Bintang Bukan Saja di Langit

Hamzah Hussin, lebih mesra dengan panggilan Pak Hamzah ketika hayatnya, merupakan salah seorang daripada pengarang yang menggagaskan penubuhan ASAS50 bersama-sama Keris Mas, Jymy Asmara, dan Asraf; telah mula menulis cerpen sejak dari tahun 1947 hingga ke tahun 1968. Beliau juga terkenal sebagai wartawan dan tokoh perfileman Melayu yang tidak asing lagi. Dalam tempoh tersebut beliau telah menghasilkan tujuh buah novel, iaitu Tarikh Berlari Liar (1949), Di Mana Terbitnya Si Matahari (1950), Rumah Itu Dunia Aku (1951), Pemburu ke Rumah (1952), Samseng (1956), Hujan Air Mata (1958), dan Rumah Kosong (1965). Selepas meninggalkan ASAS50, beliau menubuhkan Persatuan Angkatan Persuratan Melayu baru yang berlandaskan ‘seni untuk seni’. Hamzah Hussin kemudian terjun ke dunia perfileman sebagai perunding pembikinan filem selain menjadi penulis berpuluh skrip. Beliau meninggal dunia pada 21 April 2007 pada usia 80 tahun kerana sakit tua di rumahnya di French Road, Singapura.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama 2006)
126 halaman

RM20.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 4 points worth of RM0.40!
Product ID: 1111 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Hamzah Hussin dikenali kerana novel-novelnya yang sarat dengan kritik sosial. Novel Bintang Bukan Saja di Langit memuatkan pengalaman peribadi Hamzah Hussin bergelumang dalam kancah perfileman Melayu era Cathay Keris di Singapura.

Kehidupan anak wayang ditampilkan sebagai Moreen, Manisah, Salmo, Siti dan Mahani yang penuh glamour. Wajah mereka terpampang di dada akhbar dan majalah, dipuja dan disanjung oleh ribuan peminat. Namun, kegemilangannya dikecapi tidak berkekalan, kemasyhuran yang dinikmati boleh lenyap sekali mata sebagaimana hilangnya kerlipan bintang apabila fajar menjelma.

Umpama pusingan roda, sekejap atas dan kemudian ke bawah. Kegembiraan bertukar menjadi kedukaan malah lebih malang apabila bintang yang bersinar indah menjadi kelam cahaya dan gelap suasana. Realitinya mereka perlu mengunyah segala pahit getir, umpat hina, caci dan maki malah bersaing sesama mereka untuk mengekalkan populariti. Ada pula yang mempergunakan dan mengambil kesempatan populariti yang mereka miliki semata mata untuk mengaut keuntungan.

Sebagai bintang filem, mereka melakukan apa saja demi mempertahankan hak mereka. Malah mereka sanggup untuk menubuhkan kesatuan sekerja dan melancarkan mogok dengan berhujan dan berpanas serta berhimpun di tepi jalan raya bagi menuntut keadilan. Kehidupan sebagai bintang filem seperti yang dilakukan oleh Hamzah Hussin bukanlah secerah cahaya bintang bintang atau label ‘bintang’ filem mereka.

Weight 0.19 kg
Dimensions 15.2 × 0.7 × 23 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bintang Bukan Saja di Langit”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film Ke Studio Merdeka

    Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film Ke Studio Merdeka

    , RM18.00
  • Pagar Bukan Penjara Kumpulan Cerpen 1947—1968 Hamzah Hussin
    Out of stock

    Pagar Bukan Penjara: Kumpulan Cerpen 1947-1968

    RM60.00