Out of stock

Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra

RAMLAH ADAM merupakan bekas profesor di Universiti Malaya. Kemudian dilantik menjadi Rektor Kolej Yayasan Melaka (2006-2009). Kini beliau bertugas sebagai profesor di UniMAP.

DBP (Cetakan Kedua, 2009)
493 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM69.00

Out of stock

Product ID: 402 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra tulisan Ramlah Adam mengisahkan sosok penting dalam arena politik tanah air. Nama Tunku Abdul Rahman Putra bukanlah asing dalam sejarah politik Malaysia. Beliau ialah Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau bertanggungjawab mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan juga membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Beliau digelar Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Tunku telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan tanpa menumpahkan darah sebagaimana yang berlaku di negara-negara jiran. Kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini telah meyakinkan penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Sumbangan dan pengorbanan Tunku yang dicurahkan bagi kesejahteraan negara ini sewajarnya diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang.

Apakah sebabnya penulis mengkaji dan menulis Biografi Politik Tunku Abdul Rahman? Apakah yang penulis ingin tonjolkan? Apakah yang penulis ingin kemukakan kepada pembaca? Apakah yang akan membezakan penulisan ini dengan penulisan yang lain tentang Tunku Abdul Rahman? Di manakah ruang untuk penulis menambah kehebatan Tunku Abdul Rahman? Atau di manakah penulis dapat menganalisis fakta-fakta tentang Tunku yang akan menjadikan penulisan ini bermanfaat dan bermakna kepada ketokohan Tunku Abdul Rahman?

Penghargaan
Senarai Singkatan
Pendahuluan

BAB 1++++Anak Raja
BAB 2++++Melanjutkan Pelajaran ke England
BAB 3++++Pegawai Tadbir Kedah
BAB 4++++Malayan Union
BAB 5++++Membawa Diri ke England
BAB 6++++Pemimpin UMNO
BAB 7++++Benih Kerjasama antara UMNO dengan MCA
BAB 8++++National Convention dan Kelahiran Perikatan UMNO-MCA
BAB 9++++Perikatan UMNO-MCA
BAB 10+++Pilihan Raya Persekutuan 1955
BAB 11+++Pertemuan Baling
BAB 12+++Proses Menuntut Kemerdekaan
BAB 13+++Masalah Dalaman Perikatan
BAB 14+++Cabaran Parti Pembangkang
BAB 15+++Gagasan Malaysia
BAB 16+++Tentangan dalam Negeri
BAB 17+++Tentangan Antarabangsa
BAB 18+++Penyingkiran Singapura
BAB 19+++Peristiwa 13 Mei 1969
BAB 20+++Perjalanan Terakhir

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.647 kg
Dimensions22.9 × 15.2 × 2.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan

    RM50.00
  • Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik

    Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik

    RM30.00
  • Burhanuddin al-Helmy: Suatu Kemelut Politik

    Burhanuddin al-Helmy: Suatu Kemelut Politik

    RM30.00
  • Pahlawan Tegar Merdeka

    Pahlawan Tegar Merdeka

    RM90.00