Bibliografi Dialek Melayu Semenanjung Tanah Melayu

JAMES T. COLLINS (b. 1946 – ) merupakan ahli linguistik terkemuka dalam bidang linguistik komparatif, leksikografi dan sosiolinguistik. Bidang pengkhususan Collins meliputi bahasa-bahasa Melayo-Polinesia dan memberi sumbangan yang amat besar kepada bidang pengajian Austronesia.

DBP (Cetakan Pertama, 2018)
209 halaman termasuk Indeks

RM20.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 4 points worth of RM0.40!
ISBN: 9789834905750 Product ID: 23457 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Penyusunan Bibliografi Dialek Melayu Semenanjung Tanah Melayu telah diadakan sebagai sebahagian daripada Projek Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka. Bibliografi ini ialah bibliografi yang kelima dan terakhir dalam siri bibliografi dialek Melayu yang selesai diusahakan pada tahun 1995, Atas beberapa pertimbangan, Bibliografi Dialek Melayu Semenanjung Tanah Melayu diterbitkan dua dekad kemudian agar melengkapi siri bibliografi perintis itu.

Bibliografi ini menampilkan rujukan untuk semua tulisan tentang semua dialek Melayu yang dituturkan di Semenanjung Tanah Melayu, termasuk wilayah Malaysia, Singapura dan Thailand Selatan serta Kepulauan Riau di Indonesia. Cakupan rujukan yang dimuatkan ini berakhir pada tahun 1995. Dalam buku ini, terdapat daftar kata, kamus dan huraian linguistik, juga tulisan tentang adat istiadat, pertukangan tradisional, flora dan fauna serta karya sastera yang memperlihatkan unsur dialek Melayu. Bibliografi ini tidak terbatas pada dialek-dialek yang dituturkan oleh orang Melayu sahaja, tetapi juga dialek Melayu yang dituturkan oleh golongan etnik yang lain, misalnya dialek Baba, dialek Ceti, dialek Orang Temuan, dialek Urak Lawoi, malahan dialek umum, seperti “bahasa pasar”.

Pada 25 Julai 1984, penulis diundang memberikan ceramah di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, dalam rangka Siri Syarahan Sejarah Bahasa Melayu. Masalah yang penulis kemukakan pada kesempatan itu tidak lain daripada persoalan yang paling asasi dalam projek sejarah ini, iaitu sumber data; yang dibahaskan pada ceramah itu ialah bibliografi dialek Melayu se-Nusantara. Memang pengkajian mengenai semua dialek yang membentuk suatu bahasa mustahak sekali dalam penyusunan sejarah bahasa itu. Bahkan jikalau naskhah purba dan tulisan lama yang menggunakan bahasa itu jarang-jarang ditemukan, sumber data dialeknya lebih penting lagi.

Bentuk bahasa purba serta tahap penyebarannya dapat direkonstruksi melalui perbandingan dialek yang masih dituturkan. Sebetulnya bahasa Melayu harus dianggap sebagai salah satu bahasa yang tidak dicirikan dengan banyak prasasti dan naskhah purba. Bahan-bahan yang tertulis seperti itu terbatas dan tradisi tulisan Melayu tidak malar, malahan terputus-putus antara zaman dan kadang-kadang bercerai-cerai antara tempat. Maka tidak mungkin menyusun sejarah bahasa Melayu kalau pengkajian, perbandingan, dan penelitian dialek Melayu tidak diutamakan.

Alat yang ulung dalam upaya mengkaji dialek-dialek Melayu tentu sahaja bibliografi dialek Melayu. Tanpa keterangan asasi tentang karya dialektologi yang telah ada, usaha seterusnya hanya dapat dilakukan dengan mencari-cari di sana sini tanpa arah dan tujuan yang jelas, bagaikan kelarai sesat taja. Dengan keinsafan akan pentingnya sumber data ini untuk penyusunan sejarah bahasa Melayu seterusnya, projek bibliografi dialek Melayu sudah penulis kerjakan secara peribadi sejak tahun 1981.

Kemudian pada tahun 1982, penulis berunding dengan mendiang Dr. D.J. Prentice di Rijksuniversiteit te Leiden (kini dikenal sebagai Leiden University) tentang kemungkinan bekerjasama dalam projek bibliografi bahasa Indonesia/bahasa Melayu yang pada waktu itu baru didirikan di Belanda sebagai kelanjutan usaha mendiang Profesor A. Teeuw. Mereka membentuk tatakerja dengan pembahagian tugas: bibliografi bahasa baku diserahkan kepada Dr. D.J. Prentice sedangkan bibliografi dialek, termasuk segala ragam dan varian yang tidak baku, kepada penulis. Pada akhir tahun 1984, tugas bibliografi dialek ini dipertanggungjawabkan kepada penulis secara rasmi oleh DBP demi menjayakan Projek Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu.

Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan

I. Johor – Riau
II. Orang Laut
III. Orang Seletar
IV. Orang Kanak
V. Orang Hulu
VI. Orang Temuan
VII. Tioman
VIII. Muar – Melaka
IX. Baba
X. Ceti
XI. Negeri Sembilan
XII. Selangor
XIII. Perak
XIV. Kedah
XV. Pahang
XVI. Terengganu
XVII. Hulu Terengganu
XVIII. Kelantan – Patani
XIX. Urak Lawoi’
XX. Bahasa Pasar

Indeks Penulis

Weight 0.323 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.3 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bibliografi Dialek Melayu Semenanjung Tanah Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *