Bunga-Bungaan Malaysia

ISMAIL SAIDIN adalah bekas karyawan tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Edisi Ketiga Cetakan Pertama, 2013)
582 halaman

RM140.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789834605520 Product ID: 689 Subject: Sub-subjects: , ,

Bunga-Bungaan Malaysia mengandungi huraian tentang tanaman hiasan di Malaysia dan dilengkapi dengan ilustrasi dan gambar warna. Buku botani, pertanian, hortikultur dan lain-lain. Malaysia dianugerahkan dengan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan antara yang tertua dan terkaya bilangan spesiesnya di dunia. Antara kepelbagaian spesies  tumbuhan ini terdapat banyak tanaman hiasan yang ditanam bagi mengindahkan persekitaran kita. Namun demikian, tidak terdapat banyak buku yang menerangkan tentang tanaman hiasan ini secara terperinci beserta ilustrasi dan gambar berwarna dalam bahasa Melayu.

Tujuan utama buku Bunga-Bungaan Malaysia ditulis adalah untuk dijadikan panduan mengenal pasti spesies tanaman hiasan yang terdapat di Malaysia. Pelajar-pelajar dalam bidang hortikultur, sains pertanian, botani, pengusaha-pengusaha semaian dan mereka yang meminati alam bunga-bungaan sentiasa menghadapi masalah dalam mengecam dan mengenal pasti spesies tanaman hiasan di negara ini. Masalah ini menjadi bertambah rumit kerana nama-nama tempatan tidak begitu lengkap, berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Spesies tanaman hiasan yang diperkenalkan dari luar negara dan yang telah hidup baik di negara ini pula, kebanyakannya tidak mempunyai nama tempatan.

Sebagai buku panduan, nama saintifik atau dikenali juga dengan nama botani diberikan keutamaan. Ini disebabkan nama-nama ini digunakan di seluruh dunia dan untuk memudahkan khalayak serata dunia berkomunikasi mengenai spesies pokok yang sama. Selain nama saintifik yang terkini, sinonimnya (jika ada), famili dan nama vernakular (Melayu dan Inggeris) dinyatakan. Jika tidak terdapat nama Melayu atau nama tempatan, nama botani akan dianut dengan menukar ejaannya mengikut sebutan baku.

Prakata

1. Pembiakan Tanaman
2. Pembajaan
3. Campuran Tanah
4. Penanaman Pokok di Lapangan
5. Pencantasan
6. Perlindungan Tanaman
7. Herba Hiasan
8. Pokok Renek
9. Pokok Memanjat
10. Pohon
11. Pokok Palma
12. Pokok Hiasan Daunan
13. Tumbuhan Bebawang
14. Pagar Hiasan
15. Tanaman Hiasan Tutup Bumi
16. Taman Batu-batan
17. Taman Air
18. Taman Rumput

Nota Nama Saintifik dan Nama Melayu
Nama Botani dan Nama Melayu
Bibliografi
Indeks Nama Botani
Indeks Am

Weight2.00 kg
Dimensions26.3 × 27 × 3.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.