Bahasa Melayu Bahasa Universal membincangkan sepuluh isu berkaitan linguistik bahasa Melayu. Secara lebih jitu, tiga topik utama dibincangkan, iaitu isu berkaitan tatabahasa Melayu, dialek bahasa Melayu dan bahasa kerabat, dan isu pendidikan dalam bahasa Melayu. Semua bab yang terdapat dalam buku ini merupakan hasil daripada penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan.
Dalam istilah sekarang, bahasa universal juga dikenali sebagai bahasa buatan (artificial language) dan juga interlingua. Bahasa buatan adalah bahasa yang dibangunkan menggunakan sistem-sistem tanda matematik dan digunakan sebagai bahasa formal. Manakala interlingua pula adalah bahasa yang dicipta berasaskan kepada bahasa natural. Biasanya interlingua menggabungkan dan menyingkatkan beberapa bahasa menjadi satu bahasa baru (misalnya Esperanto).
Pada abad ke-17, idea pembinaan bahasa universal sebagai medium berkomunikasi dilakukan berasaskan kepada klasifikasi realiti yang saintifik. Klasifikasi ini akan mewujudkan ikonik dan hubungan timbal balik antara tanda dan objek. Bagaimanapun, terdapat pandangan bagaimana bahasa universal ini boleh diciptakan.
Kajian ke atas bahasa Melayu yang disajikan dalam Bahasa Melayu Bahasa Universal mencakupi tiga isu penting. Isu tersebut ialah berkaitan tatabahasa bahasa Melayu, dialek bahasa Melayu dan bahasa kerabat, dan pendidikan dalam bahasa Melayu. Ketiga-tiga isu ini dikupas secara terperinci hasil daripada kajian penyelidikan yang telah dan sedang dilakukan. Isu berkaitan tatabahasa bahasa Melayu dirangkumkan dalam empat bab, bermula dari 1-4, bab 5-8 berkaitan isu dialek bahasa Melayu dan bahasa kerabat, dan bab 9-10 berkaitan isu pendidikan dalam bahasa Melayu. Sesungguhnya, kehebatan bahasa Melayu dalam sejarah perkembangannya dapat ditelusuri jauh sebelum abad ke-17 lagi.
Bahasa ini menjadi bahasa Lingua Franca perdagangan alam Nusantura, malah lebih jauh lagi sehingga menjalar ke Timur Tengah, Afrika dan Eropah. Aktiviti perdagangan yang dijalankan antaranya pelaut Melayu dengan pelaut lokal di lokasi yang dinyatakan sebelum ini turut membawa kepada tersebarnya bahasa tersebut. Justeru, bahasa Melayu telah dibincangkan dan mendapat perhatian sarjana Eropah sejak abad ke-17 lagi. Kenyataannya, bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bukan ‘bpbahasa kering’ seperti mana telah diwar-warkan sebelum ini. Bahasa ini akan menjadi kering jika penunturnya tidak membincangankan ilmu Melayu dalam bahasanya sendiri.
Reviews
There are no reviews yet