Bahasa dan Budaya Masyarakat Melayu di Pulau Kokos, Australia

RAJA MASITTAH RAJA ARIFFIN merupakan pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Melayu , Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.

Penerbit UPM (Cetakan Pertama, 2013)
214 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

Only 1 left in stock

Bahasa & Budaya Masyarakat Melayu di Pulau Kokos, Australia ini memuatkan 11 bab yang menggarap tajuk yang berkaitan dengan bahasa dan masyarakat Melayu di Pulau Kokos, khususnya di Pulau Home yang terletak di Lautan Hindi, di bawah pemerintahan Kerajaan Australia. Bab 1 membincangkan salur galur dan sejarah kedatangan orang Melayu ke Pulau Kokos dengan pelbagai cabaran hidup yang dialami mereka. Bagaimanapun kedatangan mereka telah mewarnai pulau di sekitar lagun, apabila pulau kecil yang terangkum dalam 27 buah pulau batu karang itu yang selama ini tidak bernama dan tidak berpenghuni, kini telah mempunyai nama yang diberikan oleh mereka berdasarkan eponim.

Bab 2 dan 3 membicarakan difusi penyebaran bahasa dan sistem panggilan dan sapaan dalam masyarakatnya. Difusi penyebaran bahasa Melayu Kokos dikaitkan dengan konsep dan prinsip Tadahan Penyebaran Bahasa yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar (2005). Konsep dan prinsip ini dihubungkaitkan dengan organisasi dan sistem sosial, penglihatan dunia, kegiatan ekonomi, pendidikan, agama dan sistem semiologi sebagai tadahan penyebaran bahasa. Dengan penghijrahan ke Kepulauan Kokos akhirnya mereka dapat menjalani kehidupan menetap di Pulau Home dengan memiliki peradaban walaupun terpaksa melalui satu proses masa yang sangat lama.

Dalam suatu organisasi sosial yang mengenal pasti individu berdasarkan pangkat telah mempengaruhi pandangan dunia anggota masyarakatnya. Oleh sebab itu wujud sistem panggilan dan sapaan yang digunakan dalam kalangan anggota masyarakat Melayu di pulau itu. Sistem panggilan atau sapaan disebut sistem teknonim yang menyebut nama pangkat dalam keluarga dan pangkat ‘sulung’ memainkan peranan penting. Sifat sesuatu bahasa itu mempunyai hubungan rapat dengan cara hidup anggota masyarakatnya dan penciptaan kosa kata baharu banyak dipengaruhi keadaan persekitaran.

Bab 4 menyenaraikan dan menghuraikan kosa kata umum, kosa kata khusus, ungkapan asli Melayu Kokos dan peribahasa. Kosa kata tersebut dibahagikan kepada beberan antaranya termasuklah bidang maritim dan kehidupan laut. pemakanan, permainan tradisional, agama dan kepercayaan, adat istiadat dan budaya, flora dan fauna, peralatan dan busana Melayu Kokos. Pewujudan semua kosa kata tersebut dan kaitannya dengan pengaruh bahasa Nusantara dihuraikan dalam Bab 5. Pengaruh bahasa Nusantara ini berlaku kerana asal usul orang Melayu Kokos di Pulau Home itu adalah sama serumpun, iaitu berasal daripada pelbagai negara di Nusantara. Di samping itu dijelaskan juga kata arkaik dan pengaruh bahasa Inggeris dan bahasa lajn dalam bahasa Melayu Kokos.

Bab 6 dan Bab 7 mengenal pasti dan memerikan bentuk dasar kata dan frasa nama, serta kata kerja dan frasa kerja yang lazim digunakan dalam pertuturan orang Melayu Kokos. Antara jenis kata dan frasa nama termasuklah kata nama unggulan, kata nama berlapis, kata nama konkrit, kata nama abstrak, beberapa jenis kata bilangan, kata nama khas dan nama am, kata nama gender, kata nama gelaran, dan kata ganti nama. Frasa nama pula terdiri daripada bentuk endosentrik selapis yang terdiri daripada komponen inti dan keterangan. Penggunaan dan bentuk kata kerja dan frasa kerja, termasuklah kata kerja terbitan, kata kerja berlapis, kata kerja transitif dan tak transitif, dan kata kerja bantu.

Bab 8 mendeskripsikan kata adverba bentuk unggulan bentuk terbitan, frasa adverba dan klausa adverba. Bab 9 membincangkan pemasyarakatan dan pemupukan bahasa Melayu Kokos dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, pendidikan dan sosioekonomi di Pulau Home; manakala Bab 10 melihat aspek sosiobudaya masyarakat Melayu Kokos yang meliputi konsep ketuanan dan hamba, budaya memberi nama anak, seni bina Melayu, puisi Melayu, agama lawan kepercayaan dan aspek semiologi.

Bab akhir buku Bahasa & Budaya Masyarakat Melayu di Pulau Kokos, Australia ini memperkatakan masa depan bahasa Melayu Kokos, dengan merujuk kepada anjakan bahasa yang berlaku, faktor berlakunya penganjakan bahasa dan usaha yang telah dijalankan untuk tujuan pemeliharaan dan pemulihan bahasa.

Weight 0.395 kg
Dimensions 24.5 × 16.5 × 1 cm
Edition

Format

ISBN

9789673443314

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bahasa dan Budaya Masyarakat Melayu di Pulau Kokos, Australia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.