Buku Adat dan Pantang Larang Orang Asli Semenanjung Malaysia: Suku Urang Huluk (Jakun) Johor

DOLAH TEKOI adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat JKOASM dan juga Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (Johor).

Gerakbudaya, JKOASM & KOMAS (Cetakan Pertama, 2020)
148 halaman

RM35.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!
ISBN: 9789670311463 Product ID: 26534 SKU: 9789670311463 Categories: , Tags: , , , , ,

Buku Adat dan Pantang Larang Orang Asli Semenanjung Malaysia: Suku Urang Huluk (Jakun) Johor merupakan salah satu kaedah pengekalan amalan adat budaya kerana apa yang ditulis didalamnya hampir merangkumi keseluruhan amalan adat berkaitan suku tersebut. Buku ini secara jelas telah menerangkan mengenai lima adat penting yang menjadi tunjang kekuatan mereka. Perkara ini termasuklah Adat Perkahwinan, Adat Menyempurna Kematian, Adat Ketika Membuka Kebun/Tanah Baru, Peranan Seorang Puyang dan Pantang Larang yang menjadi pedoman bagi mereka agar dapat menghindari hal-hal buruk dan mengambil perkara yang baik sebagai amalan dan iktibar.

Diselitkan juga sejarah lisan mengenai sejarah kewujudan awal suku Jakun Johor di mana sungai merupakan nadi utama perhubungan selain hutan dan lereng bukit merupakan petempatan kekal bagi mereka. Manakala sifat hormat-menghormati sesama insan itu amat dititikberatkan seperti yang dilihat dalam Adat Perkahwinan dan Adat Menyempurna Kematian di mana setiap manusia itu akan terus disayangi walaupun pada saat terakhir perjalanannya.

Begitu juga berkenaan sifat hormat kepada semangat halus dan semangat alam sebagai penjaga bumi di mana suku Jakun menganggap mereka ini merupakan sesuatu yang sangat penting sebagai penghubung di antara manusia dan Tuhan. Maka Keramat adalah tempat suci yang harus dipertahankan dan tidak boleh diubah kerana kewujudan awalnya memang telah diperakui Tuhan.

Adat merupakan lambang kekuatan atau identiti bagi sesebuah bangsa. Kekuatan pegangan amalan adat sesuatu kaum akan menjadikan kaum itu akan terus dihormati kerana mempunyai prinsip yang teguh untuk meneruskan kelangsungan bangsanya. Jadi, pelbagai cara dan pendekatan harus dibuat supaya semua amalan baik dalam adat dapat dikekalkan pada masa hadapan, di samping dapat ditonjolkan kepada masyarakat umum bahawa terdapat banyak pengajaran berguna di sebalik adat tersebut.

Akhir sekali, berkenaan kepentingan hutan sebagai dunia, negara, tanah, tempat tinggal, identiti, khazanah, sumber keperluan dan nyawa yang harus dipelihara dan dilindungi. Maka dalam konteks ‘mengguna’ hutan, suku Jakun akan terus melihatnya sebagai suatu yang bernilai dan tidak boleh dimusnahkan sesuka hati. Justeru, ‘penggunaannya’ haruslah dikawal dan mengikut keperluan sahaja. Perkara ini merupakan antara beberapa ciri yang terdapat dalam amalan adat resam suku Urang Huluk atau suku Jakun di negeri Johor.

Sumber Maklumat
Biodata Penulis
Kata Pengantar
Pengenalan
Latar Belakang Orang Asli

BAHAGIAN 1: SIAPA ITU JAKUN JOHOR

l. Sejarah Awal Suku Jakun Johor
2. Apa Itu Adat
3. Sistem Pentadbiran Dan Kepimpinan Kampung Cara Tradisional
4. Rumah Berdaulat Atau Balai Hadat
5. Kaitan Flora Dan Fauna Dengan Adat Tradisi Suku Jakun

BAHAGIAN 2: AMALAN ADAT

1. Lima Adat Terpenting
2. Adat Perkahwinan dan Perceraian
3. Adat Menyempurna Kematian

BAHAGIAN 3: SEMANGAT ALAM DAN PENJAGA

1. Adat Membuka Tanah/Kebun Baru

BAHAGIAN 4: KEROHANIAN DAN KESIHATAN, ALAM HALUS

l. Kerohanian Dan Kesihatan – Puyang
2. Alam Halus – Keramat, Apa itu Keramat?
3. Asal Usul Keramat
4. Bahan-Bahan Yang Boleh Digunakan Ketika Berdoa di Keramat
5. Bahan-Bahan Yang Tidak Boleh Dibawa ke Keramat
6. Ucap Doa Yang Lazim Disebut Ketika Berdoa di Keramat

BAHAGIAN 5: PERAYAAN ATAU UPACARA KEBESARAN ADAT

1. Perayaan
2. Upacara Kebesaran Adat

BAHAGIAN 6: PANTANG LARANG

1. Pantang Larang Dalam Suku Jakun Johor
2. Apa Itu Tempelong?
3. Apa Itu Celau?
4. Celau Laut Jemalik

PENUTUP

Weight 0.176 kg
Dimensions 19 × 13 × 1 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

, ,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Buku Adat dan Pantang Larang Orang Asli Semenanjung Malaysia: Suku Urang Huluk (Jakun) Johor”

Your email address will not be published. Required fields are marked *