Sale!

Biografi Politik Tunku Abdul Rahman

Ramlah Adam merupakan bekas profesor di Universiti Malaya. Kemudian dilantik menjadi Rektor Kolej Yayasan Melaka (2006-2009). Kini beliau bertugas sebagai profesor di UniMAP.

DBP (Cetakan Kedua 2009)
493 halaman

RM69.00 RM55.00

Biografi Politik Tunku Abdul Rahman tulisan Ramlah Adam mengisahkan sosok penting dalam arena politik tanah air. Nama Tunku Abdul Rahman Putra bukanlah asing dalam sejarah politik Malaysia. Beliau ialah Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau bertanggungjawab mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan juga membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Beliau digelar Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Tunku telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan tanpa menumpahkan darah sebagaimana yang berlaku di negara-negara jiran. Kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini telah meyakinkan penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Sumbangan dan pengorbanan Tunku yang dicurahkan bagi kesejahteraan negara ini sewajarnya diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang.

Apakah sebabnya penulis mengkaji dan menulis Biografi Politik Tunku Abdul Rahman? Apakah yang penulis ingin tonjolkan? Apakah yang penulis ingin kemukakan kepada pembaca? Apakah yang akan membezakan penulisan ini dengan penulisan yang lain tentang Tunku Abdul Rahman? Di manakah ruang untuk penulis menambah kehebatan Tunku Abdul Rahman? Atau di manakah penulis dapat menganalisis fakta-fakta tentang Tunku yang akan menjadikan penulisan ini bermanfaat dan bermakna kepada ketokohan Tunku Abdul Rahman?

Weight 0.647 kg
Dimensions 15.2 x 2.9 x 22.9 cm
Edition

Format

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Biografi Politik Tunku Abdul Rahman”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.