Burhanuddin al-Helmy: Suatu Kemelut Politik

RAMLAH ADAM merupakan bekas profesor di Universiti Malaya. Kemudian dilantik menjadi Rektor Kolej Yayasan Melaka (2006-2009). Kini beliau bertugas sebagai profesor di UniMAP.

DBP (Cetakan pertama, 2017)
393 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789836252142 Product ID: 4370 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Buku Burhanuddin al-Helmy: Suatu Kemelut Politik cuba memberi satu huraian dan analisis terhadap Dr. Burhanuddin al-Helmy, iaitu seorang tokoh yang banyak disebut, tetapi jarang dikenali secara dekat, terutama oleh generasi hari ini. Kupasan tentang kegiatan politik dan jatuh bangun dalam perjuangannya banyak disebut secara sepintas lalu, atau dibincangkan secara terputus-putus; ada yang mementingkan kegiatannya dalam gerakan kiri dan ada pula yang mengaitkannya dengan kegiatan PAS yang diterajui selepas tahun 1956 sehingga ke akhir hayatnya. Buku ini melihat kehidupan dan ketokohan beliau dalam perspektif yang menyeluruh dan mencantumkan kepingan-kepingan kegiatannya dalam satu tulisan yang menyeluruh. Sebenarnya, riwayat hidup dan kegiatan politik Dr. Burhanuddin sangat menarik. Beliau terdedah kepada gerakan Kaum Muda di Madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang, yang diperdalaminya pula di India dan Timur Tengah bersama dengan gerakan menentang penjajah yang sedang rancak di tempat-tempat tersebut; sehingga kesedaran itu turut membalut jiwa raganya; lalu beliau menjadi penentang British yang tegas dengan menganggotai gerakan kiri, iaitu PKMM yang juga menentang UMNO, sehingga beliau ditangkap pada tahun 1950.

Penjara tidak menakutkan beliau untuk terus berjuang menuntut kemerdekaan negara dengan menerajui PAS. Walaupun kemerdekaan telah dicapai pada tahun 1957, beliau tetap gigih menegakkan idea Melayu Raya yang didokongnya selama ini, sehinggalah penjara menjemputnya sekali lagi pada tahun 1964. Semangatnya tetap kuat. Penjara telah memamah usia dan kesihatannya, hinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1969. Dr. Burhanuddin adalah antara beberapa nama yang tidak asing dalam politik di Tanah Melayu dan di Gugusan Kepulauan Melayu ini. Beliau hidup dan bergerak sezaman dengan Dato’ Onn Ja’afar, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Mohamad. Mereka bertelagah, berkrisis dan bekerjasama demi mendapatkan kedudukan, kuasa dan status politik yang bermartabat dalam masyarakat dan negara ini. Kelincahan mereka bergerak dan berpolitik cukup menarik sekali. Oleh itu, buku Burhanuddin al-Helmy: Suatu Kemelut Politik bertujuan untuk memaparkan dan menganalisis kegiatan politik seorang tokoh yang telah abadi namanya dalam sejarah gerakan nasionalisme dan politik negara ini. Segala ideologi atau pemikirannya cuba dibincangkan, segala kegiatan politik cuba diketengahkan dan kata-kata pentingnya cuba direkodkan untuk menjadi tatapan generasi hari ini dan akan datang.

Buku Burhanuddin al-Helmy: Suatu Kemelut Politik juga ingin memaparkan jatuh bangun beliau sebagai seorang aktivis nasionalisme Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara. Berdasarkan rekod dan fail yang sangat sedikit dan akhbar sezaman dengannya, satu pembinaan semula kegiatan dan pemikiran beliau cuba dibuat. Ini semata-mata untuk memberi satu urutan kegiatannya yang menyeluruh bagi melihat satu bulatan yang jelas dalam kegiatannya itu. Dengan itu perbincangan terpencil terhadap beliau selama ini dapat diperbaiki. Sumber-sumber tentang Dr. Burhanuddin sangat terhad. Penangkapannya yang begitu kerap oleh British dan kerajaan Perikatan, memusnahkan rekod-rekod simpanannya. Ada juga yang dianggap sulit dan tidak dibuka kepada orang ramai untuk selama-lamanya. Sumber yang tinggal hanya buku-buku lama dan cenderamata yang masih disimpan oleh isterinya, itu pun telah dimakan bubuk dan usang ditelan zaman. Temu ramah yang boleh menjadi satu sumber penyelidikan, kerap pula tidak begitu tepat dan banyak diisi oleh pendapat peribadi dan bukannya berdasarkan dokumen yang sahih. Ramai juga mereka yang sezaman dengannya dan berhubung rapat dengannya, telah pergi buat selama-lamanya. Mereka yang tinggal kebanyakannya pengikut yang mengagumi beliau secara jauh.

Prakata

1. Zaman Remaja
2. Kegiatan Politik Semasa Pendudukan Jepun, 1942-1945
3. Memimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1946
4. Menyokong Malayan Union, 1946
5. Bekerjasama dengan PUTERA-AMCJA, 1947-1948
6. Berkelana dalam Politik, 1948-1954
7. Mencari Tapak Politik, 1955
8. Memimpin PAS, 1956-1959
9. Ahli Parlimen, 1959-1964
10. Penggerak PAS, 1960-1964
11. Perjalanan Akhir, 1965-1969
Kesimpulan

Lampiran i-iv
Bibliografi
Indeks

Weight0.465 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author