Bahasa di Selat Makassar dan Samudera Pasifik

Disunting oleh CHONG SIN dan JAMES T. COLLINS

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2022)
159 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

Bahasa di Selat Makassar dan Samudera Pasifik memuatkan penelitian bahasa di Selat Makassar dan Samudera Pasifik (Daerah Indonesia Timur) yang mempunyai kadar diversiti bahasa yang paling tinggi di seluruh Nusantara. Bukan sahaja jumlah bahasa yang digunakan di wilayah ini mencapai ratusan bahasa yang berlainan, tetapi juga afiliasi genetik bahasa-bahasa peribumi di Indonesia Timur berbeza-beza. Sehubungan dengan itu, buku ini cuba menampilkan beberapa hasil penelitian yang berkaitan dengan bahasa-bahasa di wilayah ini. Sudah lama diketahui oleh komuniti sarjana global bahawa sejarah bahasa Melayu moden mulai dijejaki di Indonesia Timur. Memang kamus bahasa Melayu yang paling tua disusun di Pulau Tidore (Maluku Utara) oleh Antonio Pigafetta (1894-1906) pada tahun 1521 dalam pelayaran keliling dunia yang dipimpin oleh Magellan.

Dua pucuk surat yang ditulis dalam bahasa Melayu pula dikarang di Pulau Ternate di sebelah Pulau Tidore (Maluku Utara) pada tahun 1521 dan 1522; lihat juga Gallop dan Arps tentang surat-surat yang paling tua ini. Banyak juga laporan lain tentang penggunaan bahasa Melayu di Maluku pada abad ke-16, misalnya, teks, surat dan laporan dalam karya Jacobs. Kalau orang Portugis dan Itali yang melaporkan kedudukan bahasa Melayu pada awal abad ke-16, orang Belanda yang mengambil alih tugas itu pada akhir abad ke-16 dan terus menulis tentang bahasa Melayu di Maluku sepanjang abad ke-17 lagi, bahkan menggunakan bahasa Melayu dalam berbagai bahan cetakan.

Namun demikian, dapat dikatakan bahawa bahasa Melayu sebagai suatu kenyataan di Indonesia Timur sejak sekurang-kurangnya 500 tahun lalu sering diabaikan oleh penulis pengkajian sejarah, masyarakat dan bahasa di Nusantara. Bukan sahaja Indonesia Timur yang dipinggirkan dari wacana global tentang masyarakat Melayu, bahkan hampir seluruh Nusantara diabaikan dalam diskusi akademik itu, kecuali Sumatera dan Semenanjung Malaya. Misalnya, persidangan tentang identiti Melayu, yang diadakan di Belanda pada akhir abad ke-20, hampir tidak dapat dihitung masyarakat selain penutur Melayu di Semenanjung, Riau dan Sumatera.

Jangankan persidangan jauh di Belanda 30 tahun lalu, konferensi di Malaysia 10 tahun lalu pun masih tidak mempedulikan kenyataan Melayu di Indonesia Timur. Dengan nama indah “Seminar Dialektologi Melayu,” telah diadakan pertemuan akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Disember 2007. Akan tetapi, setiap makalah yang disampaikan hanya membicarakan dialek Melayu di Malaysia, bahkan hanya di Malaysia bahagian barat. Konseptualisasi tentang cakupan dialek Melayu di kalangan sarjana di seminar di UKM hanya sebesar Semenanjung! Alam Melayu seolah-olah hanya seluas sebelah tempurung sahaja.

Sudah terlalu lama, fakta sejarah selama 500 tahun yang sewajarnya menempatkan Indonesia Timur di tengah-tengah penelitian yang serius tentang masyarakat dan bahasa Melayu, seperti yang diringkaskan di atas, malahan diketepikan dan diabaikan. Hakikat Tidore dan Ternate selaku pusat penyebaran bahasa Melayu bagaikan dinafikan dalam tradisi dan praktik pengkajian Melayu. Sekurang-kurangnya dapat dikatakan bahawa para sarjana yang bergerak di bidang pengkajian Melayu tidak berusaha sepenuhnya untuk menyelidik tahap awal dalam sejarah Melayu. Kalau surat dan kamus Melayu yang paling tua ditulis di Indonesia Timur seharusnya sudah dijalankan banyak penelitian yang berfokuskan penggunaan dan sejarah bahasa Melayu di Indonesia Timur, apa lagi pada zaman ini yang diwarnai dengan banyak persatuan dan badan kerajaan yang mengutamakan bahasa Melayu, budaya Melayu dan sejarah Melayu.

Namun, ternyata kebanyakan tulisan tentang bahasa Melayu di Indonesia Timur diterbitkan pada era kolonial. Tentu sahaja terdapat banyak kekecualian pada generalisasi itu. Tetapi kalau jumlah, keberagaman dan kerumitan varian-varian Melayu di Indonesia Timur diperhatikan, usaha yang sudah diadakan sejak Nusantara mencapai kemerdekaannya mulai lebih dari 70 tahun lalu belum seimbang dengan agungnya citra Melayu di Indonesia Timur.

Senarai Jadual, Rajah & Peta
Prakata

1. Sejarah, Diversiti dan Kompleksiti Bahasa Melayu di Indonesia
James T. Collins

2. Jejak Melayu di Maluku
Gujfran Ali Ibrahim

3. Tentang Nama Bahasa dan Dialek di Sulawesi Selatan dan Sekitarnya
Masao Yamaguchi

4. Pemetaan Bahasa di Indonesia Timur
Abdul Rajab Johari

5. Suku Bugis dan Bahasanya: Dari Tanah Bugis ke Tanah Papua
Sukardi Gau

6. Tatabunyi dan Morfologi Bahasa Latu
Jamil Patty

7. Verba Bahasa Tondano Dialek Remboken
Lefrand Rurut

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.248 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 0.9 cm
Author(s)

, , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.