Out of stock

Bangsa Melayu: Konsep Bangsa Melayu dalam Demokrasi dan Komuniti, 1945-1950

ARIFFIN OMAR kini berkhidmat di Penang Institute dan kajian penyelidikan beliau menumpukan negara, nasionalisme, perhubungan kaum dan kebebasan agama. Beliau juga adalah mantan ahli senat yang mewakili Pulau Pinang di parlimen Malaysia (2012–2015).

SIRD & Penang Institute (2015)

318 halaman

ISBN 9789670630441

 

RM38.00

Out of stock

Bangsa Melayu: Konsep Bangsa Melayu dalam Demokrasi dan Komuniti, 1945-1950

Tempoh selepas Perang Dunia Kedua amat kritikal dalam pembinaan semula masyarakat Asia Tenggara. Bangsa Melayu merupakan kajian baru berkenaan ideologi politik dalam dua masyarakat Melayu yang berkongsi persamaan dan perbezaan sewaktu mengalami pergolakan politik ini, iaitu di Tanah Melayu dan Sumatera Timur.

Sebelum ini, kerajaan – monarki yang diketuai sultan-sultan – memegang kuasa utama dari segi budaya politik dan identiti Melayu. Dengan perkembangan nasionalisme, persoalan terhadap kewarganegaraan dan kemunculan negara-bangsa, jalan alternatif baru mula tersedia bagi masyarakat Melayu.

Di Tanah Melayu, bangsa Melayu timbul sebagai tumpuan kesetiaan dan kemasyarakatan yang mula diutamakan lebih daripada kerajaan. Sementara itu, kedatangan satu republik Indonesia yang lengkap telah menyebabkan kejatuhan sistem monarki di Sumatera Timur.

Dalam perbandingan antara Tanah Melayu dan Sumatera Timur, Ariffin menerangi bahawa pemikiran Melayu berkait dengan pesaing UMNO, iaitu Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Ideolog-ideolog ini — antara mereka yang terkenal termasuk Burhanuddin al-Helmy — telah mengajukan visi bangsa Melayu yang lebih terbuka. Mereka menyangkal bahawa orang India dan Cina — jika mereka benar-benar mencintai negara ini — haruslah menunjukkan ‘kesanggupan untuk mengubahkan bangsa mereka kepada bangsa Melayu, dan perubahan ini tidak mengharuskan perubahan agama. Konsep bangsa Melayu, seperti yang dijelaskan oleh Ariffin, telah gagal — termasuk projek (daripada golongan kiri Melayu) mengenai pan-kepulauan ‘Melayu Raya’ yang berkemungkinan menyatukan kedua-dua lingkungan Belanda dan British ke dalam satu negara-bangsa.

Dalam edisi baru Bangsa Melayu: Konsep Bangsa Melayu dalam Demokrasi dan Komuniti, 1945-1950 ini, Ariffin Omar menumpukan perhatian kepada perbezaan asas dalam pemikiran dan sikap antara kedua-dua kumpulan Melayu yang telah membawa kepada hasil politik yang amat berbeza. Buku ini akan menarik para peminat sejarah idea dan politik perkauman.

Saya tidak dapat membayangi hasil kajian yang lebih penting mengenai perkembangan ideologi Melayu. Buku ini berupaya merangsangkan pemikiran baru dalam soal demokrasi, kesamarataan dan terutamanya, etnik. — Anthony Milner

Buku ini dihasilkan dengan penyelidikan dan penulisan yang lengkap. Hasil karya ini memberi sumbangan yang berharga kepada bidang sejarah dan haruslah dibaca oleh sesiapa yang berminat dengan sejarah moden Malaysia dan Indonesia. — J. Norman Parmer

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.520 kg
Dimensions 15.2 × 1.6 × 22.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789670630441

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bangsa Melayu: Konsep Bangsa Melayu dalam Demokrasi dan Komuniti, 1945-1950”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…