Bukti Prasejarah di Malaysia

MOKHTAR SAIDIN adalah Pengarah di Centre for Global Archaeological Research (CGAR), Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2010)
109 halaman termasuk Indeks

RM50.00

In stock

ISBN: 9789834605193 Product ID: 709 Subject: Sub-subjects: , ,

Buku Bukti Prasejarah di Malaysia tulisan Mokhtar Saidin membincangkan sejarah prasejarah di Malaysia semenjak tahun 1917 hingga 2007. Bukti-bukti ini meliputi zaman prasejarah secara umum zaman Paleolitik, zaman Neolitik dan zaman Logam.  Kesemua perbincangan disertai dengan bukti-bukti sahih melalui kajian oleh Pusat Penyelidikan arkeologi Malaysia (PPAM) sejak 1987. Melalui bukti dan artifak yang ditemui, prasejarah terawal wujud di Malaysia sekitar 200000 tahun dahulu diikuti dengan zaman Neolitik dan akhirnya zaman Logam.  Judul ini ditulis menggunakan pendekatan kronologi berasaskan sumber-sumber bertulis dan laporan kerja lapangan. Justeru, ilmu dan fakta yang dikemukakan boleh dipertanggungjawabkan.

Buku Bukti Prasejarah di Malaysia merupakan satu-satunya kajian hasil Ilmiah yang pernah dihasilkan oleh sarjana tempatan dan antarabangsa khusus tentang prasejarah di Malaysia. Kekuatan isi dalam buku ini terletak kepada kesahihan sumber yang digunakan, lengkap dengan gambar dan rajah bagi memudahkan pembaca memahami tentang perkara yang dibincangkan. Penerbitan buku ini akan memberikan sumbangan yang besar dalam bidang prasejarah lebih-lebih lagi dalam bahasa Melayu.

Buku Bukti Prasejarah di Malaysia ditulis dengan harapan agar dapat dijadikan asas kepada penulisan dan penerbitan yang berterusan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) demi untuk memenuhi keperluan pembaca dalam bidang arkeologi.

Penyelidikan arkeologi oleh PPAM ini bermula sejak tahun 1987 dengan tumpuan khusus pada zaman prasejarah. Penyelidikan 20 tahun tersebut bukan sahaja dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang prasejarah negara, malah turut menyemarakkan lagi usaha-usaha penyelidikan dalam bidang arkeologi Malaysia. Sehingga kini, banyak penerbitan prasejarah negara telah dihasilkan, di samping menyediakan bahan pameran terkini di muzium seluruh negara. Selain itu, penyelidikan yang berterusan ini telah melatih lebih ramai profesional dalam bidang arkeologi di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Objektif utama penulisan buku ini adalah untuk mendedahkan bukti prasejarah yang telah ditemui melalui kajian arkeologi di seluruh negara. Bukti-bukti tersebut ditemui melalui aktiviti arkeologi yang dijalankan secara saintifik, seperti survei dan pemetaan, ekskavasi dan analisis saintifik. Semua bukti dan kenyataan yang diberikan disokong oleh peta, rajah dan juga foto untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Penulisan buku ini disusun mengikut klasifikasi prasejarah dunia, iaitu bermula dengan zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan zaman Logam. Secara amnya, zaman Paleolitik dunia bermula sekitar dua hingga empat juta tahun dahulu, iaitu apabila manusia pertama muncul di Afrika, diikuti oleh zaman Mesolitik sekitar 12 000-10 000 tahun dahulu apabila muncul alat batu mikrolit. Seterusnya zaman Neolitik pada sekitar 8000-7000 tahun dahulu apabila muncul tembikar dan akhirnya zaman Logam, iaitu pada sekitar 5000-4000 tahun dahulu. Walau bagaimanapun, perkembangan ini tidak sama di seluruh dunia. Penulisan dalam buku ini adalah berdasarkan bukti yang ditemui di Malaysia yang bermula dengan zaman Paleolitik (200,000 tahun dahulu), diikuti oleh zaman Neolitik dan akhirnya zaman Logam. Bukti yang ada di Malaysia menunjukkan bahawa negara ini tidak mempunyai zaman Mesolitik.

Weight0.740 kg
Dimensions26.7 × 26.3 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.