Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau

ASMAH HAJI OMAR adalah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DBP (Edisi Kedua, 2008)
215 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

In stock

If you purchase this book you will earn 9 reward points!
ISBN: 9789836292568 Product ID: 25993 Subjects: , , , Sub-subjects: , ,

Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau menggambarkan perantauan orang Melayu dari alam Melayu ke alam baru di Australia dan wilayah-wilayahnya, mulai awal abad ke-19, dan menjadikan kawasan itu sebagai kawasan penyebaran bahasa Melayu. Kepulauan Cocos (Keeling) merupakan kawasan “kosong bahasa” dan “kosong peradaban” sebelum penempatan orang-orang Melayu di situ. Dalam kehidupan mereka yang tersisih daripada komuniti lain selama 150 tahun, orang Melayu Kokos dapat mempertahankan warisan budaya dan agama Islam serta juga bahasa Melayu. Pulau Christmas, yang juga “kosong bahasa” dan “kosong peradaban” sebelum akhir abad ke-19, telah bertukar wajah dengan kedatangan komuniti dari luar, khususnya Melaka, Singapura dan Hong Kong setelah terbukanya perlombongan fosfat.

Di benua Australia, baik di pantai timur mahupun di pantai barat, terdapat tompok-tompok komuniti Melayu, yang berasal dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Komuniti Melayu yang mastautinnya lebih kekal di benua ini, terutama sekali di Australia Barat, ialah komuniti orang Melayu Kokos dan Pulau Christmas. Buku ini memperihalkan sejarah mastautin orang-orang Melayu di kawasan tersebut, dan usaha mereka mempertahankan warisan sambil menyesuaikan diri dengan alam dan tradisi yang baru. Di tempat baru ini, bahasa mengalami anjakan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kesedaran tentang pentihgnya bahasa Melayu sebagai pendukung budaya Melayu dan dengan itu penyampaian agama Islam kepada anak cucu, menyebabkan komuniti tersebut mengadakan program pengajaran bahasa Melayu yang bergandingan dengan pengajaran agama Islam.

PRAKATA EDISI KEDUA
PRAKATA EDISI PERTAMA

BAB 1: SEBAR, ANJAK, PELIHARA

Pengantar
Sejarah Bersemaraknya Bahasa Melayu di Samudera
Sistem Semiotik
Bahasa sebagai Sistem Semiotik
Bahasa Melayu sebagai Lambang Identiti Komuniti Melayu
— Pemeliharaan Bahasa (Language Maintenance)
— Anjakan Bahasa (Language Shift)
— Anjakan Bahasa Patah Balik (Anjakan BPB)
Budaya sebagai Sistem Semiotik
Agama Islam sebagai Lambang Bangsa Melayu
Kesimpulan

BAB 2: KEPULAUAN COCOS (KEELING)

Pengantar
Geomorfologi dan Geografi Kepulauan
Pulau-Pulau dalam Rantaian Ini
— Pulu Panjang (West Island)
— Pulu Home (Home Island)
— Pulu Tikus (Direction Island)
— Pulu Luar (Horsburgh Island)
— Pulu Gangsa Pulu Beras (Prison Island)
— Pulu Atas (South Island)
— Pulu Ampang Besar dan Pulu Ampang Kecil
— Pulu Jembatan
Tumbuh-Tumbuhan dan Haiwan
Sejarah Petempatan Kepulauan Cocos (Keeling)
Geopolitik Kepulauan Cocos (Keeling)
Perjuangan Membebaskan Diri daripada Perhambaan
Orang Melayu Kokos
— Organisasi Sosial
— Keadaan Sosioekonomi
— Agama dan Kepercayaan
— Perhubungan dengan Dunia Luar
— Kebudayaan dan Adat Resam
— Beku Budaya
— Pertukangan dan Kraf Tangan
— Kesenian
— Kesusasteraan dan Sastera Lisan
— Pendidikan
— Penggunaan Bahasa
Bahasa Melayu Kokos
— Kedudukan Bahasa Melayu Kokos
Implikasi Dasar Perhambaan Ala Sistem Clunies-Ross terhadap Bahasa Melayu dan Agama Islam
Sikap dan Budi Bahasa Orang Melayu Kokos
Kesimpulan

BAB 3: PULAU CHRISTMAS

Pengantar
Geomorfologi dan Geografi
Tumbuh-Tumbuhan dan Haiwan
Sejarah Penemuan dan Penempatan
Perhubungan dengan Dunia Luar
Penduduk Pulau Christmas
Pendidikan dan Penggunaan Bahasa
Pendidikan Agama
Orang Melayu Pulau Christmas
— Asal Usul
— Keadaan Sosioekonomi
— Kraf Tangan dan Kemahiran Lain
— Kehidupan dalam Komuniti
Kesimpulan

BAB 4: AUSTRALIA BARAT

Pengantar
Perth dan Fremantle
Kattaning
Perusahaan Daging Halal
Pekerjaan Lain
Broome
South Hedland dan Geraldton
Pemeliharaan Bahasa di Australia Barat
Pemeliharaan Agama dan Budaya
Bagaimanakah Masa Depan Komuniti dan Bahasa Melayu di Australia Barat?
Kesimpulan

BAB 5: AUSTRALIA TIMUR

Pengantar
Golongan Penduduk Melayu
— Kahwin Campur
— Mencuba Nasib
— Meninggalkan Kekecewaan
— Perniagaan
— Pendidikan
Menjalani Kehidupan
Sikap Hidup di Australia
Persatuan Melayu
— Persatuan Melayu di Victoria
— Persatuan Melayu di New South Wales
Pendidikan Agama, Bahasa dan Budaya
Bahasa Melayu di Australia Timur: Penyisihan dan Pemeliharaan
Kesimpulan

BAB 6: BAHASA MELAYU KOKOS

Pengantar
Huraian Sosiolinguistik Bahasa Melayu Kokos
— Bahasa Melayu Am (BM Am) dan Bahasa Melayu Kokos (BM Kokos)
— Bahasa atau Dialek?
— Asal Usul Bahasa Melayu Kokos
— Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Kokos
— Perkembangan Dalaman
— Perkembangan Seterusnya
— Perkembangan Mulai Tahun 1950-an
— Diglosia dalam Bahasa Melayu Kokos
Rupa Bentuk Bahasa Melayu Kokos
— Fonologi
— Struktur Suku Kata
— Ejaan
— Morfologi
— Kategori Kata
— Ayat dan Wacana
— Intonasi
Kesimpulan

BIBLIOGRAFI
INDEKS

Weight 0.481 kg
Dimensions 23.6 × 16 × 1.8 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Carik-Carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Dunia Melayu

    Carik-Carik Bulu Ayam: Kisah Runding Bahasa Dunia Melayu

    , , , RM45.00
  • Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah

    Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah

    , , RM25.00