Bajau Pantai Timur

Disunting oleh MD. SAFFIE ABD. RAHIM, SABIHAH OSMAN, dan RAMZAH DAMBUL

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS

ITBM & Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2012)
189 halaman termasuk Bibliografi

RM35.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!
ISBN: 9789830688572 Product ID: 24766 SKU: 9789830688572 Categories: , Tags: , , ,

Bajau Pantai Timur menghuraikan beberapa aspek berkaitan Bajau Pantai Timur dan mengidentifikasikan setiap etnik Bajau yang majoritinya tinggal di Pantai Timur Sabah, menerusi perkembangan politik dan pentadbiran, kegiatan ekonomi, aspek sosial, yang merangkumi pendidikan, kebudayaan, seni muzik dan tarian, dan sistem pengangkutan air yang digunakan oleh masyarakat ini. Walau bagaimanapun, oleh sebab etnik Bajau yang mendiami Pantai Timur majoritiya menetap di Semporna, maka kajian ini banyak merujuk etnik Bajau yang mendiami daerah itu sebagai fokus perbincangan.

Etnik Bajau yang merupakan salah satu etnik bumiputera yang terbesar di Sabah juga mempunyai kepelbagaian cabang etnik. Kumpulan etnik Bajau terbesar di Sabah dibahagikan kepada dua, iaitu Bajau di Pantai Timur dan etnik Bajau yang menetap di Pantai Barat. Pola petempatan yang berselerak dalam kalangan etnik Bajau di Sabah ini menyebabkan wujud perbezaan dari segi slanga bahasa, budaya dan adat istiadat. Etnik Bajau Pantai Barat menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud dan Papar, dan secara amnya, mempunyai perbezaan dengan etnik Bajau Pantai Timur yang menetap di sekitaf Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kunak, dan Tawau.

Etnik Bajau di Pantai Barat Sabah, seperti di Kota Belud, Papaf dan Tuaran, bekerja sebagai nelayan, pesawah, penternak dan petani Bajau Kota Belud dan Tuaran juga digelar “Koboi Sabah” kerana terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Selain itu, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang samurai yang dipercayai diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada orang Bajau dan Iranun di Kota Belud. Pedang samurai dari Kota Belud amat tinggi kualitinya dan mudah didapati sehinggakan menjadi tarikar dan cenderamata yang harus dibeli para pengunjung.

Etnik Bajau di Pantai Timur Sabah bekerja sebagai nelayar penyelam yang mahir dan petani. Mereka yang melibatkan diri dalam perusahaan nelayan, majoritinya tinggal di daerah Semporna, Kunak Lahad Datu dan Sandakan. Etnik Bajau Pantai Timur Sabah, khasnya di daerah Semporna mendapat gelaran istimewa dan unik seperti sea gypsies, panglima dilaut, pelaut dan pelayar terunggul kerana kehidupan seharian mereka yang sangat rapat dengan laut.

Dalam mengidentifikasikan etnik Bajau di Pantai Timur Sabah, suatu yang menarik ialah kumpulan etnik itu sendiri mempunyai kepelbagaian slanga bahasa, budaya dan adat istiadat. Perbezaan itu, termasuk dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya. Kepelbagaian ini menyebabkan etnik Bajau di Sabah ini kurang dikenali masyarakat umum secara menyeluruh dan kerap kali menimbulkan kekeliruan dalam mengenal pasti identiti setiap etnik Bajau yang menetap di Pantai Timur Sabah.

Masyarakat Bajau Pantai Timur kaya dengan budaya, sepert tarian dan muzik tradisional yang ditumpukan perbincangannya dalam warisan budaya yang tidak ketara, termasuk dari aspek seni muzik dan tarian. Mereka terkenal dengan tarian igal-igal yang dipengaruhi arus pemodenan. Perbincangan tentang igal-igal mungkin tidak akan sempurna jika tidak disertai dengan alat muzik tagunggu’ yang mengiringi persembahan tarian itu.

Bajau Pantai Timur turut membahaskan perkembangan sistem politik dan kesedaran berpolitik dalam kalangan etnik Bajau Pantai Timur sebelum dan selepas Sabah mencapai kemerdekaan. Perbahasannya merangkumi bagaimana corak sistem politik etnik Bajau Semporna semasa zaman Kesultanan Sulu yang menyebabkan kesukaran untuk pemerintah British North Borneo Company (BNBC) mentadbir mereka setelah BNBC memerintah Sabah sejak tahun 1881 hingga 1941. Buku ini juga membincangkan peranan ketua-ketua etnik Bajau Semporna selepas Sabah mencapai kemerdekaan.

Prakata
Penghargaan

PENGENALAN

Identiti Etnik Bajau Pantai Timur

Proses Kitaran Kehidupan

Warisan Budaya yang Tidak Ketara

Kegiatan Ekonomi

Sistem Pengangkutan Air

Pendidikan dan Sosiobudaya

Politik dan Pentadbiran

Nota Hujung
Bibliografi

Weight 0.391 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.3 cm
Edition

Format

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bajau Pantai Timur”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.