Bahasa Melayu Urak Lawoi’ Pulau Adang, Thailand

ROHANI MOHD YUSOF adalah Profesor Madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

DBP (Cetakan Pertama, 2016)
173 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

Bahasa Melayu Urak Lawoi’ Pulau Adang, Thailand mengkaji sebuah dialek Melayu yang dituturkan oleh masyarakat minoriti yang terdapat di pulau-pulau di Wilayah Satun, Thailand. Walaupun pada dasarnya pulau-pulau ini berada di bawah pentadbiran kerajaan Thailand, namun jika ditinjau dari nama, kedudukan dan bukti sejarah, ternyata pulau-pulau ini merupakan kepulauan Melayu. Malah, keadaan ini juga terbukti dari bahasa yang dituturkan masih memperlihatkan pertalian dengan dialek-dialek Melayu yang sedia ada.

Hasil penelitian juga turut membuktikan bahawa bahasa ini merupakan satu daripada variasi bahasa Melayu. Bahasa Urak Lawoi’ atau lebih tepat dialek Melayu Urak Lawoi’ ialah bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Urak Lawoi’ atau Orang Laut yang terdapat di Kepulauan Andaman, khususnya di Pulau Lipe’ dan Pulau Adang (Pulau Hadak). Dalam bahasa Thai, masyarakat ini turut dikenali sebagai Chao Lay, Chao Nam atau Thai Mai. Dasar kerajaan Thailand yang tidak membenarkan kewujudan bahasa lain, secara umumnya telah mengakibatkan bahasa Urak Lawoi’ digantikan oleh bahasa berkenaan.

Kajian telah menunjukkan bahawa bahasa Urak Lawoi’ sedang menuju ke arah kepupusan kerana dasar kerajaan Thailand yang tidak menggalakkan, Secara umum, bahasa ini dituturkan oleh golongan yang lebih berumur sedangkan generasi muda lebih ketara menggunakan bahasa Thai dalam komunikasi mereka. Malah, penggunaan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan dan sebagai bahasa dalam bidang ekonomi menyebabkan bahasa Urak Lawoi’ tidak lagi digunakan secara meluas.

Kajian ini dilakukan melalui kaedah penyelidikan lapangan untuk mendapatkan data lisan. Kajian lapangan ini telah dilakukan di penempatan masyarakat Urak Lawoi’ di Pulau Lipe’ dan Pulau Adang. Beberapa teknik digunakan, seperti temu bual dan pemerhatian, di samping rakaman.

Sebagai satu daripada variasi bahasa Melayu, ternyata bahasa Urak Lawoi’ mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada dialek-dialek Melayu yang lain. Di samping itu, daripada pemerhatian terhadap ciri-ciri fonologi dan leksikal, didapati dialek ini memperlihatkan beberapa persamaan dengan bahasa-bahass serumpun yang lain. Ini membuktikan adanyA perkaitan kekeluargaan dan sejarah antar bahasa-bahasa tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan supaya dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang sistem dan struktur bahas Urak Lawoi’ yang meliputi aspek fonologi, struktuR kata dan nahunya.

Antara hal yang menarik dan memberikan ciri umum kepada dialek ini ialah gejala menghilangkan konsonan nasal pada lingkungan akhir kata dan seterusnya digantikan dengan konsonan oral yang homorgan. Secara umum, huraian terhadap dialek ini dilakukan dengan agak sederhana supaya mudah difahami dan boleh dimanfaatkan oleh setiap golongan yang meminati bahasa Melayu dan variasinya, khususnya para pengkaji bahasa.

Prakata
Senarai Singkatan

BAB 1 PENGENALAN

Pengenalan
Latar Belakang Kawasan Kajian
Latar Belakang Masyarakat Urak Lawoi’
Bahasa Melayu Urak Lawoi’
Kesimpulan

BAB 2 SITUASI BAHASA MELAYU URAK LAWOI’

Pengenalan
Kedudukan Bahasa Pulau Adang
Faktor Pengekalan dan Pengalihan BM Urak Lawoi’
a. Faktor Sosial
i. Penghijrahan
ii. Perkahwinan
iii. Pendidikan dan Media
iv. Nilai dan Sikap
b. Faktor Demografi
c. Faktor Sosioekonomi
d. Faktor Sosiopolitik
Kesimpulan

BAB 3 PERKAITAN BAHASA MELAYU PARK LAWOI’ DENGAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Perkaitan Fonologi
Perkaitan Nahu
Perkaitan Leksikal
Pendekatan Leksikostatistik dan Glotokronologi
Kesimpulan

BAB 4 SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU URAK LAWOI’

Pengenalan
Sistem Vokal Bahasa Melayu Urak Lawoi’
Vokal Depan
Vokal Tengah
Vokal Belakang
a. Vokal Belakang Sempit / u /
b. Vokal Belakang Separuh Sempit / o /
c. Vokal Belakang Separuh Luas / ɔ /
d. Vokal Belakang Luas / a /
Diftong
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif
Konsonan Nasal
Konsonan Afrikat
Konsonan Frikatif
Konsonan Lateral
Konsonan Separuh Vokal
Kesimpulan

BAB 5 RANGKAP FONEM

Pengenalan
Rangkap Vokal
a. Rangkap Vokal ke Depan
b. Rangkap Vokal ke Belakang
Rangkap Konsonan
a. Rangkap Nasal-Oral Tak Bersuara
b. Rangkap Plosif + Likuida
c. Rangkap Nasal + Nasal
Kesimpulan

BAB 6 STRUKTUR KATA

Pengenalan
Struktur Suku Kata
Kata Ekasuku
Kata Namaan
Kata Karyaan
Kata Tugas
Kata Dwisuku
Kata Trisuku
a. Kata Trisuku Tanpa Imbuhan
b. Kata Trisuku Berimbuhan
Kesimpulan

BAB 7 PROSES PERUBAHAN FONOLOGI DALAM KATA

Pengenalan
Penggantian Fonem
Pengglotisan
Penasalan
Penyahnasalan
Perangkapan
Rangkap Vokal
Rangkap Konsonan
Penyahrangkap
Pendiftongan
Pengguguran dan Peleburan Fonem / r /
Pengguguran Suku Kata atau Urutan Kata
Kedudukan/Penyisipan Fonem / h /
Variasi BM Urak Lawoi’ Pulau Adang dan Pulau Lipe’
Kesimpulan

BAB 8 MORFOLOGI BAHASA MELAYU URAK LAWOI’

Pengenalan
Pengimbuhan
Awalan
Awalan Namaan
i. Awalan Namaan { pe- }
ii. Awalan Namaan { pe+N- }
iii. Awalan Namaan { se- }
Awalan Karyaan/Kata Kerja
i. Awalan { me- }
ii. Awalan { be- }
iii. Awalan { ter- } dan { per- }
Nasalisasi
Penggandaan
Pemajmukan
Kesimpulan

BAB 9 SINTAKSIS BAHASA MELAYU URAK LAWOI’

Pengenalan
Frasa
Frasa Selapis
Frasa Kompleks
Ayat
Ayat Selapis
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Seru
Ayat Kompleks
Ayat Minimal
Kesimpulan

Lampiran I
Lampiran II
Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.231 kg
Dimensions21.5 × 14.1 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.