam bahasa sasaran. Bentuk dan fungsi aspek budaya dalam bahasa Cina yang kepadanannya wujud dalam bahasa Melayu cenderung ditangani dengan penterjemahan literal dan melalui penggunaan sinonim. Sebaliknya, bentuk dan fungsi aspek budaya dalam bahasa Cina yang tidak wujud dalam latar sosiolinguistik bahasa Melayu cenderung diterjemahkan melalui strategi penerangan, padanan fungsian, pinjam terjemah, tambahan kata, kata pinjaman, transliterasi, tambahan nota kaki dan mana-mana gabungan dua (kuplet) atau tiga (triplet) strategi ini secara serentak.

Selain mempunyai impak tertentu terhadap beberapa teori penterjemahan, perbincangan ini turut menunjukkan penterjemahan budaya sebenarnya bersifat dwidimensi dan bukannya hanya bersifat aktiviti-aktiviti linear. Maka, pada amnya penterjemahan budaya memerlukan penggunaan cantuman beberapa teori penterjemahan yang berkaitan dengan pemindahan maklumat, serta analisis semantik dan sosiolinguistik.

Prakata
Singkatan dan Simbol

BAB 1 PENGENALAN

Perkembangan Penterjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu di Malaysia
Kebolehterjemahan
Budaya
Budaya dan Bahasa
Budaya, Penterjemahan dan Kebolehterjemahan
Pendekatan dan Kaedah Penterjemahan Budaya
Analisis Komponen Makna Katz dan Fodor, Nida dan Jackson
Teori Kempson dan Teori Chierchia dan McConnell-Ginet
Pandangan Cerminan Linguistik Fishman
Konteks Situasi Gabungan Malinowski dan Firth

BAB 2 KEBOLEHTERJEMAHAN BUDAYA BAHASA CINA-BAHASA MELAYU

Kebolehterjemahan Budaya Ekologi
Kebolehterjemahan Budaya Material
Kebolehterjemahan Budaya Sosial
Kebolehterjemahan Budaya Organisasi, Adat Resam, Aktiviti, Prosedur, dan Konsep
Kebolehterjemahan Budaya Gerak Isyarat dan Amalan
Paksi Kebolehterjemahan Budaya

BAB 3 STRATEGI PENTERJEMAHAN BUDAYA BAHASA CINA-BAHASA MELAYU

Strategi Penterjemahan Budaya Ekologi
Strategi Penterjemahan Budaya Material
Strategi Penterjemahan Budaya Sosial
Strategi Penterjemahan Budaya Organisasi, Adat Resam, Aktiviti, Prosedur dan Konsep
Strategi Penterjemahan Budaya Gerak Isyarat dan Amalan
Kesamaan dan Perbezaan
Pemilihan Strategi Penterjemahan

BAB 4 PENUTUP

Strategi Penterjemahan Budaya Bahasa Cina-Bahasa Melayu
Implikasi Teori, Hala Tuju Terjemahan Budaya dan Sumbangan

Bibliografi
Indeks

Weight0.41 kg
Dimensions24.1 × 16.5 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.