Bahasa Melayu di Daratan Asia Tenggara: Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik

ASMAH HAJI OMAR adalah Profesor Emeritus, pakar nahu Bahasa Melayu, dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa.

DBP (Cetakan Pertama, 2019)
230 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM26.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!

Bahasa Melayu di Daratan Asia Tenggara: Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik memberi lakaran situasi penggunaan bahasa Melayu di Thailand, Cambodia, dan Vietnam dengan berpedomankan teori geolinguistik. Ini melibatkan penelitian berbagai-bagai landskap, seperti sejarah masa silam, budaya, serta politik dan perkembangan sosial yang telah berlaku. Faktor-faktor berkenaan diterapkan sebagai latar perkembangan dalam konteks geografi dan sejarah, serta disokong oleh faktor-faktor penggunaan bahasa dan analisis linguistik. Kesimpulannya, tidak ada persamaan antara tiga negara ini dari segi sejarah bertapaknya bahasa Melayu serta perkembangan dan juga kedudukannya dalam konteks negara tempat mastautinnya, kecuali dalam peranannya sebagai alat pengajaran agama Islam dalam komuniti orang-orang yang menuturkannya.

Adanya bahasa bermakna adanya penutur yang menggunakan bahasa berkenaan, sama ada sebagai bahasa pertama, yang juga disebut bahasa ibunda, atau juga bahasa kedua, bahasa asing, atau bahasa untuk tujuan tertentu. Dalam bab-bab kemudian kita akan melihat ke dalam kategori-kategori yang mana yang sesuai diletakkan bahasa Melayu sebagai sistem pertuturan bagi kawasan-kawasan yang diperkatakan ini. Persoalan-persoalan yang timbul dalam menulis buku ini ialah untuk mengkaji: (1) Bagaimanakah bahasa Melayu boleh berada di tiaptiap negara yang diperkatakan ini, serta maju surut penyebarannya? (2) Faktor-faktor yang bagaimanakah yang menimbulkan situasi yang ada sekarang ini? (3) Setakat manakah penerimaan penutur komuniti komuniti berkenaan terhadap bahasa Melayu? (4) Bagaimanakah bahasa Melayu boleh berada di tiaptiap negara yang diperkatakan ini, serta maju surut penyebarannya?

Bahasa Melayu di Daratan Asia Tenggara: Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik menunjukkan bahawa tidak berlaku permulaan penyebaran bahasa Melayu yang seragam bagi kawasankawasan yang dikaji ini. Jika dilihat dari segi tipologi, kita dapat membuat kesimpulan adanya dua tipe utama yang menunjukkan permulaan sejarah bahasa Melayu di kawasan-kawasan berkenaan. Tipe-tipe itu adalah seperti berikut: (i) Penyebaran bahasa Melayu yang sudah wujud dalam kawasan tradisionalnya; (ii) Penyebaran bahasa Melayu yang merupakan kawasan pindahan.

Tipe (i) wujud di Thailand Selatan. Seperti yang sudah diperlihatkan dalam Bab 3, berdasarkan faktorfaktor sejarah, tanah dua jambatan di Leher Tanah Melayu merupakan kawasan tradisional bahasa Melayu yang mempunyai kesinambungan dengan kawasan tradisional Semenanjung Malaysia, baik di sebelah barat mahupun di sebelah timur. Seperti yang diiktiraf oleh pengkaji-pengkaji sejarah, yang dikatakan Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu adalah tanah yang menganjur dari tanah besar ke selatan mulai dari Segenting Kra hinggalah ke Johor.

Tipe (ii) dapat disaksikan di ketiga-tiga negara berkenaan. Tetapi penelitian yang halusi terhadap apa yang telah berlaku dalam sejarah membuktikan bahawa tipe ini boleh dibahagikan kepada dua subtipe, iaitu subtipe (ia) dan subtipe (ib).

Weight 0.276 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.1 cm
Edition

Format

Author(s)
Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bahasa Melayu di Daratan Asia Tenggara: Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik”

Your email address will not be published. Required fields are marked *