Busana Tradisional Negeri Sembilan

ALIAS ZAKARIA adalah pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

MASTURA MOHAMED BERAWI adalah pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Penerbit UUM (Cetakan Pertama, 2019)
153 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM75.00

In stock

If you purchase this book you will earn 15 points worth of RM1.50!

Busana Tradisional Negeri Sembilan mengetengahkan keindahan dan keunikan busana tradisional Negeri Sembilan. Khazanah budaya ini diserikan dengan ungkapan, pantun dan syair yang menggambarkan tentang busana. Pembaca dibawa menelusuri sistem adat perpatih yang mempengaruhi perkembangan busana di Negeri Sembilan. Busana harian seperti baju kurung, baju kebaya setengah tiang, baju kebaya belah panjang dan baju Melayu cekak musang dijelaskan satu-persatu. Begitu juga busana adat istiadat yang hanya terdapat di Negeri Sembilan, iaitu busana Ibu Soko, Dato’ Bentara Perempuan, Dato’ Lembaga, Dato’ Adat dan Buapak.

Busana pengantin Negeri Sembilan turut diperincikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Seterusnya bagi pencinta persembahan kebudayaan dan kesenian, turut ditampilkan busana Tarian Piring, Tumbuk Kalang dan Randai. Tidak ketinggalan sebagai pelengkap busana tradisional, pembaca dapat mengetahui lebih lanjut mengenai destar, tengkolok atau telepuk dan sanggul lintang. Kain samping yang menjadi pelengkap busana Melayu kaum lelaki dijelaskan cara pemakaian dan jenis ikatannya. Buku ini mampu menarik minat generasi kini untuk mengetahui asal usul, keistimewaan dan falsafah cara pemakaian busana tradisional yang diwarisi sejak turun temurun hingga sekarang. Buku ini amat bermakna kepada semua pencinta warisan budaya Melayu untuk melestarikan khazanah bangsa yang bernilai ini.

Bahagian awal Busana Tradisional Negeri Sembilan membicarakan secara ringkas tentang sejarah dan sistem adat perpatih d Negeri Sembilan. Penghuraian asal usu adat perpatih ini perlu diketahui sebelum mengena 1 busana tradisional Negeri Sembilan. Ini disebabkan terdapat perkaitan tentang sistem adat perpatih yang mempengaruhi perkembangan busana di Negeri Sembilan. Pemakaian busana yang sesuai dan kena pada tempatnya samalah seperti kita menjunjung budaya dan adat perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan. Seterusnya definisi dan sejarah busana serta jenis dan bentuk busana tradisional Negeri Sembilan diperkenalkan.

Bab-bab dalam buku ini memperincikan satu-persatu tentang jenis dan bentuk busana tradisional Negeri Sembilan. Pemakaian busana harian seperti baju kurung, baju kebaya setengah tiang, baju kebaya belah panjang dan baju Melayu cekak musang dijelaskan dan diperincikan. Seterusnya, buku ini menyentuh dan mendalami busana adat istiadat yang hanya terdapat di Negeri Sembilan, iaitu busana Ibu Soko, Dato’ Bentara Perempuan, Dato’ Lembaga dan Penyandang Pusaka. Selain itu, buku ini juga membicarakan mengenai busana pengantin Negeri Sembilan, iaitu busana pengantin perempuan dan lelaki yang diperincikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Penerangan selanjutnya. adalah mengenai busana semasa membuat persembahan kebudayaan dan kesenian seperti busana tarian piring, tumbuk kalang dan randai.

Bab selanjutnya menghuraikan tentang perhiasan di bahagian kepala seperti destar, tengkolok dan sanggul lintang. Huraian tentang destar dimulakan dengan sejarah destar, falsafah, simbolik dan lambang, reka bentuk, menakuk dan langkah menakuk destar, teknik dan contoh pemakaian destar.

Penerangan mengenai tengkolok juga meliputi topik seperti sejarah tengkolok, falsafah dan lambang,reka bentuk tengkolok serta proses dan langkah membentuk tengkolok. Hiasan kepala seterusnya menerangkan tentang sejarah sanggul lintang, perhiasan dan cara pemakaian sanggul lintang. Sanggul lintang diperkenalkan beserta contoh bergambar seperti sanggul lintang pasang siap, hiasan sanggul lintang dan gaya andaman sanggul lintang. Cara pemakaian hiasan kepala ini ditunjukkan secara terperinci untuk memudahkan kefahaman pembaca.

Samping adalah elemen penting dalam pemakaian busana tradisional terutamanya untuk kaum lelaki. Penerangan tentang samping berfokus kepada teknik ikatan samping seperti teknik ikatan kembung dan ikatan lingkup. Teknik ikatan ini pula dipelbagaikan mengikut kreativiti dan diberi nama yang menarik seperti Juntaian Kasih, Janda Berhias, Cekak Sembilan, Ombak Beralun, Ikatan Pahlawan, dan Dendang Perantau. Cara pemakaian dan teknik ikatan samping ini diperjelaskan satu-persatu dengan menunjukkan cara memakai samping yang betul berdasarkan jenis samping yang dihuraikan.

Pemakaian busana tradisional sudah tentu mempunyai nilai makna dan falsafah yang berkaitan dengan sifat manusia seperti malu, harga diri, tunjuk ajar serta membangkitkan maruah dan mengekalkan identiti budaya adat perpatih. Perkara ini perlu difahami oleh setiap orang agar sentiasa mengamalkan sifat sopan dalam berpakaian. Ini disebabkan bahawa pakaian itu membiaskan sikap si pemakai itu sendiri.

Bahagian terakhir buku ini merumuskan tentang keseluruhan topik yang dibincangkan. Pembaca dibawa untuk memfokuskan hala tuju busana tradisional di Malaysia dan diberikan saranan strategi mengekalkan dan mempertahankannya. Setiap ahli masyarakat bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan busana tradisional ini kerana kesinambungan budaya bangsa ini terletak dalam tangan masyarakat juga.

Busana Tradisional Negeri Sembilan merupakan bacaan umum yang amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kepada pengkaji, pendidik dan pelajar yang diharap bersama-sama berganding bahu untuk memelihara dan mengekalkan satu daripada warisan budaya bangsa. Rasa kecintaan terhadap busana ini perlu ditekankan atas beberapa faktor. Antaranya, busana ini merupakan cerminan adat di Negeri Sembilan. Catatan cara pemakaian busana berserta bingkisan gambar yang ditunjukkan di dalam buku ini diharap menjadi panduan untuk semua pencinta busana tradisional. Setiap busana yang ditampilkan mengandungi makna tersirat dan tersurat yang kalau dihayati sepenuhnya amat bermakna kepada kehidupan masyarakat.

Weight 0.528 kg
Dimensions 20.2 × 22.8 × 1.1 cm
Author(s)

,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Busana Tradisional Negeri Sembilan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *