Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang

AHMAD MURAD MERICAN adalah pensyarah dan Professor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi PETRONAS, Seri Iskandar, Perak. Dilahirkan di Air Hitam, Pulau Pinang, beliau banyak terlibat dalam kajian dan komentar sejarah, dan persejarahan, sejarah intelektual dan kegiatan penonjolan serta pemuliharaan warisan serta sejarah Melayu Pulau Pinang.

DBP (Cetakan pertama, 2015)
262 halaman

RM30.00

In stock

Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang menceritakan Batu Uban sebagai pancaran sejarah awal Pulau Pinang. Batu Uban merupakan penempatan yang terawal, malah Batu Uban juga pekan dan pelabuhan di Pulau Pinang sebelum kedatangan Inggeris. Sepatutnya, Kampung Batu Uban dijadikan kampung istimewa di Pulau Pinang dan mesti dikekalkan. Di situlah masjid yang terawal dibina oleh Haji Muhammad Salleh @ Nakhoda nan Intan yang berasal dari Kampung Bodi, Payakumbuh, Sumatera Barat. Di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak tahun l730-an lagi, dan berlaku sehingga tahun 1740-an. Sebidang tanah seluas 100 ekar pernah dikurniakan kepada Dato’ Jenaton, asal Pagarruyung, ke Payakumbuh, kemudian ke Batu Bara dan akhirnya ke Batu Uban. Tempat-tempat seperti Minden, Minden Heights, dan Gelugor, malah Tanjong berkaitan dengan sejarah Batu Uban.

Buku ini bertujuan meluruskan sejarah, dan dengan harapan Batu Uban dapat dipuliharakan dan diwartakan sebagai kampung tradisional dan tanda kewujudan sejarah awal Pulau Pinang. Buku ini berdasarkan sejarah lisan, salasilah dan rekod-rekod daripada dua keluarga terawal dan terbesar, iaitu Nakhoda nan Intan dan Dato’ Jenaton yang diwarisi sejak lebih dari 200 tahun lalu, artifak-anifak yang ditemui serta catatan-catatan yang pernah diterbitkan. Cerita Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang juga mengandungi beberapa pemerhatian tentang Tanjong dan kedudukan Pulau Pinang sebagai wilayah Kesultanan Kedah.

Hakikatnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada wilayah dan alam Kesultanan Kedah. Namun penceritaan Melayu Pulau Pinang terpisah daripada Kedah, malah rantau Alam Melayu itu sendiri. Begitu juga dengan pcrsejarahan Kedah yang memisahkan Pulau Pinang daripada Kesultanan dan Peradaban Kedah, dan menerima George Town dan Penang sebagai fait accompli (ditakdirkan) bukan hanya dari segi politik dan pentadbiran, tetapi juga dari segi warisan dan persejarahan. Kini, masyarakat Melayu Pulau Pinang kian menjadi “pengemis” sejarah.

Persoalannya, apakah masalah sejarah Melayu Pulau Pinang? Banyak telah diperkatakan dan ditulis sama ada oleh sarjana, sejarawan, pemerhati sosiopolitik atau wartawan. Hakikatnya, setelah berdekad-dekad lamanya, kesedaran nasional tentang peneroka awal Melayu di Pulau Pinang masih tidak berganjak.

Kenyataan yang terdapat dalam buku-buku teks, buku sejarah untuk pelajar dan umum, brosur dan risalah pelancongan, serta paparan di tempat-tempat awam seperti di muzium, masih lagi menyatakan bahawa sejarah Pulau Pinang bermula pada tahun 1786, seolah-olah Pulau Pinang tidak ada sejarah sebelum itu, tidak ada penghuni, dan seterusnya menganggap Melayu di Pulau Pinang pada masa kini tidak mempunyai sejarah.

Penulisan ini menarik perhatian masyarakat kepada beberapa masalah persejarahan negara, khususnya petempatan awal Melayu di Pulau Pinang, iaitu di Batu Uban. Tapak tersebut kini kian menghadapi tekanan akibat politik warisan serta sikap kealpaan pihak berkuasa dan masyarakat setelah sekian lama. Kawasan kampung diugut dengan pembinaan infrastruktur, manakala nilai warisan dan sejarah berkorban demi pasaran dan keuntungan.

Weight0.465 kg
Dimensions22.3 × 14.5 × 1.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.