Out of stock

Bila Terkenang Zaman Dahulu: Pantun Pulau Pinang

Disunting oleh MUHAMMAD HAJI SALLEH

Penerbit USM (Cetakan Kedua, 2014)
297 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM59.00

Out of stock

Product ID: 26128 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Bila Terkenang Zaman Dahulu: Pantun Pulau Pinang mengumpul bait-bait yang cemerlang daripada khazanah lisan dan juga tulisan negeri ini. Bentangannya luas, daripada pantun anak-anak hinggalah kepada pantun remaja, daripada cinta hinggalah upacara. Pantun-pantun bertulis pula dinukil daripada pelbagai buku yang popular sejak tahun-tahun 1920-an, hinggalah 1950-an dan seterusnya 2000-an, termasuk Pantun 481, Pantun Zaman Sari dan Pantun Anti-Kahwin Paksa, dan khazanah Peranakan iaitu Pantun Hiboran dan Pantun Penghiburan Hati. Dikutip juga baris indah daripada boria, bangsawan dan juga lagu-lagu Zaharah Agus. Tema yang melalui waktu, menanda juga zaman emansipasi wanita, pelbagai persoalan kasih sayang, rindu dendam, perkahwinan, budi, hiburan, adat, peristiwa sejarah dan sebagainya.

Pantun-pantun yang terkumpul di sini, seperti dibayangkan sebelum ini, dikutip daripada informan di Pulau Pinang atau daripada ciptaan baru dan lama oleh penduduknya. Pada pertengahan kurun yang ke-20, Winstedt mengumpulkan ratusan rangkap pantun daripada informan-informan yang tidak bernama yang berasal dari negeri ini untuk dimasukkan ke dalam bukunya, Pantun Melayu, Malay Pantuns.

Sumber lisan yang sekarang masih dapat dihubungi berasal dari Pulau Pinang daratan (Seberang Perai) ialah Abdullah/Nayan Mat, Sungai Setar dan Salmah Ahmad, Juru. Dari pulau pula ialah Pak Din Pantun dari Balik Pulau dan Aminah Raden Nani, tokoh bangsawan, melalui usaha Puan Noraza Hj. Abdul Aziz yang sempat mengumpul ciptaannya dan Bahroodin Ahmad, Bukit Jambul. Dari Pulau Aman pula penyusun mendapat rujukan daripada lagu-lagu Zaharah Agus yang berasal dari sana. Walaupun penyusun ingin mengungkapkan kembali seluruh rangkap mereka tetapi masalah hak cipta tidak memungkinkannya. Oleh yang demikian, penyusun telah mencari daripada sumber-sumber yang belum digunakan dan juga daripada sumber yang baru yang mendapat izin pengumpul atau penciptanya.

Oleh kerana Pulau Pinang menjadi pusat penerbitan dan nampaknya penjualan pantun selalu cukup laris maka telah diterbitkan sekurang-kurangnya 10 buah kumpulan pantun semuanya, sejak tahun 1920-an hinggalah tahun 2008. Pada tahun 1920-an dan 1930-an, tiga naskhah pantun telah diterbitkan menggunakan tulisan Jawi, iaitu Pantun 481, Pantun Zaman Sari dan Pantun Anti-Kahwin Paksa. Naskhah ini didapati dari British Library, London. Kesemua pantun ditranskripsikan dan ejaannya dikemas kini.

Pada tahun 1924 dan 1966, terdapat dua buah buku yang dikumpulkan oleh Lim H. Louis dan Lim Eng Teik yang terdiri daripada pantun Baba dan Nyonya, dengan judul Pantun Hiboran dan Pantun Penghiburan Hati. Pantun, seperti kita maklum, meliputi keseluruhan hidup masyarakat Melayu dan Peranakan. Oleh yang demikian, kita menemui pelbagai tema. Yang paling hadir ialah persoalan kasih sayang, rindu dendam, perkahwinan, kecewa, budi, hiburan, adat dan peristiwa sejarah.

Budi dihutang
Pengenalan

Daripada khazanah pantun lisan

Pantun lisan anak-anak Pulau Pinang diingat kembali oleh editor
Nukilan daripada Abdullah/Nayan Mat
Nukilan daripada Bahroodin Ahmad
Nukilan daripada Salmah Ahmad
Nukilan daripada Pak Din Pantun
Nukilan daripada Cheek Hashim dan Jam Mat
Pantun ‘Pulau Aman’ nyanyian Zaharah Agus

Daripada khazanah pantun tulisan

Nukilan daripada buku Pantun Penglipur Lara
Nukilan daripada buku Pantun Penghiburan Hati
Nukilan daripada buku Pantun 481
Nukilan daripada buku Pantun Zaman Sari
Nukilan daripada buku Pantun Anti-Kahwin Paksa
Nukilan daripada buku Pantun Hiboran
Nukilan daripada buku Biografi Primadona Bangsawan Aminah Nani
Nukilan daripada buku 1001 Pantun Pulau Pinang

Glosari
Bibliografi
Latar belakang penutur pantun
Biodata editor
Indeks

Weight0.281 kg
Dimensions16.5 × 12.7 × 1.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.