Biarkan Buta: Sekitar Perbahasan Ilmiah Derma Kornea Mata

SYED HUSSEIN ALATAS (b. 17 September 1928 – d. 23 January 2007) was a Malaysian academician, sociologist, founder of social science organisations, and politician. He was Vice-Chancellor of the University of Malaya in the 1980s, and formed the Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Syed Hussein wrote several books on corruption, multi-racialism, imperialism, and intellectual captivity as part of the colonial, and post-colonial, project, the most famous being The Myth of the Lazy Native.

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
86 halaman termasuk Indeks

RM25.00

In stock

If you purchase this book you will earn 5 reward points!
ISBN: 9789834611460 Product ID: 1971 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Penerbitan Biarkan Buta: Sekitar Perbahasan Ilmiah Derma Kornea Mata memerlukan sedikit kata pendahuluan. Pada 1 Ogos, 1973, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), melalui tuan muftinya, Syed Isa bin Mohamad bin Sumait, telah mengeluarkan fatwa mengharamkan derma organ manusia (kornea mata, buah pinggang dan jantung). Akhbar ini disiarkan oleh Berita Harian, Singapura, 2 Ogos 1973. Setelah membaca akhbar ini maka timbul keinginan dalam diri penulis untuk menjawabnya, memajukan fikiran yang berlainan. Tulisan Biarkan Buta: Sekitar Perbahasan Ilmiah Derma Kornea Mata merupakan yang pertama terbit dalam Berita Harian, Singapura, 10 Ogos 1973. Penerbitan kedua pada 17 Ogos 1973. Setelah itu, pihak MUIS menjawab, pada 24 dan 31 Ogos. Setelah itu jawapan penulis terakhir, 7 September 1973.

Ulasan penulis tidak berdasarkan akhbar daripada Berita Harian, semata-mata tetapi berdasarkan surat MUIS seluruhnya yang dikirim kepada Berita Harian. Surat ini merupakan keputusan majlis fatwa MUIS, yang dimuatkan seluruhnya dalam penerbitan MUIS, Fajar Islam, pada tahun 1973, bilangan 13. Penerbitan ini disiarkan setelah perbahasan antara penulis dengan MUIS berlaku. Keputusan yang disiarkan dalam akhbar bertarikh 1 Ogos 1973 dan apa yang diterbitkan dalam Fajar Islam adalah sama kecuali dalam kalimat terakhir. Dalam keputusan yang disiarkan dalam akhbar maksud kalimat terakhir MUIS: “Ugama adalah hak Allah SWT. Apabila membuat sesuatu fatwa agama atau mengeluarkan hukum hendaklah dicari keredaan Allah SWT dan Rasul-Nya sebelum mencari keredaan manusia.”

Dalam Fajar Islam yang terbit setelah perbahasan, kalimat di atas itu ditambah dengan tiga perkataan terakhir setelah perkataan “manusia”, iaitu “atau publisiti murah!” Istilah publisiti murah berasal daripada bahasa Inggeris, cheap publicity. Publicity ertinya diketahui umum, dikenal orang ramai, melalui saluran radio, akhbar, televisyen, dan rapat umum. Cheap publicity ertinya usaha demikian yang kurang penting tujuannya, iaitu tujuan hendak mencari nama semata-mata. Adakah ini satu sindiran terhadap penulis, entahlah?

Soal pendermaan organ manusia sudah lama diperhatikan oleh umat Islam. Setelah penulis menulis dalam Berita Harian, Singapura, sampai ke tangan penulis buku fatwa Syeikh Hassanein Makhluf, bekas Mufti Besar Mesir dan Ketua Universiti al-Azhar, bertajuk Fatawa Shar’iak, jilid pertama, cetakan kedua, Kaherah, 1965. Dalam buku ini terdapat fatwa alim besar Islam berkenaan dengan pendermaan kornea mata. Beliau membenarkannya dengan alasan yang sama penulis gunakan. Fatwa ini dikeluarkan pada awal tahun 1950-an. Kita telah ketinggalan lebih 20 tahun berbanding dengan Mesir.

Di Malaysia ada tiga pendapat tentang soal ini. Yang pertama. melarang menerima ataupun menderma. Kedua, mengizinkan menerima tetapi melarang orang Islam mendermakan kornea mata dan lainnya. Ketiga mengizinkan menerima dan menderma. Pendapat yang terakhir inilah yang paling berkuasa di Malaysia. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengambil keputusan mengizinkan pemindahan kornea mata dan buah pinggang daripada organ yang sudah meninggal dunia kepada yang hidup, dalam persidangannya yang berlangsung pada bulan Oktober 1970, di Kuala Lumpur. Hanya tiga jabatan agama negeri yang tidak bersetuju. Dalam akhbar Malay Mail, 9 Ogos 1971, Setiausaha Majlis itu, Datuk Haji Ismail bin Panjang Aris, menyatakan bahawa perbuatan itu tidak melanggar agama Islam.

Pada bulan Ogos 1973, MUIS menyatakan pendapat rasminya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendapatnya adalah soal pendermaan kornea mata itu terserah pada diri masing-masing. Perbuatan ini tidak diharamkan. Pendapat ini dimajukan berkaitan dengan usaha hendak mendirikan pusat mengumpul kornea mata di Hospital Universiti di Kuala Lumpur. Dalam Persidangan Islam Se-Malaysia, pada bulan Mac 1969, dihidangkan satu kertas kerja membenarkan pendermaan mata dan buah pinggang oleh Ustaz Abdul Rauf Abdul Majid Badr, pensyarah Kolej Islam Malaysia. (Lihat Laporan Persidangan Islam Se-Malaysia, 4 7 Mac 1969, Kementerian Luar Negeri, Kuala Lumpur).

Di Malaysia dan di Singapura, pendapat yang mengharamkan umat Islam berbuat baik mendermakan kornea mata dan buah pinggang tidak akan menghalang umat Islam berbuat demikian. Ia bukanlah undang-undang yang mencegah perbuatan itu. Dari segi kuasa pengaruh, pendapat yang mengharamkan itu tidaklah penting ertinya.

Namun demikian, pendapat yang mengharamkan itu penting sifatnya dari segi lain. Hal ini merupakan satu aliran berfikir yang akan menghalang umat Islam mencapai kemajuan. Penulis telah menghabiskan masa, di tengah kesibukan lain, berbahas sepanjang lima minggu dengan MUIS, tidak semata-mata untuk soal derma mata sahaja. Banyak soal lain yang lebih penting bagi umat Islam. Tetapi yang sangat penting bagi saya penulis adalah latar belakang pemikiran aliran yang mempengaruhi MUIS dan mereka yang sefaham di Malaysia dengan MUIS. Aliran ini mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu kurang faham tentang ilmu pengetahuan zaman sekarang, tidak menghormati akal, mentafsirkan al-Qur’an dan hadis secara sempit, dan cara berfikir yang kusut. Kekusutan cara berfikirnya akan dilihat daripada perbahasan yang telah berlaku.

Perkara yang mengejutkan sekali daripada aliran sempit ini adalah lenyapnya kuasa akal daripada pemikiran mereka. Akal manusia itu adalah alat manusia hidup. Selamanya akal berdasarkan atas kepercayaan tertentu. Penggunaan akal berdasarkan tujuan yang telah ditetapkan oleh kepercayaan. Selain ini, akal manusia dapat juga membantu membenarkan atau membetulkan kepercayaan tertentu. Umpamanya, al-Qur’an berpegang pada akal dalam menolak kepercayaan terhadap berhala dan menerima kepercayaan terhadap Tuhan yang Maha Esa. Demikian juga seluruh syariat Islam berdasarkan akal yang dikendalikan oleh kepercayaan. Jelaslah kita bukan hanya disuruh percaya tetapi percaya dengan akal.

Karya Terpilih Syed Hussein Alatas
Prakata – Syed Farid Alatas
Prakata – MUIS
Pendahuluan

Bab 1 Lampiran Surat Majlis Ugama Islam Singapura dalam Akhbar Bertarikh 1 Ogos 1973

Bab 2 Peranan Fatwa dalam Masyarakat Islam

Bab 3 Dasar Fatwa dalam Islam

Bab 4 Petikan daripada Jawapan Majlis Ugama Islam Singapura

Bab 5 Petikan daripada Berita Harian, Singapura, 25 Julai 1972

Bab 6 Jawapan Bukan Jawapan

Bab 7 Lanjutan Perbahasan

Bab 8 Kesimpulan

Indeks

Weight 0.164 kg
Dimensions 15.3 × 1 × 22.7 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Biarkan Buta: Sekitar Perbahasan Ilmiah Derma Kornea Mata”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi

    Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi

    RM32.00
  • Cover Not Available
    Out of stock

    Kita Dengan Islam Tumbuh Tiada Berbuah

    , RM28.00
  • Intelektual Masyarakat Membangun
    Out of stock

    Intelektual Masyarakat Membangun

    , RM18.00
  • Local and Global: Social Transformation in Southeast Asia (Essays in Honour of Professor Syed Hussein Alatas)
    Out of stock

    Local and Global: Social Transformation in Southeast Asia (Essays in Honour of Professor Syed Hussein Alatas)

    , RM25.00
  • Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu
    Out of stock

    Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu

    RM22.00
  • Mitos Peribumi Malas
    Out of stock

    Mitos Peribumi Malas

    , RM30.00