Buku Bosnia-Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-Kuasa Besar membincangkan konflik yang berlaku di Bosnia-Herzegovina pada tahun 1875-1878 dan bagaimana kuasa-kuasa besar telah merencanakan masa depan Bosnia-Herzegovina mengikut kepentingan masing-masing melalui Perjanjian Berlin 1878.
Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah negara itu sukar ditulis jika tidak ada pengetahuan mengenai beberapa bahasa bagi memahami konflik-konflik yang berlaku.
Namun, melalui analisis dokumen-dokumen daripada sumber British, sejarah Bosnia-Herzegovina dapat didokumentasikan dalam buku Bosnia-Herzegovina Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar ini.
Buku yang ditulis oleh Azlizan Mat Enh, iaitu pensyarah dalam bidang sejarah antarabangsa dan sejarah Eropah di Jabatan Sejarah, Politik dan Strategi, UKM diharapkan dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tempatan untuk memahami sejarah Bosnia-Herzegovina khususnya dan Balkan amnya pada abad ke-21 ini.
Beliau mendapat ijazah pertama dari UM dalam bidang sejarah sebelum menyambung pelajarannya di peringkat sarjana di UKM, juga dalam bidang sejarah. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Universiti of London dan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sejarah Eropah Moden, khususnya konflik di Bosnia-Herzegovina.
Sejurus dianugerahkan ijazah kedoktoran, beliau bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia sebelum berkhidmat di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Reviews
There are no reviews yet.