Out of stock

Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu

ANWAR ABDULLAH (We couldn’t find any information regarding the author. Do help us if you have related information.)

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 20014)
279 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM50.00

Out of stock

Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu merupakan karya Anwar Abdullah, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1971 menerusi Pustaka Nusantara. Dato’ Onn diingati kerana budinya yang besar kepada orang Melayu dan peribadi luhurnya yang berasal daripada keturunan keluarga menteri di Johor. Sebagai seorang nasionalis, dengan wataknya yang tenang tetapi tegas Onn Jaafar telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Banyak babak menarik dalam sejarah hidupnya. Salah satu yang penting ialah apabila beliau berselisih faham dengan istana. Insiden ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi yang sentiasa mementingkan Sultan. Dato’ Onn berkhidmat dengan Kerajaan Johor antara 1911-49, bermula sebagai seorang kerani dan menamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Besar Johor. Beliau pernah dua kali dibuang kerja. Kali pertama pada 1920 dan sekali lagi pada 1926. Bahkan beliau pernah dibuang negeri oleh Sultan Ibrahim. Kesukaran hidup yang dialaminya bersama rakyat jelata lebih ketara apabila pada suatu ketika semasa pemerintahan Jepun, beliau bersembunyi di hutan Kempas dan menjalani hidup yang sukar.

Kehidupannya di hutan bersama orang kampung ini telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Beliau sepatutnya berada dengan selesa bersama Sultan Johor diiringi tentera Jepun menyelamatkan diri ke Batu Pahat. Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union.

Dato’ Onn dikenali juga kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik. Namun demikian, sikapnya yang anti perkauman itu kemudiannya telah meminggirkan beliau daripada pentas politik negara ini. Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata.

Satu ciri yang menarik dari tulisan Anwar Abdullah ialah pendekatannya mengumpulkan bahan untuk buku ini. Pendekatannya ialah pendekatan seorang wartawan yang mendasarkan tulisannya kepada temu ramah watak-watak atau pelakon-pelakon yang mengenal Dato’ Onn dari dekat. Anwar telah menginterbiu sendiri isteri Dato’ Onn iaitu Datin Halimah untuk mendapatkan gambaran yang begitu jelas sekali mengenai suaminya. Anwar juga telah menemu ramah mereka yang bersama-sama Dato’ Onn berhijrah daripada Johor Bahru ke hutan Kempas ketika tentera Jepun mengarahkan penduduk Johor Bahru keluar dari bandar itu kerana tentera Jepun hendak menggempur Singapura pada tahun 1941. Mustahil Anwar dapat menceritakan kisah sedih 10,000 orang penduduk Johor dengan begitu dramatik sekali sekiranya dia sendiri tidak menyertai penghijrahan itu ataupun menginterbiu mereka yang terbabit dalam penghijrahan itu.

Cerita hutan Kempas, sebagai contoh, belum pernah dicatatkan dalam sebarang buku melainkan oleh Anwar Abdullah menerusi buku ini. Inilah kisah paling menarik sekali dalam buku ini kerana tidak sahaja ia lengkap iaitu diceritakan dari awal hingga akhir tetapi mengandungi detik-detik yang mengharukan dan mendebarkan hati.

Antara tarikan lain Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu khususnya ialah kisah-kisah yang dipaparkan olehnya mengenai keperibadian dan watak Dato’ Onn sebagai seorang ‘individu’, seorang insan dan seorang manusia. Kesan membaca buku ini ialah keserlahan watak dan peribadi Dato’ Onn sebagai seorang manusia yang tinggi hemahnya, jujur dan telus, berani dan cukup tegas mempertahankan pendiriannya.

Sebagai Menteri Besar hidupnya amat sederhana sekali. Cerita penulis bagaimana Dato’ Onn sebagai Menteri Dalam Negeri mengingatkan sahabatnya supaya jangan cuba menggunakan persahabatan mereka untuk memberikan layanan istimewa kepada orang lain serta sikap Dato’ Onn sebagai Menteri Besar menolak rayuan seorang yang mempunyai hubungan keluarga dengannya untuk mendapatkan layanan istimewa dari kerajaan adalah dua contoh betapa Dato’ Onn memegang dan menjunjung tinggi amanah yang diletakkan ke atas bahunya sebagai pemimpin. Adalah jelas sekali tentang peribadi Dato’ Onn merupakan seorang pemimpin yang tidak terpengaruh oleh kebesaran pangkat dan kedudukan yang wajar menjadi contoh teladan pemimpin generaSi sekarang.

Generasi sekarang hanya mengenal Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO yang keluar daripada partinya untuk menubuhkan IMP, kemudian menubuhkan Parti Negara dan menjadi wakil rakyat. Tetapi sedikit sekali yang mengenal aspek lain dari diri beliau yang saya rasa amat penting untuk sebenar-benarnya menilai beliau sebagai seorang tokoh besar bangsa dan tanah air. Tulisan-tulisannya dalam Sunday Mirror, Warta Malaya, Lentbaga, Lembaga Malaya dan majalah Kritik masih menunggu kajian para sarjana kita.

Weight0.652 kg
Dimensions23.5 × 15.8 × 2.6 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.