Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot

Penulisan bersama NIK ANUAR NIK MAHMUD, MUHAMMAD HAJI SALLEH dan ABD. GHAPA HARUN

Penerbit UKM & Yayasan Tun Razak (Cetakan Pertama, 2011)
413 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM120.00

In stock

ISBN: 9789679429565 Product ID: 4057 Subject: Sub-subjects: , , ,

Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot memaparkan liku-liku kehidupan, perjuangan, visi, misi dan pengorbanan Tun Abdul Razak sebagai seorang negarawan dan patriot Malaysia. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua ialah arkitek utama dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Ketika memimpin Malaysia, setelah terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, beliau menyusun strategi serampang dua mata supaya negara mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan mantap serta memulakan langkah penyusunan semula struktur ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang kaum. Beliau memperkenalkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang terbukti berjaya membantu proses pembangunan negara untuk jangka panjang.

Antara tajuk penting yang dipaparkan dalam buku ini adalah: kelahiran seorang patriot, pengalaman di bawah pemerintahan Jepun, menimba ilmu di England, berjuang dalam UMNO, penggubalan Perlembagaan Persekutuan, pembentukan Malaysia menangani konfrontasi Indonesia, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, politik permuafakatan Barisan Nasional dan banyak lagi. Kebanyakan nukilan dalam biografi ini ialah hasil penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang komprehensif dan berwibawa oleh tiga tokoh akademik yang berpengalaman luas. Banyak perkara yang dinukilkan belum pernah diketahui umum sebelum ini.

Dalam konteks sejarah moden negara ini, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein boleh dianggap sebagai ‘arkitek’ utama dalam proses pembinaan negara-bangsa Malaysia. Beliau berperanan menentu dan mencorak arah perkembangan politik dan pembangunan ekonomi negara ini, terutamanya selepas peristiwa 13 Mei 1969. Selepas peristiwa inilah beliau muncul sebagai pemimpin tertinggi negara dan dengan kedudukan tersebut, Tun Abdul Razak telah mengemukakan pelbagai gagasan yang bertujuan untuk membina ‘Malaysia Baru’ yang memiliki suasana politik yang stabil dan ekonomi yang pesat berkembang. Melalui kedua-kedua perkembangan inilah nanti Tun Abdul Razak berharap Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman dan maju serta bebas dan merdeka. Sebahagian besar dasar dan strategi pembangunan negara yang digubal semasa beliau menerajui pemerintahan negara telah dijuruskan ke arah matlamat tersebut.

Demi untuk memastikan segala dasar dan strategi dilaksanakan dengan berkesan, Tun Abdul Razak berusaha membentuk sebuah kerajaan yang teguh dan berkesan. Beliau percaya dengan cara itu, kerajaan yang beliau pimpin akan dapat mewujudkan suasana politik, ekonomi dan sosial yang kondusif bagi membolehkan negara mencapai kejayaan. Berdasarkan kepada peri pentingnya peranan Tun Abdul Razak dalam menggerakkan proses perubahan dan pembangunan di negara ini, Biografi Tun Abdul Razak ini akan memberikan perhatian kepada sejarah perjuangan beliau untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang maju aman dan adil untuk semua rakyatnya.

Senarai Gambar
Singkatan
Prakata

BAHAGIAN SATU – ZAMAN REMAJA
1. Pendahuluan
2. Lahirnya Seorang Patriot
3. Di Bawah Pemerintahan Jepun
4. Menyertai Wataniah
5. Mempertahan Ketuanan Melayu
6. Menimba Ilmu dan Pengalaman di England
7. Dalam Perkhidmatan Awam

BAHAGIAN DUA – ZAMAN KEBANGKITAN
8. Berjuang dalam UMNO
9. Melangkah ke Arah Kemerdekaan
10. Wakil Rakyat
11. Penggubal Perlembagaan

BAHAGIAN TIGA – ZAMAN MENCABAR
12. Membela Nasib Rakyat
13. Arkitek Malaysia
14. Menangani Konfrontasi
15. Menyingkirkan Duri dalam Daging
16. Mempertahan Kedaulatan Wilayah Negara
17. Penyelamat Bangsa dan Negara

BAHAGIAN EMPAT – ZAMAN ERA BARU
18. Membina Bangsa Malaysian Bersatu
19. Dasar Pelajaran Kebangsaan
20. Dasar Ekonomi Baru
21. Memantapkan Pentadbiran Awam
22. Memperkasa UMNO
23. Politik Permuafakatan
24. Membina Haluan Baru
25. Amanah dan Amanat
26. Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Weight0.835 kg
Dimensions25.3 × 17.7 × 2.4 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.